Hari Raya, umi dalam pantang. tengok saja la semua orang makan sedap-sedap... Terliur gak umi tengok orang makan nasi beriani, nasi dagang, nasi minyak, sate dan nasi impit, rendang dan macam-macam lagi la.
Bukan selalu kena berpantang kan.Berpantang ni penting dan baik untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk kesihatan dalaman dan luaran.
Dalam tempoh berpantang ni, umi buat pe yang orang lain buat jugak seperti:
- bertungku sejam sehari
- bersalai (baring atas tilam letrik)
- memakai bengkung selama yang boleh
- berurut (3 hari)
- memakan jamu + minum air akar kayu
- makan makanan yang sihat dan berkhasiat
Kalau bab berpantang makanan ni, macam-macam pendapat yang umi dengar... Ada kata boleh ada kata tak boleh... Sebenarnya bergantung atas keadaan tubuh badan seseorang samada dapat menerima makanan itu atau tidak dalam tempoh berpantang. Kalau rasa masuk angin dan tak sesuai, maknanya kita tak boleh makan makanan tu. Selamat la membuat ujikaji...Tetapi yang betul-betul tak oleh jangan la dicuba juga. Macam mencari nahas je...Pe yang dimaksudkan ialah makanan termasuk sayuran dan buah-buahan 'sejuk'. Ikan, ayam dan makanan laut pun bukan semua boleh makan... Untuk kesihatan kita dalam berpantang, rajinkan diri bertanya orang lama dan mencari maklumat sebanyak yang boleh tentang berpantang... Apa yang berguna boleh diguna pakai untuk diri sendiri...
Kepada umi, selamat berpantang :-) dan Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment