Friday, December 25, 2009

Sedih @ Gembira?

Assalamualaikum semua, sahabat blog...sekarang ni semua kawan-kawan seperjuangan memang sibuk dengan posting. maklum la, ditempatkan di kawasan yang bukan kampung sendiri untuk bertugas demi anak bangsa... setelah talian KPM aku dail, aku ditempatkan di Selangor... mengikuti jejak-jejak kebanyakan kawan aku yang lain... hancur harapan untuk bertugas di kampung sendiri... antara sedih dan gembira, aku pun tak tahu. sedih sebab terpaksa berjauhan lagi dengan suami... gembira? entah, xtau nak cakap macam mana... mungkin ada sikit. takut lagi banyak dari segala-galanya...apa-apa pun, setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya, walaupun terpaksa berjauhan tetapi aku yakin dengan Dia (Allah S.W.T) yang telah menetapkan sesuatu untuk hambaNya. Kini, aku kembali berserah kepadaNya, mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk aku dan keluargaku...

untuk pengetahuan semua, disini aku senaraikan kawan-kawan yang dipostingkan ke Selangor, Johor dan Perak setakat yang aku tahu sahaja...

Selangor: Sharif, Abdah, Azmi, Zaid, Hanis, Shah, Afandi, Faisal
Nadzrah, Suhaizani, Roshida, Norma, Shuha, Amalina, Sumaiyah, Amaliza, Afifah

Johor: Fathi, Zaki, Muhaimin, Zulatfi, Izuan, Adli, Naim, Azri yusof
Ilyani, Sarah, Syairatul

Perak: Hafiz
Ifma

yang lain, belum diketahui lagi. apa-apa perubahan akan di baiki kemudian... untuk semua, selamat bertugas diucapkan dan selamat menjadi cikgu yang baik...

Tuesday, December 15, 2009

Harta dan Jiwa

HARTA adalah nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia sebagai ujian. Kaya dan miskin, adalah dua isu yang sering kita kaitkan dengan harta. Harta juga penyebab kepada kegembiraan, kebahagiaan juga menjadi alasan kepada permusuhan, dendam dan pertumpahan darah. Banyak teladan yang dikaitkan dengan dua isu ini seperti kisah Si Tenggang yang derhaka selepas menjadi kaya dan kisah Qarun yang enggan mengeluarkan zakat dan sebagainya. Namun harus diingat bahawa kekayaan bukanlah sesuatu yang keji atau perlu dielakkan oleh umat Islam.

Malah menurut Ibn Qayyum, kekayaan yang dimiliki seseorang itu membantunya melaksanakan kebaikan seperti menunaikan haji, bersedekah, membina masjid dan amalan baik lain. Jangan pula menganggap hidup dalam keadaan tidak berharta itu baik lantaran hati akan sering mahukan keselesaan dunia yang tidak diperoleh. Sehinggakan kadang-kala mendorong untuk melakukan perbuatan salah. Lihat saja kejadian ragut baru-baru ini yang menimpa sepasang suami isteri sehingga mengorbankan nyawa. Isteri menjadi balu dan anak yang masih kecil menjadi yatim. Inilah kesan sikap untuk mencari sekelumit kekayaan dunia dengan cara mudah. Sejak zaman berzaman manusia begitu mengejar kekayaan sehingga terlupa bahawa hatilah yang utama perlu dikayakan. Dalam satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Bukhari: "Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak harta benda, tetapi sebenar-benar kaya ialah kaya jiwa (hati)". Kekayaan inilah yang patut dikejar oleh semua peringkat manusia sama ada yang berharta atau tidak berharta. Kaya jiwa adalah kaya dengan sifat kebaikan, kaya budi pekerti dan kaya harga diri. Kekayaan jiwa adalah kekayaan hakiki. Tidak ramai yang mempunyai kekayaan harta memiliki kekayaan jiwa. Kaya jiwa apabila imannya kukuh, hatinya kental dalam apa juga keadaan. Bila seseorang itu kaya hati, miskin atau kaya keadaannya sama saja. Sama sekali tidak menyusahkan hatinya atau menggugatkan jiwanya.

Namun adalah sangat malang jika miskin harta datang bersama dengan miskin jiwa. Miskin jiwa bukan hanya tidak pernah bersyukur dengan harta yang sedikit kita miliki atau keengganan membuat amal kebajikan. Miskin jiwa juga adalah sikap buruk yang menjadi amalan hari demi hari. Kejadian ragut adalah cerminan manusia yang jiwanya miskin dan kosong. Sudahlah miskin harta kerana mendorongnya melakukan ragut, hatinya juga miskin kerana sanggup membunuh demi secebis harta yang sedikit itu. Miskin jiwa ini sangat berbahaya kerana boleh menghinggapi segenap lapisan masyarakat tidak kira kaya atau miskin, pangkat atau darjat. Ini kerana jiwa yang miskin boleh mendorong kita melakukan penindasan, permusuhan dan jenayah kerana hati tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki apatah lagi untuk berasa cinta dan belas kepada sesama manusia.

Pendidikan adalah aspek yang penting dalam usaha memurnikan jiwa insani. Pemurnian jiwa dalam masyarakat bukan hanya melalui ceramah atau kuliah sebaliknya melalui pergaulan, pemerintahan, bantuan serta mengambil berat sesama kita. Anak-anak pula perlu didedahkan bukan sekadar dengan didikan akademik malah perlu kepada didikan agama dan moral. Hal ini supaya jiwa mereka tidak kosong seterusnya menjadikan mereka insan yang berguna dan kaya jiwanya pada masa hadapan. Kayakanlah jiwa kita dengan rasa takwa, syukur, ikhlas, belas serta menghormati orang lain. Jangan ditunggu orang lain mengubah sikap masing-masing terlebih dulu ataupun menunggu orang lain untuk mengubah sikap kita. Sesungguhnya rugilah bagi mereka yang hanya mengejar harta dunia tetapi miskin jiwanya kerana tiada tempat baginya di samping orang yang dikasihi Allah.

