Thursday, February 4, 2010

Pelbagai Ragam

Assalamualaikum...salam ukhuwwah. akhir-akhir ini sangat sibuk sebab dah dapat jadual.Jadi, dah mula mengajar la.Hari ini, alhamdulillah ada sedikit kelapangan untuk ber'blogging'.

Aku sebagai guru kelas 5 Usaha, bermula dari hari pertama persekolahan minggu ini acapkali mendengar keluhan dan cerita pasal anak buah kesayanganku. Sebelum ini, aku mendapat tahu yang dikalangan mereka ini ada yang terlibat dengan kes melibatkan polis.MasyaAllah, macam-macam cerita. Minggu ni lagi, aku mendengar ada yang bergaduh sampai cedera kawannya dan ada juga yang biadap dengan cikgu...Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk aku terus menghadapi mereka ini...

Harapan aku kepada mereka ini, teruskanlah belajar untuk mengubah masa depan. Aku juga berharap agar aku ikhlas dalam mendidik mereka ini. Aku tidak akan membenci mereka hanya kerana mereka ini lemah dalam pelajaran, tetapi doaku selalu untuk mereka agar mereka berjaya dalam hidup...InsyaAllah

kuatkanlah aku dalam mendidik mereka ini...Amin Ya Rabbal Al-amin..

Thursday, January 28, 2010

"5 Usaha"

salam...hari ini, aku dapat jadual waktu baru yang mana akan berkuatkuasa pada 1hb Februari 2010.
sekadar hiasan

Aku merangkap bakal guru kelas "5 Usaha" akan berusaha dengan tekun, gigih, dan dedikasi untuk membantu mereka-mereka ini kerana mereka terkenal dengan low achievement dalam academic. Aku berharap, aku dapat menangani mereka ini dengan sabar dan ikhlas dalam mendidik mereka.

Selain itu, aku diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Matematik untuk Tahun 2 dan 5, dan Bahasa Melayu untuk Tahun 4... Aku sedikit runsing dengan apa yang bakal aku ajar untuk subjek BM kerana aku bukan dalam opsyen BM sebenarnya... Tapi, aku akan berusaha untuk mengajar dan mendidik sebaik mungkin... doakan saya agar berjaya ek...

sekian dahulu kali ini...

Thursday, January 21, 2010

Tempoh Menyesuaikan Diri

Assalamualaikum...salam ukhuwwah buat semua yang sudi singgah ke blog ini... Alhamdulillah, setelah tiga minggu, aku masih lagi dalam tempoh percubaan untuk menyesuaikan diri.. Memang terdapat perbezaan ketara ketika aku praktikum dan ketika berada di alam sebenar alam pendidik ini. Termasuk hubungan sosial sesama guru, pengurusan,persekitaran dan murid itu sendiri. aku ditempatkan di SK Batu 9, Jalan Bomba... Setakat ini tiada apa-apa kesulitan yang aku alami, semuanya membantu aku sebagai guru baru di sekolah itu... Terima kasih di ucapkan atas bantuan yang diberikan...

Sunday, January 17, 2010

Satu Penghijrahan

assalamualaikum...salam ukhuwwah kepada semua yang setia dengan blog ini. terima kasih di ucapkan kerana sudi singgah ke blog yang serba kekurangan ini. Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk menulis sedikit coretan dari suatu penghijrahan...

aku berhijrah dari seorang guru pelatih menjadi guru yang sebenar...
aku berhijrah dari terengganu ke kelantan dan kini ke selangor...
aku berhijrah dari ipg ke sek keb...
aku berhijrah dari tanggungjawab belajar ke mengajar...
aku dalam situasi penuh penghijrahan...

aku berharap, dengan penghijrahan ini, ia sedikit sebanyak membantu aku untuk memperbaiki diri dan serba kekurangan untuk menjadi insan yang lebih tabah, sabar, redha dan ikhlas dalam segala hal...

wallahua'lam...doakan agar terus diberi kekuatan untuk meneruskan liku hidup

Friday, December 25, 2009

Sedih @ Gembira?

Assalamualaikum semua, sahabat blog...sekarang ni semua kawan-kawan seperjuangan memang sibuk dengan posting. maklum la, ditempatkan di kawasan yang bukan kampung sendiri untuk bertugas demi anak bangsa... setelah talian KPM aku dail, aku ditempatkan di Selangor... mengikuti jejak-jejak kebanyakan kawan aku yang lain... hancur harapan untuk bertugas di kampung sendiri... antara sedih dan gembira, aku pun tak tahu. sedih sebab terpaksa berjauhan lagi dengan suami... gembira? entah, xtau nak cakap macam mana... mungkin ada sikit. takut lagi banyak dari segala-galanya...apa-apa pun, setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya, walaupun terpaksa berjauhan tetapi aku yakin dengan Dia (Allah S.W.T) yang telah menetapkan sesuatu untuk hambaNya. Kini, aku kembali berserah kepadaNya, mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk aku dan keluargaku...

untuk pengetahuan semua, disini aku senaraikan kawan-kawan yang dipostingkan ke Selangor, Johor dan Perak setakat yang aku tahu sahaja...

