Monday, November 16, 2020

Kebimbangan ibu mengandung

Assalamualaikum w.b.t

Saat tau disahkan mengandung, teruja semua ibubapa atau pasangan suami isteri. Walau dah dikurniakan anak, berita kehamilan tak pernah menjadi khabar sedih. Semua akan gembira. Apatah lagi pasangan yang betul-betul inginkan zuriat. Ain doakan moga ada rezeki untuk mereka merasa menjadi ibu atau bapa.


Dah tau mengandung, semestinya kena buat buku pink 😊 Dan bermula la episod pemeriksaan bulanan/ mingguan. Untung boleh la pergi klinik sebulan sekali, klu bertuah lagi, dapat la pergi klinik 2 minggu sekali. Ain ni jarang la checkup sebulan sekali, memang kebanyakannya 2 minggu sekali atau seminggu 2x 💃✌

Ain pasti ibu2 nak pergi checkup mesri banyak kebimbangannya @ keresahannya.
☑️ Hb cantik ke tak
☑️ kencing kotor tak
☑️ Tekanan darah @ bp ok ke tak
☑️ bacaan gula tinggi ke tak
☑️ berat naik ke turun
☑️ kedudukan bayi ok ke tak


Haaaaa, itu antaranya la. Mungkin banyak lagi kerisauan ibu-ibu kat luar sana. Kadang-kadang suami tak faham. Jadi ibu stress. Ibu berkongsi atau bercerita la dengan pasangan. Bila dah berkongsi, hilang sikit stress dan kekacau bilauan ibu2. Kalau semua ok, ibu happy. Kalau ada salah satu tak ok, boleh hilabg selera makan, tak bercakap & kemurungan tau. 

Suami, bantulah & fahamilah isteri ketika mereka dalam keadaan hamil. Bantuan macamana? Urut ke, sediakan air ke, menjadi pendengar yang baik pun sudah cukup. Boleh jugak google cara nak atasi sedikit cabaran isteri mengandung tu contoh macam makanan naikkan hb, belikan buah/ kurma atau ikhtiar dengan makanan tambahan.

Ok la dulu coretan Ain.
Nanti sambung lagi.
Ada sesiapa berminat nak tau pasal Shaklee, boleh contact Ain | 0199865034 😊




Saturday, December 9, 2017

Tips mudah galakkan anak minum air kosong

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar ibu-ibu semua? Sihat? Harapnya semua sihat sebab ibu-ibu kena kuat untuk anak-anak kan?

Ada tak di kalangan kita semua terutamanya ibu-ibu alami apa yang Ain alami?

Apa dia?

ANAK SUSAH MINUM AIR KOSONG.


Tu dia. Anak susah minum air kosong, mak-mak, ibu-ibu pun susah hati dibuatnya.

Ada cara tak nak galakkan mereka minum air kosong?

Ok, kat sini Ain share sikit TIPS yang ada Ain buat untuk anak-anak terutamanya Naufal. Nawwar dan Hannan, Alhamdulillah mudah sangat minum air kosong.

5 TIPS MUDAH





  1. Sediakan botol menarik, Ain minta anak-anak pilih sendiri botol yang diorang suka sebagai galakan dan buat perjanjian.
  2. Letak botol menarik di atas meja, pendek kata tempat yang mudah dicapai atau senang diambil. Tujuannya, sambil-sambil main pun boleh minum air kosong.
  3. Buat perjanjian dan reward, contohnya, berjaya habiskan 1 botol air kosong nanti dapat pujian, boleh pergi rumah wan, dapat coklat dll ikut kreativiti ibu-ibu semua.
  4. Bekalan, maknanya pergi ke mana-mana mesti bawa bekalan air kosong. Lama-lama dah jadi kebiasaan, tak payah disuruh, automatik diorang tanya dan minta nanti.
  5. Role model, siapa? Ibubapa pun mesti tunjuk depan anak-anak, minum air kosong sebanyak mungkin berbanding air manis.
Sekadar ini dulu perkongsian dari Ain untuk semua.
Moga ianya bermanfaat untuk semua. 
Jangan lupa share nanti, jadi ke tak.

Saturday, September 5, 2015

Tutorial Shawl Mudah & Cantik

 
  • Teringin nak pakai shawl tapi tak tau cara yang mudah dan sesuai dengan diri?
  • Nak cuba pakai shawl tapi rasa kalut nak belit-belit? 
  • Nak tau cara Ain pakai shawl yang mudah dan cantik?
Ain kalau nak pakai shawl, ikut mood. Kalau nak cepat dan keluar area dekat-dekat, Ain prefer AJ.

Bila masa pulak nak be'Shawl'?
Time rajin, time bangun awal, time jalan jauh, time ada event dan yang penting bila ada mood nak pakai shawl.

