Sunday, February 20, 2011

Ragam Anak Muridku

Assalamualaikum w.b.t

It is February now. Means that almost two months I knew my pupils...Here, I would like to share something about them...

Year 2 Ibnu Rushdi
I am their English teacher. At first I have high expectation about them.However, there was a huge gap between the first class and the second class. My pupils is in the second class which consist of average pupils. Some of them are slow learners where they can not read at all. then, what should I do?

I taught them regarding to the syllabus required for them. The different is the way I teach them in order to ensure that they got what they should learn at their age according to their abilities. For this two months, I emphasized more on their reading skills. I have done shared reading, reading in group and reading individually. Then, I focused on the vocabulary where I have asked them to have their own pictorial dictionary where inside the book, they have to paste picture with the correct word. Then, they have to rewrite the words three times. So far, they still can follow and have fun doing that and learn English...

Year 3 Ibnu Rushdi...
in Ragam Anak Muridku 2

Wallahua'lam

Friday, February 18, 2011

Rentetan Januari 2011


Assalamualaikum...semoga saudara saudari Muslimin dan Muslimah di luar sana dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.amin...


2011, tahun ke-2 saya bergelar guru. Saya telah berkhidmat selama 6 bulan di Sk Batu 9, Jalan Bomba dan telah bertukar untuk berkhidmat di Sk Kampung Tengah sekarang.Antara tugas yang dipikul untuk tahun 2011 ini antaranya ialah guru kelas, ketua rumah sukan, pencatat minit mesyuarat guru, S/U panitia PJK, S/U PPDa dan S/U kesihatan sekolah...MasyaAllah, sungguh besar tanggungjawab yang diberikan.InsyaAllah saya akan buat yang terbaik dan setakat yang termampu untuk semua tanggungjawab yang diberikan...Ya Allah, permudahkanlah segala urusan duniaku ini.

Pada tahun 2011 ini saya juga dipertanggungjawabkan untuk mengajar sunjek Matematik Tahun 3, English Year 2 dan subjek PJK Tahun 3.Erm...memang mengikut opsyen dan saya dengan hati terbuka menerimanya sebagai cabaran untuk mendidik anak-anak ini supaya berjaya mengikut kemampuan mereka. Ya Allah ya tuhanku, bukakanlah dan lapangkanlah hati-hati mereka untuk menerima ilmu mu ya Allah...amin

Mudah-mudahan tahun ini berlalu dengan indah dan diredhai Allah...Wallahua'lam
Islam Itu Indah

Monday, December 27, 2010

So many works to do...

Assalamualaikum w.b.t.

Buat sekian lamanya tak menulis apa-apa dalam blog ini...this is because of so many works to do...ooops, no excuses for that. Tambahan, rasanya macam tak cukup 24 jam yang dipinjamkan Allah untuk buat semua kerja dalam satu masa...

Sejak kelahiran anak sulung, Wan Ahmad Naufal nama diberi...erm,lagi la tak menyempat nak buat banyak kerja.Terima kasih kepada suami n mak yang banyak membantu. Jasa kalian xdapat ku balas.InsyaAllah, dapat balasan pahala dan keberkatan dari Allah. Kebanyakan kerja jadi tergendala, tertangguh, dan amat terhad untuk menyudahkan kerja dengan sempurna tetapi kehadirannya sangat dinanti dan mampu membahagiakan hati kami semua...TQ Allah for the give (Naufal).

Kerja...erm,sesuatu yang kalau difikirkan apa yang nak buat, perlu ke buat dan kalau tetap fikir tapi xbuat-buat memang tak kan siap. Jadi, sebaik-baiknya rancang dengan cepat dan bekerja/bertindak pada masa yang sama. Perlu diingat, dalam kita sibuk melakukan kerja harian atau pekerjaan apa-apa..ianya perlulah IKHLAS.InsyaAllah, terasa ringan bebanan kerja kita dan elakkan lah mengeluh atau merungut...tapi kalau-kalau 'ter' merungut nak buat camana...yang penting cuba. Dan ingat, orang lain mungkin lebih banyak kerja yang perlu dibuat berbanding kita.

Apa-apa pekerjaan yang dilakukan juga merupakan suatu ibadah kepada Allah. Jadi, jangan lupa untuk memulakan sesuatu kerja itu dengan lafaz Basmalah...akhiri sesuatu pekerjaan itu dengan lafaz Tahmid sebagai tanda kita mampu menyempurnakan kerja kita dengan baik...

setakat ini dahulu setelah sekian lama tiada pengisian...harap berguna untuk semua :)
Wallahua'lam

Monday, May 10, 2010

Mak, Ummi, Ibu, Mama ~ Happy Mother's Day

assalamualaikum...selamat hari ibu diucapkan kepada semua ibu yang berada di luar sana...for my special mom... love you so much, thank you and sorry for everything... jasamu tak kan dapat dibalas dengan wang ringgit kerana ianya sungguh tak ternilai harganya...


mom,
i love you,
without you, I wouldn't be the person I am,
withour you, I would've had no life,
You make my life special,
You loved me and
I loved you, and
FOREVER I will love you...

Saturday, March 27, 2010

My Graduation Day

Assalamualaikum...alhamdulillah, aku masih berkesempatan untuk ber'blogging'. Pada 20 Mac 2010, kami ex-student B.Ed Maths berkumpul di Dewan Sri Siantan, Putrajaya untuk Konvokesyen. Tak dapat digambarkan kegembiraan di hati. Aku berpeluang untuk berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan dan pensyarah-pensyarah kesayangan yang banyak membantu kami semasa kami masih lagi meneruskan perjuangan untuk bergelar GURU.

Turut hadir menemani aku untuk majlis konvokesyen itu semestinya my mother, my sister and suami tercinta...Bergambar kenangan dengan pensyarah2 tersayang yang banyak membantu... Jasamu tetap di kenang...
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua terutamanya keluarga, rakan-rakan seterusnya pensyarah2.


Thursday, February 4, 2010

Pelbagai Ragam

Assalamualaikum...salam ukhuwwah. akhir-akhir ini sangat sibuk sebab dah dapat jadual.Jadi, dah mula mengajar la.Hari ini, alhamdulillah ada sedikit kelapangan untuk ber'blogging'.

Aku sebagai guru kelas 5 Usaha, bermula dari hari pertama persekolahan minggu ini acapkali mendengar keluhan dan cerita pasal anak buah kesayanganku. Sebelum ini, aku mendapat tahu yang dikalangan mereka ini ada yang terlibat dengan kes melibatkan polis.MasyaAllah, macam-macam cerita. Minggu ni lagi, aku mendengar ada yang bergaduh sampai cedera kawannya dan ada juga yang biadap dengan cikgu...Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk aku terus menghadapi mereka ini...

Harapan aku kepada mereka ini, teruskanlah belajar untuk mengubah masa depan. Aku juga berharap agar aku ikhlas dalam mendidik mereka ini. Aku tidak akan membenci mereka hanya kerana mereka ini lemah dalam pelajaran, tetapi doaku selalu untuk mereka agar mereka berjaya dalam hidup...InsyaAllah

kuatkanlah aku dalam mendidik mereka ini...Amin Ya Rabbal Al-amin..

Thursday, January 28, 2010

"5 Usaha"

salam...hari ini, aku dapat jadual waktu baru yang mana akan berkuatkuasa pada 1hb Februari 2010.
sekadar hiasan

Aku merangkap bakal guru kelas "5 Usaha" akan berusaha dengan tekun, gigih, dan dedikasi untuk membantu mereka-mereka ini kerana mereka terkenal dengan low achievement dalam academic. Aku berharap, aku dapat menangani mereka ini dengan sabar dan ikhlas dalam mendidik mereka.

Selain itu, aku diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Matematik untuk Tahun 2 dan 5, dan Bahasa Melayu untuk Tahun 4... Aku sedikit runsing dengan apa yang bakal aku ajar untuk subjek BM kerana aku bukan dalam opsyen BM sebenarnya... Tapi, aku akan berusaha untuk mengajar dan mendidik sebaik mungkin... doakan saya agar berjaya ek...

sekian dahulu kali ini...