Saturday, September 19, 2009

Salam Aidil Fitri

assalamualaikum... salam satu lebaran dan salam satu malaysia... kurang dari 24 jam semua muslimin dan muslimat akan menyambut lebaran yang suci. mungkin semua sedang sibuk dengan persiapan untuk hari raya yang bakal menjelang tiba.

~anak-anak muda dari perantauan pulang ke kampung untuk menyambut syawal bersama keluarga
~ayah-ayah ke pasar untuk membeli lauk untuk juadah hari raya
~ibu-ibu sibuk menyediakan juadah untuk hari raya
~isteri-isteri sibuk mengemas baju, iron baju untuk hari raya, siapkan kelengkapan hari raya untuk anak-anak
~suri rumah sibuk mengemas rumah, tukar langsir, tukar sarung kusyen...
~suami-suami sibuk servis kereta untuk keselamatan dan kelancaran perjalanan untuk pulang ke kg

semua sibuk untuk menyambut hari raya, tetapi jangan dilupa pada yang tiada. ziarahi kubur mereka dan sedekah kan lah alfatihah buat mereka... pada hari yang mulia ini juga kita mesti bermaaf-maafan sesama kaum keluarga, sanak saudara, rakan taulan, jiran tetangga dan juga musuh kita...

akhir kalam, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua dan maaf zahir batin jika ada terkasar bahasa, tersalah bicara...

wallahua'lam

4 comments:

uto laut said...

selamat hari raya diucapkan..mohon maaf zahir dan batin..semoga bnyk dapat duit raya..

bob_arie said...

Walaupun dah agak lmbt, aku still nak ucapkn Selamat Hari Raya...Maaf Zahir & batin...Moga raya kali ni memberikn kenangan manis dlm diri ain...ermmm, kalu nak hulur duit raya, disini sentiasa menanti...HAHAHAHAHA!!!

min mohd said...

SAlam 1Malaysia n Salam aidlifitri...wl0pun posa 6 xabes ag, tp still mahu ucap Selamat Ari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir dan Batin...

Budak2 men lompat2 mcm hantu raya lalu minum ovaltine,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...

(~ain kasik r duit raya~)

Ain said...

selamat hari raya juga buat semua...maaf zahir dan batin.duit raya still menjadi isu.hihi...thun dpan kite sume bg duit raya r ek.

bob_arie: bukan bob ke ari tu bg tau nk bg duit raya. kat sini pun sedia menanti

min:wah pandai berpantun ek dlm diam...hihi, pe tu duit raya?