Baiklah, post kali ini, Ain kongsikan tutorial pakai shawl dari KHAYLAA HIJAB.

Ain prefer wide shawl (approcimately 2.0m x 0.7m) dari KHAYLAA HIJAB jugak, ADELIA SHAWL.

So, enjoy the tutorial :

 
Tutorial #1


 
Tutorial #2

Macam mana? Mudahkan? Harap membantu penggemar shawl diluar sana :)

#dariainkepadaibu

Friday, November 22, 2013

Anugerah Terindah

Salam pembuka bicara...pengerat ukhuwwah... SUdah lama benar rasanya tak update blog... Secara ringkas saya selitkan gambar memori anugerah terindah dalam hidup kami

 


 
 











Mereka inilah antara anugerah terindah dalam hidup saya yang dianugerahkan Allah... Alhamdulillah... do thanks Allah :) 

Saturday, September 15, 2012

Panduan Berguna Untuk Ibu-Ibu

Tengah duk layan fb terjumpa satu panduan berguna untuk ibu-ibu yang menyusu anak...


Sumber: AnakkuSayang.com

Thursday, September 13, 2012

Jom Berpantang

Hari Raya, umi dalam pantang. tengok saja la semua orang makan sedap-sedap... Terliur gak umi tengok orang makan nasi beriani, nasi dagang, nasi minyak, sate dan nasi impit, rendang dan macam-macam lagi la.

Bukan selalu kena berpantang kan.Berpantang ni penting dan baik untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk kesihatan dalaman dan luaran.

Dalam tempoh berpantang ni, umi buat pe yang orang lain buat jugak seperti:
  • bertungku sejam sehari
  • bersalai (baring atas tilam letrik)
  • memakai bengkung selama yang boleh
  • berurut (3 hari)
  • memakan jamu + minum air akar kayu
  • makan makanan yang sihat dan berkhasiat
Kalau bab berpantang makanan ni, macam-macam pendapat yang umi dengar... Ada kata boleh ada kata tak boleh... Sebenarnya bergantung atas keadaan tubuh badan seseorang samada dapat menerima makanan itu atau tidak dalam tempoh berpantang. Kalau rasa masuk angin dan tak sesuai, maknanya kita tak boleh makan makanan tu. Selamat la membuat ujikaji...Tetapi yang betul-betul tak oleh jangan la dicuba juga. Macam mencari nahas je...Pe yang dimaksudkan ialah makanan termasuk sayuran dan buah-buahan 'sejuk'. Ikan, ayam dan makanan laut pun bukan semua boleh makan... Untuk kesihatan kita dalam berpantang, rajinkan diri bertanya orang lama dan mencari maklumat sebanyak yang boleh tentang berpantang... Apa yang berguna boleh diguna pakai untuk diri sendiri...

Kepada umi, selamat berpantang :-) dan Wallahua'lam

Wednesday, September 12, 2012

Ramadhan @ Syawal

Dalam hati ni tertanya-tanya bila agaknya akan deliver my second baby...due date lambat lagi,25hb Ogos tetapi dirasakan macam bersalin awal jer...

Hari terakhir persekolahan, sebelum cuti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri...dah nampak dah tanda2 nak bersalin awal. sakit tak lagi.contraction tak rasa langsung.tunggu lagi dan lagi. Kebetulan keesokann harinya merancang nak balik umah tok, nak pergi ambil barang kirim kat sepupu sekaligus pergi ronda-ronda kat Mesra Mall untuk beli barang dapur. barang dapur sebagai persiapan untuk hari raya, seperti tahun sebelumnya akan ada rombongan keluarga datang beraya. Balik pun dah petang.

Seperti biasa, rasa contraction dah ada cuma takdelah kerap sangat. Selesai berbuka dan solat terawih, masih lagi mampu berjalan dan melakukan aktiviti mengemas rumah macam biasa. 

Hahaha...tiba-tiba rasa sakit perut macam nak buang air besar.pergi toilet cam biasa tp masih lagi sakit perut.tak hilang-hilang dan makin sakit. Terus bagi tau abi, rasa dah nak bersalin kot. Tawakal je la pegi hospital. hah!! dah 8 cm.Nasib baik tak bersalin kat rumah.

Alhamdulillah, masuk 5++ pagi ke dewan bersalin, my second baby boy safely delivered at 6.10 a.m. Maknanya, tak sempat la nak raya dulu dan makan puas-puas. Abi pun puasa sampai tak sempat nak sahur sebab masuk sekali dalam dewan bersalin.. Kesian abi and tq abi sebab ada disisi.

Apapun, umi bersyukur sebab umi dan adik Naufal selamat. Gembira melihat rezeki yang Allah berikan dann umi doakan semoga anak umi menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat, InsyaAllah...