Selangor: Sharif, Abdah, Azmi, Zaid, Hanis, Shah, Afandi, Faisal
Nadzrah, Suhaizani, Roshida, Norma, Shuha, Amalina, Sumaiyah, Amaliza, Afifah

Johor: Fathi, Zaki, Muhaimin, Zulatfi, Izuan, Adli, Naim, Azri yusof
Ilyani, Sarah, Syairatul

Perak: Hafiz
Ifma

yang lain, belum diketahui lagi. apa-apa perubahan akan di baiki kemudian... untuk semua, selamat bertugas diucapkan dan selamat menjadi cikgu yang baik...

Tuesday, December 15, 2009

Harta dan Jiwa

HARTA adalah nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia sebagai ujian. Kaya dan miskin, adalah dua isu yang sering kita kaitkan dengan harta. Harta juga penyebab kepada kegembiraan, kebahagiaan juga menjadi alasan kepada permusuhan, dendam dan pertumpahan darah. Banyak teladan yang dikaitkan dengan dua isu ini seperti kisah Si Tenggang yang derhaka selepas menjadi kaya dan kisah Qarun yang enggan mengeluarkan zakat dan sebagainya. Namun harus diingat bahawa kekayaan bukanlah sesuatu yang keji atau perlu dielakkan oleh umat Islam.

Malah menurut Ibn Qayyum, kekayaan yang dimiliki seseorang itu membantunya melaksanakan kebaikan seperti menunaikan haji, bersedekah, membina masjid dan amalan baik lain. Jangan pula menganggap hidup dalam keadaan tidak berharta itu baik lantaran hati akan sering mahukan keselesaan dunia yang tidak diperoleh. Sehinggakan kadang-kala mendorong untuk melakukan perbuatan salah. Lihat saja kejadian ragut baru-baru ini yang menimpa sepasang suami isteri sehingga mengorbankan nyawa. Isteri menjadi balu dan anak yang masih kecil menjadi yatim. Inilah kesan sikap untuk mencari sekelumit kekayaan dunia dengan cara mudah. Sejak zaman berzaman manusia begitu mengejar kekayaan sehingga terlupa bahawa hatilah yang utama perlu dikayakan. Dalam satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Bukhari: "Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak harta benda, tetapi sebenar-benar kaya ialah kaya jiwa (hati)". Kekayaan inilah yang patut dikejar oleh semua peringkat manusia sama ada yang berharta atau tidak berharta. Kaya jiwa adalah kaya dengan sifat kebaikan, kaya budi pekerti dan kaya harga diri. Kekayaan jiwa adalah kekayaan hakiki. Tidak ramai yang mempunyai kekayaan harta memiliki kekayaan jiwa. Kaya jiwa apabila imannya kukuh, hatinya kental dalam apa juga keadaan. Bila seseorang itu kaya hati, miskin atau kaya keadaannya sama saja. Sama sekali tidak menyusahkan hatinya atau menggugatkan jiwanya.

Namun adalah sangat malang jika miskin harta datang bersama dengan miskin jiwa. Miskin jiwa bukan hanya tidak pernah bersyukur dengan harta yang sedikit kita miliki atau keengganan membuat amal kebajikan. Miskin jiwa juga adalah sikap buruk yang menjadi amalan hari demi hari. Kejadian ragut adalah cerminan manusia yang jiwanya miskin dan kosong. Sudahlah miskin harta kerana mendorongnya melakukan ragut, hatinya juga miskin kerana sanggup membunuh demi secebis harta yang sedikit itu. Miskin jiwa ini sangat berbahaya kerana boleh menghinggapi segenap lapisan masyarakat tidak kira kaya atau miskin, pangkat atau darjat. Ini kerana jiwa yang miskin boleh mendorong kita melakukan penindasan, permusuhan dan jenayah kerana hati tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki apatah lagi untuk berasa cinta dan belas kepada sesama manusia.