Wallahua'lam
Islam Itu Indah

Tuesday, December 8, 2009

Dalam Kenangan

assalamualaikum...memang diakui, lama dah tak update blog ni. kekangan masa sangat walaupun dah free dari task2 dan asignment2. alhamdulillah, tamat sudah pengajianku di IPGM. sekarang ni aku dan semua kawan-kawan menanti dengan penuh sabar tentang penempatan kami nanti...insyaallah, moga biarlah semuanya berhampiran dengan kampung halaman. Memang banyak kenangan tercipta selama 4 tahun aku berada di ipg, yang manis dan pahit. pengalaman itu, aku percaya akan mendewasakan kita. Paling aku tidak lupa dengan kawan yang 10 orang blok A ni. Mereka ialah siti, ima, ani, ina, dayah, akmal, ida, ainjai dan k.kin. Jutaan terima kasih dan sejuta kemaafan dipinta andai selama ini ada terkasar bahasa dll.

siti
dia ni merangkap rumate aku... wah, sangat hebat dalam beribadat.kagum aku.mengaji pun best.kami rumate 4tahun...banyak suka duka.gaduh tu memang banyak, tapi bile kamcing, tersangat la kamcing... pergi mana2 pun bersama...ke kelas, balik kelas, cafe, kuar makan, shopping, pi klinik dan macam2 lagi la. kepada siti. maaf dipinta andai selama ni bnyk mengguris hati secara sedar atau tak sedar. tq for everything juga

ima
ima ni memang baik ngan aku. orang pun kata macam kembar.anak murid pun boleh tertukar time praktikum hari tu. ish3... kitorang ni punye baik, kadang sampai rumate pun jealous..tak ada niat pun nak jealouskan sesiapa. susah nak cari kawan macam dia ni, dia ada untuk kite walaupun time kite sedih....tq ek ima

ani
erm...memang seorang yang loyar buruk. hubungan sosial ngan semua lapisan masyrakat sangat baik.semua orang menyenangi dia ni. peramah, kelakar, pemurah, manis dll. die berkawan ngan semua orang.

ina
dia ni seorang yang cool. tak pernah tengok dia marah dan tak pernah tengok die nak marah orang. memang stay cool. muke pun selamber jer. die pun orang yang baik hati...suka tolong angkatkan baju di ampaian.hi3...

dayah
baru je mendirikan rumah tangga. wah, bakat seninya memang tak dapat dinafikan. tulisan nyer cantik sangat. disukai oleh adik2. terer juga bersyarah ni..

ida
susah nak jumpa dia ni. selalu xde kat blok.sibuk sangat berorganisasi. dulu selalu keluar dengan dayah, tapi sejak2 dayah kahwin ni, pandai2 dia bawak diri...selalu menghilangkan diri, sampai kekadang rumate sendiri pun xtau. papeun, teruskanlah berdakwah di jalan Allah...

akmal
mantap ungguh suara dia. xpayah pakai mikrofon. memang dah cukup lantang. nanti leh jadi cikgu disiplin. loyar buruk pun boleh tahan. kalah ani kekadang

ainjai
seorang yang sempoi...semua boleh, xde yang tak boleh bagi die. suka sangat bawak kete sampai xkisah bawak sendiri 12 jam balik johor. tabik r kat dia. pun baik ngan semua orang... orang kuat ipg ni...tahniah

k.kin
seorang kakak yang berkaliber. cekap buat keje. de koleksi cerita yang best2. tq k.kin sebab sudi share cerita. pandai juga korek rahsia dia ni...fuh, kalau speaking bunyi loghat mat saleh(omputih)...

Papepun, terima kasih kepada semua kerana sudi bersahabat denganku selama 4tahun kita berjuang dalam bidang yang sama. akhir kata, tq, sorry and good luck for your life...

Salam...

Saturday, November 7, 2009

Mata Lelaki?

assalamualaikum...salam ukhuwwah...pentingnya wanita menutup aurat dan menjaga diri...

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,

dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa? Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,

maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang
warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuktidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat

p/s: sumber dari blog "aku seorang HAMBA"

Wallahua'lam
Islam Itu Indah

Wednesday, November 4, 2009

Alhamdulillah...Selesai

assalamualaikum...salam ukhuwwah...

akhirnya, setelah lebih kurang 2 minggu saya bertungkus lumus untuk menyiapkan segala assigment dan get ready untuk exam, akhirnya saya berjaya menghadapinya hingga ke hujung...segala assigment yang diberikan berjaya di siapkan mengikut kriteria yang diberikan. Alhamdulillah, saya berjaya siapkan kerja-kerja yang tertangguh. sekarang ini, tinggal berserah kepada Allah dan tawakkal kepadaNya. ku berdoa, semoga saya memperoleh keputusan yang baik...amin, doakan untuk saya.

sekarang ini saya berada di rumah sewa adik junior. terima kasih kat dioarng sebab sudi bagi saya menumpang rumah mereka. bukan apa, in case takut xleh keluar awal pagi esok, saya memutuskan untuk menumpang bermalam di rumah mereka. setinggi terima kasih k.ain ucapkan kepada adik2. adik2 memang best! diorang sekarang ni tengah sibuk study tentang Decision Maths (saya dah belajar dulu)...well, wish You all the best and good luck for your exam...Chaiyok2!!

setakat ini dahulu untuk post kali ini. jam dah menunjukkan hampir pukul 1 dan itu bermakna saya kena tidur...esok, pagi2 dah bertolak balik ke kampung halaman... doakan saya selamat...

p/s: kepada rakan-rakan seperjuangan, selamat berusaha untuk menyiapkan assignment.

