Thursday, February 4, 2010

Pelbagai Ragam

Assalamualaikum...salam ukhuwwah. akhir-akhir ini sangat sibuk sebab dah dapat jadual.Jadi, dah mula mengajar la.Hari ini, alhamdulillah ada sedikit kelapangan untuk ber'blogging'.

Aku sebagai guru kelas 5 Usaha, bermula dari hari pertama persekolahan minggu ini acapkali mendengar keluhan dan cerita pasal anak buah kesayanganku. Sebelum ini, aku mendapat tahu yang dikalangan mereka ini ada yang terlibat dengan kes melibatkan polis.MasyaAllah, macam-macam cerita. Minggu ni lagi, aku mendengar ada yang bergaduh sampai cedera kawannya dan ada juga yang biadap dengan cikgu...Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk aku terus menghadapi mereka ini...

Harapan aku kepada mereka ini, teruskanlah belajar untuk mengubah masa depan. Aku juga berharap agar aku ikhlas dalam mendidik mereka ini. Aku tidak akan membenci mereka hanya kerana mereka ini lemah dalam pelajaran, tetapi doaku selalu untuk mereka agar mereka berjaya dalam hidup...InsyaAllah

kuatkanlah aku dalam mendidik mereka ini...Amin Ya Rabbal Al-amin..

5 comments:

MuHaMMaD86 said...

hope u strong n dont give up

sometime i felt tension n dispointed with my pupils but still continued my duty like usual

rasa mcm mls msk satu 2 tp 2 kls lg enjoy r

best lyn bdk2 ni...year 2

bob_arie said...

usaha lg...
smua tu cabaran...

apistakkisah said...

bila merasa lemah dan sukar. just remember that ada yang lebih sukar dari kita ;) chill! :)

Ain said...

salam...tq sume for your support. aik..bob dah muncul.memg cbran.akan kuhadapi dengan tabah

uto laut said...

ain dapat jaga kelas last sekali ke?same la..aku dapat kelas last sekali gak..ada india and melayu..mmg cabaran..lebih2 lagi part mengawal diri daripada jadi hulk hogan..pe2 pun..gud luck!