Saturday, November 7, 2009

Mata Lelaki?

assalamualaikum...salam ukhuwwah...pentingnya wanita menutup aurat dan menjaga diri...

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,

dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa? Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,

maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang
warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuktidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat

p/s: sumber dari blog "aku seorang HAMBA"

Wallahua'lam
Islam Itu Indah

Wednesday, November 4, 2009

Alhamdulillah...Selesai

assalamualaikum...salam ukhuwwah...

akhirnya, setelah lebih kurang 2 minggu saya bertungkus lumus untuk menyiapkan segala assigment dan get ready untuk exam, akhirnya saya berjaya menghadapinya hingga ke hujung...segala assigment yang diberikan berjaya di siapkan mengikut kriteria yang diberikan. Alhamdulillah, saya berjaya siapkan kerja-kerja yang tertangguh. sekarang ini, tinggal berserah kepada Allah dan tawakkal kepadaNya. ku berdoa, semoga saya memperoleh keputusan yang baik...amin, doakan untuk saya.

sekarang ini saya berada di rumah sewa adik junior. terima kasih kat dioarng sebab sudi bagi saya menumpang rumah mereka. bukan apa, in case takut xleh keluar awal pagi esok, saya memutuskan untuk menumpang bermalam di rumah mereka. setinggi terima kasih k.ain ucapkan kepada adik2. adik2 memang best! diorang sekarang ni tengah sibuk study tentang Decision Maths (saya dah belajar dulu)...well, wish You all the best and good luck for your exam...Chaiyok2!!

setakat ini dahulu untuk post kali ini. jam dah menunjukkan hampir pukul 1 dan itu bermakna saya kena tidur...esok, pagi2 dah bertolak balik ke kampung halaman... doakan saya selamat...

p/s: kepada rakan-rakan seperjuangan, selamat berusaha untuk menyiapkan assignment.

Monday, November 2, 2009

'What do you think?'

assalamualaikum... salam ukhuwwah...

satu perkara yang sering bermain di fikiranku akhir-akhir ini. aku sering memikirkan tentang perempuan berpurdah... dalam fikiranku, banyak persoalan yang timbul dan antaranya ialah:

"kenapa berpurdah?"
"apa tujuan berpurdah?"
"tak panas ke berpurdah?"
"senang ke berpurdah?"
"tak menyusahkan ke berpurdah?"
"apa orang lain kata pada mereka yang berpurdah?"
"macam mana nak makan kat tempat awam kalau berpurdah?"
"boleh ke berpurdah kalau sekejap buka sekejap tutup?"
...dan macam-macam lagi...

Jadi, saya minta pendapat semua, tinggalkan jejak anda, kongsi pendapat anda, komen atau kritik tentang berpurdah ini... tak kisah suka atau tidak, sekadar ingin tahu pendapat semua...

wallahua'lam. terima kasih...

Tuesday, October 27, 2009

Al-kisah 'Malas'

assalamualaikum... salam ukhuwwah...sekadar berkongsi untuk renungan bersama.

Di sebuah negeri pada zaman dahulu kala, rakyatnya memang terdiri daripada orang - orang yang rajin... pendek kata memang rajin dalam segala segi macam rajin bekerja, rajin membaca, rajin berfikir dan lain - lain. Sehinggalah suatu hari, raja negeri itu terfikir untuk mencari rakyat yang malas dalam negeri nya itu. kemudian, beliau mengumumkan bahawa barangsiapa yang paling malas dalam negeri ini, beliau akan anugerahkan sesuatu...

Pada hari tersebut, datanglah 3 orang pemuda mengadap beliau... Raja bertanya tahap kemalasan mereka untuk menentukan siapa yang paling malas...