Monday, November 2, 2009

'What do you think?'

assalamualaikum... salam ukhuwwah...

satu perkara yang sering bermain di fikiranku akhir-akhir ini. aku sering memikirkan tentang perempuan berpurdah... dalam fikiranku, banyak persoalan yang timbul dan antaranya ialah:

"kenapa berpurdah?"
"apa tujuan berpurdah?"
"tak panas ke berpurdah?"
"senang ke berpurdah?"
"tak menyusahkan ke berpurdah?"
"apa orang lain kata pada mereka yang berpurdah?"
"macam mana nak makan kat tempat awam kalau berpurdah?"
"boleh ke berpurdah kalau sekejap buka sekejap tutup?"
...dan macam-macam lagi...

Jadi, saya minta pendapat semua, tinggalkan jejak anda, kongsi pendapat anda, komen atau kritik tentang berpurdah ini... tak kisah suka atau tidak, sekadar ingin tahu pendapat semua...

wallahua'lam. terima kasih...

Tuesday, October 27, 2009

Al-kisah 'Malas'

assalamualaikum... salam ukhuwwah...sekadar berkongsi untuk renungan bersama.

Di sebuah negeri pada zaman dahulu kala, rakyatnya memang terdiri daripada orang - orang yang rajin... pendek kata memang rajin dalam segala segi macam rajin bekerja, rajin membaca, rajin berfikir dan lain - lain. Sehinggalah suatu hari, raja negeri itu terfikir untuk mencari rakyat yang malas dalam negeri nya itu. kemudian, beliau mengumumkan bahawa barangsiapa yang paling malas dalam negeri ini, beliau akan anugerahkan sesuatu...

Pada hari tersebut, datanglah 3 orang pemuda mengadap beliau... Raja bertanya tahap kemalasan mereka untuk menentukan siapa yang paling malas...

Pemuda 1: "saya memang malas... kalau boleh makan pun saya nak orang lain suapkan"
Pemuda 2: "saya pun malas.bukan suap je, kalau boleh saya na ada orang kunyahkan utk saya"
Pemuda 3: "erm... malas nak cerita"

moral of the story:
~ jangan jadi malas, elakkan dari sikap malas
~ malas itu merugikan diri sendiri

Untuk menjauhkan diri dari sifat malas, beramallah dengan doa ini:
renung-renungkanlah... sekadar peringatan dan perkongsian bersama... Wallahua'lam

Monday, October 26, 2009

Adab Bersin dan Menguap

Assalamualaikum… salam ukhuwwah. Pertamanya, seribu kemaafan diucapkan kepada semua kerana tak update blog akhir – akhir ini. Keadaan sekarang ni lebih tertumpu kepada assignment dan exam..

Kali ini, saya ingin berkongsi adab bersin dan menguap… Kadang – kadang kita lupa akan apa yang telah dianjurkan Islam dalam sesuatu perkara.. sesungguhnya Islam itu adalah agama yang lengkap lagi terperinci yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan…

BERSIN Vs. MENGUAP

Keduanya adalah saling berkait antara satu sama lain. Seperti sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (alhamdulliah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Ada pun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) ‘Haa…’ maka ketawalah syaitan”. (Sahih Bukhari, hadith no. 6223)

ADAB BERSIN
1. Berdoa
Adam : Aaaaa….Chooo… Alhamdulillah ‘ala kulli hal
Amin : (mendoakan saudaranya) YarhamkumulLah yang bermaksud “semoga Allah merahmati kamu”
Adam : (mendoakan kembali) YaghfirulLahu lana wa Lakum yang bermaksud “semoga Allah mengampuni bagi kami dan kalian”

2. Tutup mulut dan hidung dengan kain atau tangan. Pada masa yang sama hendaklah merendahkan muka dan suara

ADAB MENGUAP
1. Jangan mengeluarkan sebarang bunyi kerana bunyi – bunyi ini di sukai syaitan sehingga mereka ketawa
2. Menutup mulut dengan tangan
3. Beristighfar apabila menguap

Selamat beramal...
Wallahua'lam
Islam Itu Indah

Tuesday, October 13, 2009

'Ke Penghujung'

assalamualaikum... salam ukhuwwah... dah dekat nak habis study ni, macam-macam dugaan datang. termasuk la dengan assigment yang bertimbun. sekarang ni, semua rakan-rakan seperjuanganku tengah sibuk menyiapkan assigment yang bertimbun-timbun tuh. termasuklah empunya diri blog ni.

sumber

kepada semua rakan-rakan, sahabat-sahabat...semoga berjaya menyiapkan assigment dengan baik dan insyaallah, result pun akan baik. kudoakan kejayaan semua untuk final essay dan presentation. wish u all, good luck. dan tak lupa kepada sesiapa yang balik kampung... hati-hati. semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Sunday, October 11, 2009

Raya Sebulan??

assalamualaikum... salam ukhuwwah buat semua...

sumber

tahun ni raya memang sebulan. Memandangkan tahun ni tahun akhir kami pelajar B. Ed Matematik berada di Kelantan sebelum posting, kami mengambil peluang untuk beraya di rumah pensyarah-pensyarah kesayangan kami. Rumah pertama yang kami kunjungi ialah rumah Tutor kesayangan kami merangkap Ketua Jabatan Matematik. Diikuti rumah Pn. Noorasyikim dan Sir Rosli pada hari yang sama.

Hari-hari seterusnya kami menziarahi rumah Tn. Hj. Khairuddin dan ke rumah cikgu-cikgu sekolah dan yang terakhir setakat ini, saya beraya di rumah kawan baik mak saya.. seronok sangat, di samping dapat mendekatkan jurang yang telah lama terpisah, ia juga mengeratkan silaturahim yang telah terbina. Alhamdulillah, nasib baik berat badan tak meningkat. bimbang betul...


Dalam bergembira, sedih la pula bila memikirkan kami akan berpisah tidak lama lagi. Dengan peluang yang ada, kami berkumpul sambil mengenang kembali kenangan terindah selama kami berada di Darul Naim ini. Sedih juga bila terdapat di antara kami yang tidak dapat berkumpul bersama mungkin disebabkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Apa-apapun, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah dan semua rakan seperjuangan untuk segalanya. Maaf juga dipinta andai tesalah bicara dan kata sepanjang perkenalan ini.


