Monday, September 28, 2009

Ke Jinjang Pelamin

assalamualaikum...salam ukhuwwah buat semua... dalam masa cuti raya ni, ada juga kawan-kawan, sahabat-sahabat yang mengambil peluang ini untuk melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah, tahniah dan selamat pengantin baru di ucapkan buat mereka yang berkenaan. sedikit mutiara kata untuk dikongsi bersama buat pengantin baru:

"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan"(DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj)


“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan rumahku syurgaku,” kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz. dan “ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,” demikian maksud firman-Nya (Ar-Ra’d: 28).

Wallahua'lam....

12 comments:

Anonymous said...

nak kwen gakkk....he3...
d^_^b

Haniff Ismail said...

Salam ain..

wahh...betol3..setuju dgn artikel nie..hehe

cantik sekali kata2 (dari DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj dan juga perunding motivasi tue)

ermm..tp diriku..(lambat lagi lor..hehe)
kne slalu berdoa nie..hohoho

apapun ceria2 slalu...

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya, menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."

bob_arie said...

Semoga b'bahagia kpd semua rakan2 yg sudah b'kawin...

Ain said...

salam...
hitamputeh: nak kawen?dh de calon? boleh je kalau dah cukup sedia menggalas tanggungjawab suami

haniff: doa itu perlu, doa itu juga senjata orang mukmin dan doa juga mendekatkan kita dengan pencipta... teruskan berdoa untuk mendapat yang terbaik tapi bukan mengharapkan yang sempurna untuk menampung kelemahan diri kita... ceria2 selalu

bob_arie: semoga semua berkekalan hingga ke akhir hayat. bercinta sampai ke syurga

pandangan pertama said...

Indahnya kata2 dr HM tu.still wondering who will complete me?pepun,redha dgn taqdirNya...

aiNJai said...

alamk..ni yg mcm nk kawen jugak n..mcm best jek..hahhaaha

Ain said...

untuk pandangan pertama, ainjai dan sume yang masih mencari dan ke arah yang sewaktu dengan kahwin:

"mungkin Allah sengaja mehu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul,supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut" (sumber)

uto laut said...
This comment has been removed by the author.
uto laut said...
This comment has been removed by the author.
uto laut said...

ramai yg suke kata2 dr hm..tapi uto lagi suka kata2 dr shafie..=p sebb tu la bercita2 nak ade anak sepuluh..waaahaha..anak2 mmg pnting..tp nak jaga bkn sng..sepuluh orang,sepuluh perangai..hmm..tarik balik la cita2 tu..

MuHaMMaD86 said...

topik psl khwn g ek?hehehe...nice info!!!

hurm...xdak komen sgt coz mmg xdak niat g ke arah 2

jikalau anda bersedia,lalui lah...

P/s:nk dahulukn apa yg ingin didahulukn dlm hdup dlu...antara cinta dan cita2...pndai2 la control noh

Ain said...

m86: dahulukan mana yang dahulu buat anda. dahulukan cita2 dari cinta,insyaallah cinta akan hadir dalam mengejar cita