Pemuda 1: "saya memang malas... kalau boleh makan pun saya nak orang lain suapkan"
Pemuda 2: "saya pun malas.bukan suap je, kalau boleh saya na ada orang kunyahkan utk saya"
Pemuda 3: "erm... malas nak cerita"

moral of the story:
~ jangan jadi malas, elakkan dari sikap malas
~ malas itu merugikan diri sendiri

Untuk menjauhkan diri dari sifat malas, beramallah dengan doa ini:
renung-renungkanlah... sekadar peringatan dan perkongsian bersama... Wallahua'lam

Monday, October 26, 2009

Adab Bersin dan Menguap

Assalamualaikum… salam ukhuwwah. Pertamanya, seribu kemaafan diucapkan kepada semua kerana tak update blog akhir – akhir ini. Keadaan sekarang ni lebih tertumpu kepada assignment dan exam..

Kali ini, saya ingin berkongsi adab bersin dan menguap… Kadang – kadang kita lupa akan apa yang telah dianjurkan Islam dalam sesuatu perkara.. sesungguhnya Islam itu adalah agama yang lengkap lagi terperinci yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan…

BERSIN Vs. MENGUAP

Keduanya adalah saling berkait antara satu sama lain. Seperti sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (alhamdulliah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Ada pun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) ‘Haa…’ maka ketawalah syaitan”. (Sahih Bukhari, hadith no. 6223)

ADAB BERSIN
1. Berdoa
Adam : Aaaaa….Chooo… Alhamdulillah ‘ala kulli hal
Amin : (mendoakan saudaranya) YarhamkumulLah yang bermaksud “semoga Allah merahmati kamu”
Adam : (mendoakan kembali) YaghfirulLahu lana wa Lakum yang bermaksud “semoga Allah mengampuni bagi kami dan kalian”

2. Tutup mulut dan hidung dengan kain atau tangan. Pada masa yang sama hendaklah merendahkan muka dan suara

ADAB MENGUAP
1. Jangan mengeluarkan sebarang bunyi kerana bunyi – bunyi ini di sukai syaitan sehingga mereka ketawa
2. Menutup mulut dengan tangan
3. Beristighfar apabila menguap

Selamat beramal...
Wallahua'lam
Islam Itu Indah

Tuesday, October 13, 2009

'Ke Penghujung'

assalamualaikum... salam ukhuwwah... dah dekat nak habis study ni, macam-macam dugaan datang. termasuk la dengan assigment yang bertimbun. sekarang ni, semua rakan-rakan seperjuanganku tengah sibuk menyiapkan assigment yang bertimbun-timbun tuh. termasuklah empunya diri blog ni.

sumber

kepada semua rakan-rakan, sahabat-sahabat...semoga berjaya menyiapkan assigment dengan baik dan insyaallah, result pun akan baik. kudoakan kejayaan semua untuk final essay dan presentation. wish u all, good luck. dan tak lupa kepada sesiapa yang balik kampung... hati-hati. semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Sunday, October 11, 2009

Raya Sebulan??

assalamualaikum... salam ukhuwwah buat semua...

sumber

tahun ni raya memang sebulan. Memandangkan tahun ni tahun akhir kami pelajar B. Ed Matematik berada di Kelantan sebelum posting, kami mengambil peluang untuk beraya di rumah pensyarah-pensyarah kesayangan kami. Rumah pertama yang kami kunjungi ialah rumah Tutor kesayangan kami merangkap Ketua Jabatan Matematik. Diikuti rumah Pn. Noorasyikim dan Sir Rosli pada hari yang sama.

Hari-hari seterusnya kami menziarahi rumah Tn. Hj. Khairuddin dan ke rumah cikgu-cikgu sekolah dan yang terakhir setakat ini, saya beraya di rumah kawan baik mak saya.. seronok sangat, di samping dapat mendekatkan jurang yang telah lama terpisah, ia juga mengeratkan silaturahim yang telah terbina. Alhamdulillah, nasib baik berat badan tak meningkat. bimbang betul...


Dalam bergembira, sedih la pula bila memikirkan kami akan berpisah tidak lama lagi. Dengan peluang yang ada, kami berkumpul sambil mengenang kembali kenangan terindah selama kami berada di Darul Naim ini. Sedih juga bila terdapat di antara kami yang tidak dapat berkumpul bersama mungkin disebabkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Apa-apapun, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah dan semua rakan seperjuangan untuk segalanya. Maaf juga dipinta andai tesalah bicara dan kata sepanjang perkenalan ini.


Wallahua'lam