Wallahua'lam

Tuesday, September 29, 2009

Hadiah Buat Semua

assalamualaikum... salam ukhuwwah. kali ini, ingin saya berkongsi kisah menarik yang mungkin sebelum ini anda ada terbaca di mana-mana dan sudah mengetahui akan inputnya tapi tak salah di kesempatan ini saya ingin menyegarkan dan mengingatkan kembali kisah-kisah menarik. Pada saya kisah yang akan dikongsikan ini sangat terkesan di hati saya dan harapnya juga terkesan di hati anda semua. Insyaallah...

Perbincangan yang berlaku antara Imam Al-Ghazali dan anak muridnya berkisar tentang semua yang berkaitan dengan "YANG PALING". Mencari satu kepastian di kalangan anak muridnya dan memberitahu yang pasti tentang "yang paling" itu adalah perlu untuk menyedarkan diri kita tentang siapa kita ini.

5 perkara itu yang ditanya oleh Imam Al-Ghazali dan dijawab dengan semua jawapan yang kurang tepat oleh anak murid beliau adalah apakah YANG PALING :
  1. Dekat : Mati
  2. Jauh : Masa Lalu
  3. Besar : Hawa Nafsu
  4. Berat : Amanah
  5. Ringan : Meninggalkan solat
  6. Tajam : Lidah
ada kebenarannya yang dekat dengan kita adalah mati kerana kita tidak tahu bila ajal kita dan ia boleh berlaku bila-bila masa tanpa cepat atau lewat.

masa lalu adalah yang paling jauh kerana masa lalu berlalu meninggalkan kita jauh dan makin jauh. masa lalu tak dapat diputar kembali.

manusia makhluk yang lemah memang besar dengan hawa nafsunya. manusia kurang beryukur dengan nikmat yang di kurniakan Allah.

amanah yang diberi dan digalas amat sukar dan berat untuk dipelihara. pecah dan tidak amanah mendapat murka Allah

meninggalkan solat adalah yang paling ringan dan mudah dilalaikan manusia sedangkan solat itu tiang agama. alasan meninggalkan solat itu ringan juga kerana terlambat, sakit, musafir dll. memandangkan solat itu tiang agama, Allah dah tetapkan rukhsah untuk umatnya di mana walau kita sakit atau musafir, solat itu wajib ditunaikan.

lidah lebih tajam dari pedang kerana dengan lidah, manusia mampu memutuskan tali silaturrahim, menyebarkan fitnah, menyebabkan dengki, perbunuhan dan menggalakkan manusia untuk memakan daging saudara sendiri.

kisah ini di adaptasi dari sumber lain dan di harap ianya adalah hadiah berharga buat semua agar kita segera sedar siapa diri kita ini.

Wallahua'lam
Islam Itu Indah

Monday, September 28, 2009

Ke Jinjang Pelamin

assalamualaikum...salam ukhuwwah buat semua... dalam masa cuti raya ni, ada juga kawan-kawan, sahabat-sahabat yang mengambil peluang ini untuk melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah, tahniah dan selamat pengantin baru di ucapkan buat mereka yang berkenaan. sedikit mutiara kata untuk dikongsi bersama buat pengantin baru:

"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan"(DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj)


“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan rumahku syurgaku,” kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz. dan “ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,” demikian maksud firman-Nya (Ar-Ra’d: 28).

Wallahua'lam....

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidil Fitri

assalamualaikum... salam satu lebaran dan salam satu malaysia... kurang dari 24 jam semua muslimin dan muslimat akan menyambut lebaran yang suci. mungkin semua sedang sibuk dengan persiapan untuk hari raya yang bakal menjelang tiba.

~anak-anak muda dari perantauan pulang ke kampung untuk menyambut syawal bersama keluarga
~ayah-ayah ke pasar untuk membeli lauk untuk juadah hari raya
~ibu-ibu sibuk menyediakan juadah untuk hari raya
~isteri-isteri sibuk mengemas baju, iron baju untuk hari raya, siapkan kelengkapan hari raya untuk anak-anak
~suri rumah sibuk mengemas rumah, tukar langsir, tukar sarung kusyen...
~suami-suami sibuk servis kereta untuk keselamatan dan kelancaran perjalanan untuk pulang ke kg

semua sibuk untuk menyambut hari raya, tetapi jangan dilupa pada yang tiada. ziarahi kubur mereka dan sedekah kan lah alfatihah buat mereka... pada hari yang mulia ini juga kita mesti bermaaf-maafan sesama kaum keluarga, sanak saudara, rakan taulan, jiran tetangga dan juga musuh kita...

akhir kalam, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua dan maaf zahir batin jika ada terkasar bahasa, tersalah bicara...

wallahua'lam

Monday, September 14, 2009

Seksa Nyer

assalamualaikum... salam ukhuwwah dan salam ramadhan...ramadhan semakin hampir ke penghujungnya.sayu hati memikirkan ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. cepatnya masa berlalu dan hari-hari terakhir ramadhan ini, kami menghabiskan peluang untuk memeriahkan ramadhan dengan ibadat dengan Educational Trip To Sabah, Bumi Di Bawah Bayu. kami berada di sana lebih kurang 4 hari 3 malam...

tetapi, yang seksanya, perjalanan untuk ke Sabah yang memakan masa lebih kurang 3 hari termasuk pergi balik. 12 jam perjalanan menaiki bas dan 2 setengah jam menaiki kapal terbang AA(AirAsia). disebabkan kurang budget, kami decide untuk menaiki penerbangan yang murah saja.

penerbangan balik dari Sabah memang quite okay sebab seat yang selesa walaupun kecil sikit dan ada member yang kita kenal duk sebelah dan boleh duduk sesama perempuan. tetapi, penerbangan pergi ke Sabah tu, memang menyeksakan dan membosankan. mana ke tidak, dengan seat yang kurang besar tu, aku ditempatkan di seat bernombor 17F(tepi tingkap). Yang malangnya, sebelah aku adalah seorang lelaki. serba tak senang duduk aku di buatnya. aku pun mengecilkan diri sedaya boleh... aku tengok orang sebelah aku pun sama. seboleh-bolehnya aku tak nak berlaga bahu walaupun berlapik... nak tidur pun tak boleh. habis satu buku, mini novel aku baca. mengantuk memang tapi tahan jugak sampai esoknya pening kepala sangat2.

naik hairan aku ni... kenapa la seat kapal terbang ni kecil sangat. tak comfortable langsung even domestic flight tapi fikirkan la keselesaan penumpang. kalau kena saiz badan yang agak besar, kesian kat diorang. habis sakit-sakit badan. lenguh sangat. orang kata naik flight ni best tapi biasa je for me. mungkin jugak sebab jenis penerbangan kot. kalau internaional flight, besar and lebih comfortable la rasanya. jarak dan masa perjalanan pun mempengaruhi kot. lagi satu, fikirkan la jugak dari segi tatatertib yang dianjurkan Islam. aku pun nak jaga gak tetapi kadang-kadang, aku pun xmampu nak elak dari hal yang macam ni. tapi... apa-apa pun, itulah pengalaman yang kurang manis dan menyeksakan aku.

Sekadar Luahan, berkongsi pengalaman
wallahua'lam

Wednesday, September 2, 2009

Berakhirnya Satu Kebimbangan

assalamualaikum... salam ramadhan kareem kepada semua pengunjung blog yang setia membaca. terima kasih diucapkan... hari ini dah masuk 2 hari aku berbuka di kampus. kurang la seronok nya berbanding dengan berbuka puasa bersama keluarga kan. aku akui, kebanyakan kawan aku pun setuju dengan kenyataan itu.

Apa yang aku bimbang sebenarnya? kenapa dah berakhirnya satu kebimbangan itu?
Sebenarnya, setiap kali tiba waktu untuk aku menyediakan juadah berbuka puasa, perkara yang paling aku bimbang ialah kesedapan makanan itu sendiri dan kesempatan waktu untuk menyediakan makanan. aku selalu bermonolog:


" Sedap ke apa yang aku masak ni? "
" Sempat ke aku nak siapkan juadah ni? "
" Cukup ke juadah ni sahaja untuk hari ini? "
" Nak bagi orang sebelah ke tak? "
" Orang lain leh terima ke apa yang aku sediakan ni? "


haa... tulah antara kebimbangan yang melanda. tapi alhamdulillah, sepanjang aku menyediakan juadah itu, berkat bulan ramadhan yang mulia ini, semuanya menjadi. alhamdulillah, semuanya sedap kot (xpandai masak sangat). insyaallah, kalau kita berusaha dan ikhlas, kerja yang susah pun akan jadi mudah dan senang.

Memandangkan sekarang ni dah berada di kampus, hilang lah kebimbangan aku untuk seketika. sekarang ni, yang menjadi habuan untuk berbuka puasa adalah sekadar ' kuih tunjuk '. tunjuk je nak apa kat bazaar ramadhan tu... tapi, beringat la sebelum kena. jangan membazir dan pilihlah gerai yang bersih, kalau tak... sakit perut nanti.

wargh... rindunya kat rumah. sabar... sabar... lagi 3 minggu nak balik.. hurm, apa lagi yang aku tak masak ari tu ek... ok la dulu coretan untuk kali ini...

P/S: kalau ada masa, masak la. masak sendiri lagi berkat tau. bagus untuk kesihatan sekali.

Wallahua'lam

Monday, August 31, 2009

Walau Di Mana Jua, Ramadhan Tetap Nikmat

assalamualaikum... salam ukhuwwah buat semua... wah seronoknya dapat berpuasa lebih kurang seminggu di rumah... sungguh berbeza kita berpuasa di negeri sendiri berbanding di negeri orang walaupun satu negara.hihi... tapi kedua-duanya seronok kerana pengalaman berbeza yang kita dapat daripada perbezaan berpuasa di tempat dan situasi lain-lain ini.

di rumah, kita dapat berkumpul satu keluarga apabila tiba waktu berbuka puasa. seronok sangat sebab kita berkongsi segala juadah yang kita sekeluarga sama-sama masak. Ya Allah, tak dapat digambarkan berpuasa di rumah ini, begitu seronok sampai tak terucap dengan kata-kata. selepas berbuka, kami saling tolong menolong lagi, take turn mencuci pinggan dan kemas meja. selepas itu, kami semua solat berjemaah, maghrib, isha' dan tarawih. kalau ada kelapangan lebih, kami akan dengar tazkirah pendek dan kita tadarus al-quran. kami biasanya tadarus di antara maghrib dan isha'. masa yang terluang bersama keluarga tersayang bagi saya adalah sangat berharga dan berkualiti untuk mengeratkan lagi rasa kasih dan sayang antara kami... syukur alhamdulillah... terutama suami, mak, abah, mak mertua, adik laki dan perempuan... I LOVE YOU ALL. terima kasih atas segalanya. di bulan yang mulia ini, harap maaf atas segala kekhilafan diri samada yang sengaja atau yang tak sengaja. di harap, kita semua dapat menjadi insan terbaik seperti sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :
"(Orang yang terbaik di antara mereka) ialah orang yang paling bertaqwa kepada Allah s.w.t. Dan orang yang paling erat hubungan silaturrahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran"(HR At-Thabrani).

di tempat belajar pula, saya seronok dapat berbuka puasa bersama rakan-rakan, teman-teman, sahabat-sahabat yang sentiasa sabar dengan kerenah saya yang tidak sempurna ini. sebelum berbuka, kami pergi ke bazaar ramadhan yang dekat je. kami tak beli banyak makanan sebab kami tahu, kami saling berkongsi dan memadai bagi kami untuk merasa serba sikit makanan. tidak perlu membazir di bulan yang mulia ini, menjadi ingatan buat kami. kemudian, kami berbuka puasa beramai-ramai, kekadang di bilik kawan lain, atau sepakat berbuka di bilik TV. macam-macam pengalaman dan kenangan yang tersemat selama kami 4 tahun bersama. sesekali, kami decide nak berbuka di luar beramai-ramai, dan kami singgah la mana-mana tempat yang glamour seperti di stadium, masjid terkenal untuk solat dan sekaligus bertarawih. sungguh indah pengalaman itu tersemat di fikiran. alhamdulillah, sometimes kami dapat jemputan untuk berbuka puasa di rumah kenalan kami. kelakar pun ada. yang penting, tetap seronok dan best. tahun ini, entah macam mana sebab esok baru nak balik... just wait and see. apa pun, kepada semua kawan-kawan, terima kasih dan maaf juga atas ketidaksempurnaan diri ini. LOVE YOU TOO girls. semoga ukhuwwah yang terbina berkekalan dan minta dijauhkan dari sebarang perselisihan faham. Renungkan surah Al-Hujurat: 10 yang bermaksud: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t supaya kamu beroleh rahmat".

wallahua'lam
Islam Itu Indah


Saturday, August 29, 2009

Let's Begin d^_^b

assalamualaikum... lagi tentang ramadhan kareem dan ramadhan barakah ini... di sini, saya menyeru diri sendiri, keluarga, rakan2 dan pembaca blog ini agar terus merebut peluang yang ada ebanyak mungkin di bulan ramadhan ini. anggaplah ia (mungkin) yang terakhir buat kita dan berusaha mendapatkan pahala berganda yang disusuri dengan iman dan ikhlas didalamnya...insyaallah, keberkatan dan keredhaan Allah itu ada. seperti hadith riwayat Ibnu Abid Dunya yang bermaksud "Sekiranya manusia mengetahui kebajikan dalam Ramadhan itu, tentu mereka mengharap supaya Ramadhan berlaku sepanjang tahun". apa kebajikan yang dapat kita lakukan pada Ramadhan ini? Sekadar panduan buat semua... ikhlaskan hati, insyaallah ada kemudahan bagi kita, manusia yang lemah disisiNya. Antaranya:
  1. solat subuh
  2. bacaan Ma'thurat (insyaallah dipelihara dari segala yang buruk, ...banyak sangat kelebihannya.. dan mengamalkannya seperti mengamalkan sunnah rasulullah S.A.W dari segi zikir dan doa hariannya)
  3. solat sunat Dhuha (dimurahkan rezeki, terhindar dari kepapaan)
  4. kalamullah, AlQuran dibaca
  5. solat zuhur
  6. kalamullah, AlQuran dibaca
  7. solat asar
  8. bacaan Ma'thurat
  9. berdoa + berzikir
  10. berbuka puasa (segerakan berbuka) + bersedekah (menjamu berbuka puasa...)
  11. solat maghrib
  12. solat sunat hajat
  13. solat isha'
  14. solat sunat tarawih
  15. bertadarus al-quran(menepati tajwid dan memperbetulkan bacaan)
  16. qiamullail (solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat...diakhiri dengan solat sunat witir)
  17. kalamullah, AlQuran dibaca
  18. bersahur...lewatkan bersahur supaya terus dengan solat subuh...jangan tidur dulu...
dalam kita sibuk mengejar untuk memperbanyakkan amalan, dahulukan yang wajib ek... jangan sibuk nak kejar semua, yang sunat didahulukan... nanti, yang dikejar ke mana, yang dikendong ke mana (opsie, xingat peribahasa)... selamat beramal kepada semua, salam Ramadhan

wallahua'lam
Islam Itu Indah

p/s: kalau ada tambahan cadangan amalan, sila kongsi bersama...

Friday, August 21, 2009

Bukan Yang Terakhir

assalamualaikum semua... bermula la episod baru, ramadhan oh ramadhan...bulan ramadhan bulan yang disukai semua dan di tunggu-tunggu oleh kebanyakan kita...kenapa agaknya ia bulan yang begitu istimewa? pelbagai fadhilat dan hikmahnya bulan ramadhan ini...

Oleh yang demikian, saya menyeru kapada semua umat islam diseluruh dunia, pergunakanlah bulan ramadhan yang mulia ini semaksimum mungkin untuk bersama kita beribadat kepadaNya. Minta dijauhkan dari sifat mazmumah dan belai lah diri kita dengan bersolat sunat, berjaga malam, al-quran dan zikir, sedekah, bersederhana dll... moga amalan kita di bulan yang diberkati ini, diterima Allah dan menjadi bekalan di "Hari Lain"...

selain itu, aku berdoa semoga ini bukan ramadhan yang terakhir bagiku...seperti yang semua maklum, di bulan ramadhan ini kita amat mudah untuk beramal dan beribadat kepadaNya tetapi di bulan2 lain, seringkali kita leka, lalai dan alpa...Di bulan ramadhan juga kita amat senang hati dan berlapang dada untuk semua amalan hanya kerana Allah... oleh itu, aku berdoa agar aku masih berkesempatan menyambut ramadhan seterusnya. aku juga berharap semoga bulan Ramadhan yang mulia ini dapat menjadikan aku lebih istiqamah dalam beribadah kepadaNya....insyaallahkepada semua...
  • selamat berpuasa
  • betulkan niat anda (bukan kerana diet, bukan kerana jimat, hanya kerana Allah)
  • istiqamah lah dalam beribadat (jangan bersungguh pada malam terawal shj)
  • selamat bertarawih
  • selamat bertadarus
  • selamat bersedekah dll
wallahua'lam.
Islam Itu Indah


Sunday, August 16, 2009

Setuju ke Tak?

sila bagi pandangan anda tentang gambar dibawah... kalau anda setuju, kenapa dan kalau tak setuju juga nyatakan kenapa...

sumbangan cetusan idea dan pendapat anda amat diperlukan... terima kasih d^_^b

Saturday, August 15, 2009

Dah Nasib Badan

selepas kelas, kami sepakat 10 orang untuk pergi keluar makan... plan nak makan kat tempat nasi ulam Padang Tembak je, tapi tutup, last2 kami pergi sampai ke KB. kami dapat menjamu selera selepas penat menunggu dalam setengah jam gak, tapi memang berbaloi. macam2 ada... lauk je, bukan Astro! sempat la posing kejap dengan kawan2 sebab tau bukan senang nak gathering ni...

habis episod gembira, bermula la episod yang tidak berapa nak gembira... terkena jugak aku...padahal sebelum ni aku xpernah buat pun. tu la susahnya kalau selalu baik, sekali buat salah terus kena. kena pe? pe cerita ni? nak tau kan? sebab korang xtau... ni nak bagi tau...

buat pertama kalinya aku dapat surat dari Majlis Perbandaran... xpernah dapat pun sebelum ni... lagipun, mane de dapat surat dah time ni. surat tu diselitkan kat wyper kete comelku itu... ingatkan iklan... tapi... huh, padan muka! xmampu nak kate pape sebab salah diri sendiri...

kesalahan: parking xletak skeleng!
jam: 11.49 pagi
warna kete: matallic (eja pun salah)


moral values: beringat sebelum terkena... jgan pandang remeh ngan parking ni! tapi xadil, kawan aku kete lagi satu xkena saman pun. nasib badan..huhu...aku menyesal ;-( pasni aku akan letak skeleng tuh, gores kupon parking sekali...

Friday, August 14, 2009

Yang Mana 1?

time ni, dah nak grade ni... ramai terfikir pasal kahwin ni... tapi ada beberapa isu yang menjadi persoalan sesetengah dari kita...

perbualan di kalangan kaum adam:

A: " U nak isteri yang camaner?"
B: "he'eh, mesti la cantik"
C: "pandai masak, rajin..."
A: "xkan tu je kot?"
C: "ada lagi... nak yang pandai..hidung mancung, putih...cute2 gitu"
B: "ko lak A, nak yang camane?"
A: " semua jawapan di ats" (hahaha)

manakala, perbualan di kalangan kaum hawa:

a: "best r...dah nak kawin dah ko"
b: "alhamdulillah... dah sampai jodoh"
c: "camane ko tau die tu sesuai n jodoh ko?"
a: "bla...bla...bla...
b: "aku kan kalau boleh...nak yang good looking...hensem cam brad puteh"
c: "yang penting keje sedap weh... doctor ke...engineer ke..."
b: "ko 'a', xyah cbuk... dah nak kawin kan...xleh kate pape"

itulah yang sering kita dengar dan terjadi disekeliling kita... adakah kecantikan, kekayaan menjamin kebahagiaan?

untuk kaum adam:

dari Abu Hurairah r.a dari nabi Muhammad S.A.W, baginda bersabda: "perempuan itu dinikahi kerana 4 perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. lalu pilihlah perempuan yang kerana agamanya nescaya kamu bahagia (muttafaqun alaihi)

untuk kaum hawa:

seperti firman Allah di dalam surah Al-Baqarah: 221 yang bermaksud: "... dan janganlah kamu nikahkan orang2 musyrik (dengan wanita2 Mukmin) sebelum merka beriman... sesungguhnya budak yang Mukmin lebih baik dari orang Musyrik walaupun dia menarik hatimu..." maknanya, Allah memerintahkan mendahulukan agama juga untuk kaum Hawa, Islam...

Buatlah Pilihan yang Bijak... wallahua'lam...
Islam Itu Indah

Thursday, August 13, 2009

Kamen Rider?

assalamualaikum...
skrg ni...tgk je mane2 mesti ada manusia bertopeng. toleh kanan, toleh kiri, pandang depan, sekilas ke belakang, manusia bertopeng are everywhere...Ya Allah... takut nyer dengan amaranMu... kami pun dengan segera keluar mencari mask gak... kami pun dah jadi bertopeng gak... for prevention bak kate orang " Prevention is better than cure "... sekarang ni lagi...mask tu amat laris di pasaran... sampai harga nye mencecah kepada RM2 sekeping. mahal tu... cekik darah ke? tapi, xkisah berapa harganya pun, tetap ada ramai yang beli... untuk kebaikan bersama... nak pakai mask ni pun de caranya gak...cara2 nya adalah seperti dibawah:
  1. pastikan yang berwarna hijau atau biru kat depan (warne putih kat dalam)
  2. pastikan lagi besi berada di atas, kat bhgian hidung...bukan dagu
  3. lipat mask kepada dua supaya besi untuk bahagian atas hidung bengkok... (tampung hidung)
  4. letak besi yang dibengkokkan kat batang hidung anda, dan ikat...
  5. ikat bahgian bawah... dan hendaklah menutupi dagu...seperti gambarajah dibawah...
tapi...baru je dapat satu berita yang xberapa nak gembira sgt...tau x? lubang udara mask tu adalah 0.3 saiz nyer... kutu b@b! lak 0.2 saiznyer... still leh masuk... tapi at least kita dah berusaha... kat bawah ni saya kongsikan sekali tips untuk menghadapi dan melawan simptom h1N1 ni...sama2 la kita berikhtiar untuk dijauhi dari virus ni...amin
  • mesti banyakkan minum air masak@kosong@mineral
  • kena banyakkan makan buah-buahan segar lebih2 lagi buah oren dan kiwi
  • boleh juga meminum air buah-buahan segar
  • amat2 digalakkan membaca ayat 58 dalam surah yaasin sebanyak 28x
  • digalakkan juga membaca bismillah 5 sebanyak yang boleh
selamat beramal...segala tips xsalah untuk diamalkan selagi ianya untuk kebaikan kita bersama... ada tips terbaru untuk menangani simptom ini, sila kongsi bersama ye... at least kita dah berusaha untuk kesejahteraan muslimin dan muslimat...selebihnya berTAWAKALlah kepadaNya dan PASRAH atas ujianNya...

wallahua'alam

Wednesday, August 12, 2009

Be Critical...


apa yang mampu anda katakan tentang kartun kat atas tu? just write something sebab saya berminat dan excited nak tau pendapat anda semua... boleh ye kita berkongsi pendapat...

