Monday, May 18, 2009

YA ZAUJI...

segala puji bg Allah, tuhan sekalian alam...

bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana insan kerdil ini telah selamat di anugerahkan kekasih pilihan Allah sebagai pasangan hidup.. Ya Allah, kepadamu tempat aku bergantung dan aku percaya padaMu atas segala kurniaan Mu dan takdir yang telah kau tetapkan ke atasku...

ya zauji,
hadirmu telah menyinari hidupku...
kau telah menerangi hatiku untuk lebih mengenal Allah...
kau mengajarku erti hidup islam yang indah...
kau bimbingku dalam membina mahligai yang diredhai Allah...
kau jua yang mengajarku erti cinta yang sebenar.

ya zauji,
banyak sekali khilaf diri ini...
tapi kau begitu sabar dalam membimbingku...
kau tidak memandang kecantikan dan kekayaan...
yang kau dambakan hanyalah ketaatan aku pada Islam...
cintamu padaku hanya kerana Allah...
subhanallah.

ya zauji,
kau begitu bijak dalam membahagiakn mahligai yang dibina...
semuanya berlandaskan syariat islam...
semuanya jua kerana Allah...
dimulakan segala sesuatu dengan doa dan basmallah...
diakhiri sesuatu dengan hamdallah...
kau wujudkan halaqah dan jamaah di dalamnya...
sentiasa bertolak ansur antara kita...
dan tidak kekok untuk membantu...
kau jua tidak bakhil dengan pujian...
juga dengan kejutan2 yang sangat xternilai...
begitu kau menghargai kurniaan Allah padamu jua.

ya zauji,
kau tidak putus asa dalam memperingatiku...
awas auratmu!
awas pergaulanmu!
awas adab bicaramu!
awas amalanmu!
dalam kelembutan dan sayang ada ketegasan.

ya zauji,
aku hargai pengorbananmu...
kau berkorban masa, tenaga dan wang ringgit...
tanpa mengira penat lelah...
segalanya atas kepercayaan kepada Allah...
hanya Allah yang mampu membalasnya...
pahala syurga menantimu, insyaallah.

ya zauji,
maafkanku atas ketidaksempurnaan diri...
aku berjanji padamu...
untuk menjadi zaujatika yang solehah...
merebut darjat ketua bidadari kelak, insyaallah...
moga aku kekal menjadi zaujatika selamanya...
dunia dan akhirat...
insyaallah.

sekian.
hasil coretan, zaujatika 2009
untuk suami tersayang...
sayang menyayangi kerana Allah

No comments: