Friday, November 22, 2013

Anugerah Terindah

Salam pembuka bicara...pengerat ukhuwwah... SUdah lama benar rasanya tak update blog... Secara ringkas saya selitkan gambar memori anugerah terindah dalam hidup kami

 


 
 











Mereka inilah antara anugerah terindah dalam hidup saya yang dianugerahkan Allah... Alhamdulillah... do thanks Allah :) 

Saturday, September 15, 2012

Panduan Berguna Untuk Ibu-Ibu

Tengah duk layan fb terjumpa satu panduan berguna untuk ibu-ibu yang menyusu anak...


Sumber: AnakkuSayang.com

Thursday, September 13, 2012

Jom Berpantang

Hari Raya, umi dalam pantang. tengok saja la semua orang makan sedap-sedap... Terliur gak umi tengok orang makan nasi beriani, nasi dagang, nasi minyak, sate dan nasi impit, rendang dan macam-macam lagi la.

Bukan selalu kena berpantang kan.Berpantang ni penting dan baik untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk kesihatan dalaman dan luaran.

Dalam tempoh berpantang ni, umi buat pe yang orang lain buat jugak seperti:
  • bertungku sejam sehari
  • bersalai (baring atas tilam letrik)
  • memakai bengkung selama yang boleh
  • berurut (3 hari)
  • memakan jamu + minum air akar kayu
  • makan makanan yang sihat dan berkhasiat
Kalau bab berpantang makanan ni, macam-macam pendapat yang umi dengar... Ada kata boleh ada kata tak boleh... Sebenarnya bergantung atas keadaan tubuh badan seseorang samada dapat menerima makanan itu atau tidak dalam tempoh berpantang. Kalau rasa masuk angin dan tak sesuai, maknanya kita tak boleh makan makanan tu. Selamat la membuat ujikaji...Tetapi yang betul-betul tak oleh jangan la dicuba juga. Macam mencari nahas je...Pe yang dimaksudkan ialah makanan termasuk sayuran dan buah-buahan 'sejuk'. Ikan, ayam dan makanan laut pun bukan semua boleh makan... Untuk kesihatan kita dalam berpantang, rajinkan diri bertanya orang lama dan mencari maklumat sebanyak yang boleh tentang berpantang... Apa yang berguna boleh diguna pakai untuk diri sendiri...

Kepada umi, selamat berpantang :-) dan Wallahua'lam

Wednesday, September 12, 2012

Ramadhan @ Syawal

Dalam hati ni tertanya-tanya bila agaknya akan deliver my second baby...due date lambat lagi,25hb Ogos tetapi dirasakan macam bersalin awal jer...

Hari terakhir persekolahan, sebelum cuti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri...dah nampak dah tanda2 nak bersalin awal. sakit tak lagi.contraction tak rasa langsung.tunggu lagi dan lagi. Kebetulan keesokann harinya merancang nak balik umah tok, nak pergi ambil barang kirim kat sepupu sekaligus pergi ronda-ronda kat Mesra Mall untuk beli barang dapur. barang dapur sebagai persiapan untuk hari raya, seperti tahun sebelumnya akan ada rombongan keluarga datang beraya. Balik pun dah petang.

Seperti biasa, rasa contraction dah ada cuma takdelah kerap sangat. Selesai berbuka dan solat terawih, masih lagi mampu berjalan dan melakukan aktiviti mengemas rumah macam biasa. 

Hahaha...tiba-tiba rasa sakit perut macam nak buang air besar.pergi toilet cam biasa tp masih lagi sakit perut.tak hilang-hilang dan makin sakit. Terus bagi tau abi, rasa dah nak bersalin kot. Tawakal je la pegi hospital. hah!! dah 8 cm.Nasib baik tak bersalin kat rumah.

Alhamdulillah, masuk 5++ pagi ke dewan bersalin, my second baby boy safely delivered at 6.10 a.m. Maknanya, tak sempat la nak raya dulu dan makan puas-puas. Abi pun puasa sampai tak sempat nak sahur sebab masuk sekali dalam dewan bersalin.. Kesian abi and tq abi sebab ada disisi.

Apapun, umi bersyukur sebab umi dan adik Naufal selamat. Gembira melihat rezeki yang Allah berikan dann umi doakan semoga anak umi menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat, InsyaAllah...

Wednesday, December 14, 2011

Saya(Naufal) Dah Besar

Assalamualaikum...Syukur alhamdulillah Naufal membesar dengan baik walaupun Naufal tidaklah seperti kanak-kanak lain pada umur 1 tahun 5 bulan ini. Naufal agak kecil (mewarisi umi dan abi) berbanding kanak2 lain. Umi tetap bersyukur kerana yang penting bagi umi ialah Naufal sihat walafiat...amin

Kebolehan/ keupayaan Naufal
~Naufal boleh berjalan genap usia 1 tahun 3 bulan... sekejap je Naufal jalan terus dah boleh berlari
~Naufal boleh memahami arahan umi dengan baik
~Naufal boleh membuat mimik muka yang kelakar seperti muka serius, geram
~Naufal dah lama dah boleh melambai(tata), kiss, tumbuk, tunjuk gigi, menconteng, membaling, sepak bola dll

Tutur kata Naufal
Semakin hari semakin jelas apa yang cuba diperkatakan oleh Naufal... tok wan Naufal pernah berpesan dengan umi supaya bercakap menggunakan bahasa yang betul dan baik-baik dihadapanNaufal supaya Naufal tidak terikut untuk bertutur sesuatu dengan salah... tok wan kata jangancakap pelat dengan Naufal nanti Naufal pun akan cakap pelat.. Umi buat apa yang tok wan Naufal suruh dan alhamdulillah Naufal tak cakap pelat...hihi

Sampai hari ni, Naufal dah pandai sebut:
  • ummi
  • abi
  • wan (sikit-sikit)
  • ambil
  • nak
  • air
  • bird
  • cat
  • dog
  • cepat
  • Naufal (sebut nama sendiri)
  • dan menjerit sekuat hati
Tumbesaran Fizikal
1)semestinya Naufal semakin tinggi dari dulu
2)Naufal dah ada 8 batang gigi (4 atas, 4 bawah)
3)kaki Nuafal pun dah besar, dah boleh pakai kasut untuk berjalan

Yeay! Naufal dah besar dan Naufal pun dah banyak belajar. Umi harap Naufal tak berhenti belajar dan belajar untuk Naufal dan Islam itu sendiri. Insyaallah...

Monday, December 12, 2011

Alhamdulillah...Naufal Kembali Sihat

Assalamualaikum....syukur kepada Allah kerana dengan izinnya Naufal kembali sihat walafiat. Naufal selamat menjalani pembedahan pada right herniatomy pada 7hb Disember 2011 jam 9:00 pagi. Pembedahan yang dianggarkan selama sejam tamat setelah 2 jam dijalankan.

Kenapa Naufal di 'operate'?
Naufal kalau tak silap umi memang dah ada bengkak pada ari-ari sejak lahir cuma ianya kecil dan Naufal tak sakit pada mulanya. Lama-kelamaam ianya semakin menjadi jadi sampai melarat menyebabkab naufal tak kencing dan berak. Akhirnya Naufal akan muntah disebbakan saluran Naufal tersumbat... Sebelum ini bila jadi camni, umi ada bawak Naufal pergi klinik tapi dengan sendirinya, masuk bilik dr. sakit Naufal akan hilang. Memang ajaib. 6.12.2011, Naufal sakit macam biasa dan umi terus bawa ke Emergency Room seterusnya masuk wad....

Apakah hernia?
Dari laman sesawang http://pmr.penerangan.gov.my , hernia merupakan gangguan kesihatan yang umumnya dideritai oleh kaum Adam – sehingga 10 kali ganda berbanding wanita. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih sinonim sebagai angin pasang, burut, uluran, bodek atau turun beruk. Hernia pada bayi biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut.

Sebelum operate
~Naufal di x-ray
~Naufal di masukkan ke wad
~Naufal dilawati oleh pakar bedah
~Naufal mendapat consent/ kebenaran/ persetujuam umi untuk dibedah
~Naufal dipantau dari masa ke masa oleh dr. pelatih
~Naufal kena berpuasa
~Naufal kena ambil darah
~Naufal di lawat oleh pakar bius

Detik2 / Saat2 mendebarkan

1) Umi tukar baju Naufal ke baju yang sepatutnya untuk masuk OT, siap cap hijau lagi
2) Abi dukung Naufal ke OT, sebab Naufal tak nak dibawa dengan katil
3) Naufal dipindahkan ke OT, umi yang masuk temankan Naufal
4) Naufal bersedia untuk dibius, dan umi cium Naufal
5) umi keluar dari OT dan tunggu di ruangan menunggu, mendebarkan
6) Alhamdulillah, pembedahan berjaya!

Selepas operate
Naufal tak sedar diri selama sejam... Pakar bius mengingatkan umi supaya memantau Naufal supaya sedar dan buang air sebelum malam. Alhamdulillah, Naufal buang iar seperti yang sepatutnya dan sedar setelah sejam. Setelh habis kesan bius, Naufal mula la merengek sampai tak tidur dengan lena menahan kesakitan. Umi lak tak bagi nurse bagi ubat tahan sakit pada Naufal. Banyak sangat dah ubat yang masuk dalam badan Naufal tetapi esoknya, Nufal kena makan juga...nurse marah dan kesian tengok Naufal tak berhenti merengek... Pakar datang melawat Naufal untuk memastikan Nuafal dalam keadaan baik. Alhamdulillah, Naufal dibenarkan pulang ^__^

Harapan semua
Semua mengharapkan kesihatan dan kesejahteraan Naufal terutamanya umi dan abi... Sesungguhnya Allah menguji kami dan kami terima ujian itu dengan doa dan harapan Allah menyayangi hamba-hambanya dengan ujian dan dugaan.

Wallahua'lam

Thursday, August 25, 2011

Cerita Di Observe...

Assalamualaikum w.b.t

Hari Rabu yang lepas, 3 orang pelajr maktab dari I4P selamat dah observe sesi p&p aku... Nak kate tak nervous tu tipu la. Nervous sikit je la tapi lama-lama okay la...

The session just for half an hour and the lesson for that day was about learning initial blend "pl" and "pr". As usual for the set induction, i have taught them on keep saying the word begin with "pl"and "pr"without telling them that was the learning objective for that session.

The lesson then continued by listening and reading session. Teacher guides pupils to read with correct pronounciation and intonation. after that,i chose volunteer from boys and girls to read individually. then, they keep reading in small group.

Sebenarnya, aku memang dah kenal pasti this class ni memang lemah kalau baca sendiri-sendiri ataupun baca tanpa bantuan guru. Merka ni akan membaca ikut ejaan macam bahasa melayu dan alhamdulillah, setelah diajar berkali-kali, akhirnya mereka boleh menyebut kebanyakan perkataan dengan betul.

Seterusnya, sesi P&P diteruskan dengan aktiviti regrouping the words into the same group "pl"and "pr". I used the flash card (hand made) consist the word of play, pray, pram, please, press, and more. the pupils were very excited and them were enthusiastically try to get involve with that activity. I felt very happy and proud of them because they were very happy and enjoy the lesson too. the last activity prepared for them was individual work where each of them were given a worksheet.

My 2IR pupils ni sangat kelakar sebenarnya...ada je keletah mereka yang membuatkan aku geli hati sampai student maktab tu pun ikut gelak sekali. Semasa sesi itu berjalan aku tak lupa untuk memberi galakan kepada murid-muridku dengan memberi tepukan, menyebut very good and so on.

Pendek kata, mereka ini memang memahami enjoy the lesson and keep focus while teaching and learning session. aku pun suka tengok mereka belajar English dengan riang dan yakin...

Good Luck my 2IR pupils...