Saturday, December 9, 2017

Tips mudah galakkan anak minum air kosong

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar ibu-ibu semua? Sihat? Harapnya semua sihat sebab ibu-ibu kena kuat untuk anak-anak kan?

Ada tak di kalangan kita semua terutamanya ibu-ibu alami apa yang Ain alami?

Apa dia?

ANAK SUSAH MINUM AIR KOSONG.


Tu dia. Anak susah minum air kosong, mak-mak, ibu-ibu pun susah hati dibuatnya.

Ada cara tak nak galakkan mereka minum air kosong?

Ok, kat sini Ain share sikit TIPS yang ada Ain buat untuk anak-anak terutamanya Naufal. Nawwar dan Hannan, Alhamdulillah mudah sangat minum air kosong.

5 TIPS MUDAH





  1. Sediakan botol menarik, Ain minta anak-anak pilih sendiri botol yang diorang suka sebagai galakan dan buat perjanjian.
  2. Letak botol menarik di atas meja, pendek kata tempat yang mudah dicapai atau senang diambil. Tujuannya, sambil-sambil main pun boleh minum air kosong.
  3. Buat perjanjian dan reward, contohnya, berjaya habiskan 1 botol air kosong nanti dapat pujian, boleh pergi rumah wan, dapat coklat dll ikut kreativiti ibu-ibu semua.
  4. Bekalan, maknanya pergi ke mana-mana mesti bawa bekalan air kosong. Lama-lama dah jadi kebiasaan, tak payah disuruh, automatik diorang tanya dan minta nanti.
  5. Role model, siapa? Ibubapa pun mesti tunjuk depan anak-anak, minum air kosong sebanyak mungkin berbanding air manis.
Sekadar ini dulu perkongsian dari Ain untuk semua.
Moga ianya bermanfaat untuk semua. 
Jangan lupa share nanti, jadi ke tak.