Saturday, November 7, 2009

Mata Lelaki?

assalamualaikum...salam ukhuwwah...pentingnya wanita menutup aurat dan menjaga diri...

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,

dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa? Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,

maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang
warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuktidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat

p/s: sumber dari blog "aku seorang HAMBA"

Wallahua'lam
Islam Itu Indah

4 comments:

Unknown said...

betul2..tolong la kami nie..hu3...

Brilliant Marjan said...

salam ain..
good n3!!
selagi kita bernama manusia, kita mempunyai nafsu, jadi nafsu tu hendaklah dikawal mcm ne cara sekalipun..harapkanlah DIA dlm membantu kita..
berjubah sekalipun mmg lawa dan manis dipandang tp jgn lah pakai yg ikut bentuk badan..xnafikan, ada lelaki yg m'beritahu kt sy, pakai baju jubah ni,jgn pakai kain sbagai lapisan di dlm tp pakai dgn seluar panjang yg tebal..takut bila pakai kain,mcm2 mslh b'laku..
mcm2 fesyen yg ada skang ni pn kadang xikut syrat..sbg perempuan kenalah pandai pilih yg mne yg sesuai dn ikut syrat..

uto laut said...

mata lelaki mmg menjadi satu caraban kepada lelaki kpd lelaki zaman2 sekarang ni..sungguh susah nak menjaganya..sape satuju,angkat tgn??hmm..ramai sngguh yg angkat..masalahnya juga datang dari pmpuan..pakai baju abih kecik..tambah lak bau2an macam nak pergi kb mall..walapun sbnarnya nak pergi beli gula dan bawang kat kedai mak limah kat depan rumah..apa tujuannya ye?mmg berniat nak menarik minat lelaki ke?krn mereka akan merasa bangga bila dipandang??hmm..kl pakai elok,tak de la laki nk tgk ngan syhwat..sekadar tgk tak nak bagi langar je..n..tgk kl2 berkenan nak wat bini..hehheh..

Min said...

keyword: Mata lelaki xsalah
huraian: xkan llaki nk ttp mata smata2 utk elak dr mlihat p'puan yg xttp urat, slahnya adlh dr p'puan u sndirik...knapa la jahil sgt nk expose smua bnda...
contoh: jika ditakdirkan seorang llaki hmba allah ni yg tgh mmandu @ mmbonceng knderaan ttibe trjmpa ngan seorang p'puan yg sdang brjalan kt tepi jln raya, xkam la llaki tu kna ttp mata @ mnutup mata org kt dpnnya..kam xpsl2 accident....Kalo langgar pjalan kaki xpa r ag, tp kal0 kt dpn tu treller 18 tayar??kam xpsl2 xsmpat nk sebut syahadat...

(jmlah markah 15)