di rumah, kita dapat berkumpul satu keluarga apabila tiba waktu berbuka puasa. seronok sangat sebab kita berkongsi segala juadah yang kita sekeluarga sama-sama masak. Ya Allah, tak dapat digambarkan berpuasa di rumah ini, begitu seronok sampai tak terucap dengan kata-kata. selepas berbuka, kami saling tolong menolong lagi, take turn mencuci pinggan dan kemas meja. selepas itu, kami semua solat berjemaah, maghrib, isha' dan tarawih. kalau ada kelapangan lebih, kami akan dengar tazkirah pendek dan kita tadarus al-quran. kami biasanya tadarus di antara maghrib dan isha'. masa yang terluang bersama keluarga tersayang bagi saya adalah sangat berharga dan berkualiti untuk mengeratkan lagi rasa kasih dan sayang antara kami... syukur alhamdulillah... terutama suami, mak, abah, mak mertua, adik laki dan perempuan... I LOVE YOU ALL. terima kasih atas segalanya. di bulan yang mulia ini, harap maaf atas segala kekhilafan diri samada yang sengaja atau yang tak sengaja. di harap, kita semua dapat menjadi insan terbaik seperti sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :
"(Orang yang terbaik di antara mereka) ialah orang yang paling bertaqwa kepada Allah s.w.t. Dan orang yang paling erat hubungan silaturrahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran"(HR At-Thabrani).
di tempat belajar pula, saya seronok dapat berbuka puasa bersama rakan-rakan, teman-teman, sahabat-sahabat yang sentiasa sabar dengan kerenah saya yang tidak sempurna ini. sebelum berbuka, kami pergi ke bazaar ramadhan yang dekat je. kami tak beli banyak makanan sebab kami tahu, kami saling berkongsi dan memadai bagi kami untuk merasa serba sikit makanan. tidak perlu membazir di bulan yang mulia ini, menjadi ingatan buat kami. kemudian, kami berbuka puasa beramai-ramai, kekadang di bilik kawan lain, atau sepakat berbuka di bilik TV. macam-macam pengalaman dan kenangan yang tersemat selama kami 4 tahun bersama. sesekali, kami decide nak berbuka di luar beramai-ramai, dan kami singgah la mana-mana tempat yang glamour seperti di stadium, masjid terkenal untuk solat dan sekaligus bertarawih. sungguh indah pengalaman itu tersemat di fikiran. alhamdulillah, sometimes kami dapat jemputan untuk berbuka puasa di rumah kenalan kami. kelakar pun ada. yang penting, tetap seronok dan best. tahun ini, entah macam mana sebab esok baru nak balik... just wait and see. apa pun, kepada semua kawan-kawan, terima kasih dan maaf juga atas ketidaksempurnaan diri ini. LOVE YOU TOO girls. semoga ukhuwwah yang terbina berkekalan dan minta dijauhkan dari sebarang perselisihan faham. Renungkan surah Al-Hujurat: 10 yang bermaksud: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t supaya kamu beroleh rahmat".
wallahua'lam
Islam Itu Indah
5 comments:
:: ramadhan dpt mengeratkan ukhuwah sesama kte ::
:: setuju sangat dengan pe yang ditulis oleh hitamputeh tu... semoga ramadhan kali ni dapat mengeratkan lagi ukhuwwah antara kita. insyaallah ::
ramadhan akan menarik jika kita dapat "sesuatu"....i mean dalaman...2 yg lbh nikmat....ain,do da best for dia ramadhan ek
betul tu m86. kenikmatan ramadhan itu adalah lebih manis bila kita dapat merasai sesuatu yang mendekatkan diri kita kepadaNya... insyaallah
Ramadhan mmg nikmat.Jgn lepaskan peluang sertai pesta beribadah..
Post a Comment