Pendidikan adalah aspek yang penting dalam usaha memurnikan jiwa insani. Pemurnian jiwa dalam masyarakat bukan hanya melalui ceramah atau kuliah sebaliknya melalui pergaulan, pemerintahan, bantuan serta mengambil berat sesama kita. Anak-anak pula perlu didedahkan bukan sekadar dengan didikan akademik malah perlu kepada didikan agama dan moral. Hal ini supaya jiwa mereka tidak kosong seterusnya menjadikan mereka insan yang berguna dan kaya jiwanya pada masa hadapan. Kayakanlah jiwa kita dengan rasa takwa, syukur, ikhlas, belas serta menghormati orang lain. Jangan ditunggu orang lain mengubah sikap masing-masing terlebih dulu ataupun menunggu orang lain untuk mengubah sikap kita. Sesungguhnya rugilah bagi mereka yang hanya mengejar harta dunia tetapi miskin jiwanya kerana tiada tempat baginya di samping orang yang dikasihi Allah.

Wallahua'lam
Islam Itu Indah

Tuesday, December 8, 2009

Dalam Kenangan

assalamualaikum...memang diakui, lama dah tak update blog ni. kekangan masa sangat walaupun dah free dari task2 dan asignment2. alhamdulillah, tamat sudah pengajianku di IPGM. sekarang ni aku dan semua kawan-kawan menanti dengan penuh sabar tentang penempatan kami nanti...insyaallah, moga biarlah semuanya berhampiran dengan kampung halaman. Memang banyak kenangan tercipta selama 4 tahun aku berada di ipg, yang manis dan pahit. pengalaman itu, aku percaya akan mendewasakan kita. Paling aku tidak lupa dengan kawan yang 10 orang blok A ni. Mereka ialah siti, ima, ani, ina, dayah, akmal, ida, ainjai dan k.kin. Jutaan terima kasih dan sejuta kemaafan dipinta andai selama ini ada terkasar bahasa dll.

siti
dia ni merangkap rumate aku... wah, sangat hebat dalam beribadat.kagum aku.mengaji pun best.kami rumate 4tahun...banyak suka duka.gaduh tu memang banyak, tapi bile kamcing, tersangat la kamcing... pergi mana2 pun bersama...ke kelas, balik kelas, cafe, kuar makan, shopping, pi klinik dan macam2 lagi la. kepada siti. maaf dipinta andai selama ni bnyk mengguris hati secara sedar atau tak sedar. tq for everything juga

ima
ima ni memang baik ngan aku. orang pun kata macam kembar.anak murid pun boleh tertukar time praktikum hari tu. ish3... kitorang ni punye baik, kadang sampai rumate pun jealous..tak ada niat pun nak jealouskan sesiapa. susah nak cari kawan macam dia ni, dia ada untuk kite walaupun time kite sedih....tq ek ima

ani
erm...memang seorang yang loyar buruk. hubungan sosial ngan semua lapisan masyrakat sangat baik.semua orang menyenangi dia ni. peramah, kelakar, pemurah, manis dll. die berkawan ngan semua orang.

ina
dia ni seorang yang cool. tak pernah tengok dia marah dan tak pernah tengok die nak marah orang. memang stay cool. muke pun selamber jer. die pun orang yang baik hati...suka tolong angkatkan baju di ampaian.hi3...

dayah
baru je mendirikan rumah tangga. wah, bakat seninya memang tak dapat dinafikan. tulisan nyer cantik sangat. disukai oleh adik2. terer juga bersyarah ni..

ida
susah nak jumpa dia ni. selalu xde kat blok.sibuk sangat berorganisasi. dulu selalu keluar dengan dayah, tapi sejak2 dayah kahwin ni, pandai2 dia bawak diri...selalu menghilangkan diri, sampai kekadang rumate sendiri pun xtau. papeun, teruskanlah berdakwah di jalan Allah...

akmal
mantap ungguh suara dia. xpayah pakai mikrofon. memang dah cukup lantang. nanti leh jadi cikgu disiplin. loyar buruk pun boleh tahan. kalah ani kekadang

ainjai
seorang yang sempoi...semua boleh, xde yang tak boleh bagi die. suka sangat bawak kete sampai xkisah bawak sendiri 12 jam balik johor. tabik r kat dia. pun baik ngan semua orang... orang kuat ipg ni...tahniah

k.kin
seorang kakak yang berkaliber. cekap buat keje. de koleksi cerita yang best2. tq k.kin sebab sudi share cerita. pandai juga korek rahsia dia ni...fuh, kalau speaking bunyi loghat mat saleh(omputih)...

Papepun, terima kasih kepada semua kerana sudi bersahabat denganku selama 4tahun kita berjuang dalam bidang yang sama. akhir kata, tq, sorry and good luck for your life...

Salam...