Aku Rela Berkongsi

kongsi pe?
semestinya BUKAN berkongsi kasih... NAUZUBILLAH.
Sebenarnya nak kongsi resipi... xtau r sedap ke x. ari tu time B.I.G, ade cakap yang makanan kegemaranku ialah paprik terengganu. xtau r len camane... mungkin dimasak oleh orang terengganu kot... jom kita tengok resipinya... dan, selamat mencuba kepada semua.

bahan-bahannya:
  1. serai
  2. daun limau purut
  3. carrot
  4. bunga kobis
  5. kacang panjang
  6. jagung kecil
  7. sos tiram
  8. lada kisar (cili bo, bukan lada hidup yang dikisar, lada kering yang dikisar pun boleh)
  9. garam
  10. gula
  11. air
  12. minyak masak
  13. ayam yang dipotong kecil2
Cara memasak:
  • panaskan kuali, masukkan minyak, sikit je...
  • tumiskan lada kisar... nak pedas letak banyak sikit, paling kurang satu sudu besar penuh tau letak
  • masukkan ayam yang dipotong halus... tunggu sampai masak... jadi putih2 dah
  • masukkan serai yang ditumbuk kasar, jangan lumatkan serai tuh
  • masukkan air
  • tunggu sampai mendidih sikit....masukkan daun limau purut yang dicarik2
  • masukkan sos tiram sikit gak... hujung sudu besar je @ satu sudu kecil
  • then, masukkan semua sayur serentak (carrot, kacang panjang, bunga kobis, jagung kecil)
  • at last, letak garam dan gula secukup dan sesedap yang masing2 suka
  • tunggu sampai semua dah masak, jangan biarkan air kering sangat!
  • pastu, boleh hidang dan makan ngan nasi...SEDAPNYA...insyaallah
selamat mencuba kepada semua. sedap x sedap bergantung kepada anda untuk mengubah suai resipi tu. hihihi. that's paprik terengganu...

p/s: kepada geng rumah sewa, especially PT 1644, selamat mencuba dan bagi komen ek. kalau dah masak, bagi orang rasa, sama x ngan orang buat...

Sunday, August 9, 2009

Sakit Hati!!!

bahaya ni sakit hati... sakit camaner?
putus cinta ker?
gaduh dengan adik beradik ker?
gaduh dengan kawan2 ker?
ada penyakit berkaitan hati ker?
hepatitis C?

xperlu jawab...renungkan aje. bukan isu di atas yang nak diutarakan tapi sebaliknya... penyakit hati yang nak diberitahu adalah tentang satu sifat tercela yang ada dalam diri sebahagian manusia (including me, al-insan)... bahaya tau kalau xrawat. mampu memudaratkan orang lain dan diri sendiri... hah?

Sudah jelas diterangkan menerusi Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 10 yang bermaksud : “ Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian , iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama dan orang-orang Islam) , lalu ditambah Allah penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta “.


try kita check diri kita ikut senarai kat bawah... tgk2 kita ada x ciri2 orang yang ada penyakit hati: berikut ciri-cirinya:
  1. malas bekerja dan berfikir
  2. bercakap sesuatu yang sia-sia (omong kosong)
  3. marah xbertempat
  4. dengki
  5. bakhil@kedekut
  6. cinta duniawi
  7. cinta kemegahan
  8. ujub
  9. riak
  10. takabbur
hah? camane? xde? alhamdulillah. kalau ada lak, segeralah mendapatkan doktor yang boleh dipercayai... siapa? Islam Itu sendiri... antara tips rawatan yang dianjurkan Dr. Islam:
  1. kembali kepada iman, islam dan ihsan
  2. membaca dan memahami Al Quran
  3. amalkan gaya hidup Islam bukan sekadar gaya hidup sihat...hihihi
  4. hayati dan amalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W
  5. makanan pun penting tau selaras ngan kempem kementerian kesihatan, nak makan perhati makanan
  6. kena selalu muhasabah diri
  7. jangan lupa amalkan sifat2 mahmudah@terpuji
Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud : “ Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati “.Wallahua'lam

Islam Itu Indah

Chipsmore?

hari khamis, 6hb august 2009... sebenarnya xde lecture pun. tapi ada la, bebarpa kerat kami yang sangat rajin (xtau kot) pi gak kelas. pagi tu kelas PHE. kami pun dah besar panjang decided untuk walk 1.2 km, then organize a game regarding the technique for being referee. ntah... at least kami buat gak. tq to k.kin yang menyumbangkan idea game tu "touch ball".

the class end at 9.45 am. xde pape nak buat kat kelas, aku pun balik bilik... ooo...ade lagi keje yang xbuat yang nak kena submit hari ini. struggle buat dan siap dalam kol 10.45 am. then, terfikir la rancangan giler... pe tu? Boleh tak kalau aku nak BALIK? sempat lagi ni memandangkan jam belum pun kol 11. then, siap2 dengan selamba nyer, aku pun start my father's car and drive for 6hours to KAMPUNG. bahagianya hidup... selaras ngan tema Chipsmore, kejap ada kejap xde.


aku rasa xsalah aku nak balik kampungku... tapi ada je suara2 yang xpuas hati sebab aku balik.. ada kerja kumpulan ker? rasanya xde. aku pun dah berjaya settlekan my individual work. congratulate for me. entah, as long as aku xmenyusahkan ORANG lain untuk aku balik, so xde sebab orang lain nak rasa xpuas hati... wallahua'lam

p/s: sori la kalau ade yang xberapa suka dengan i yg suka balik ni.

Tuesday, August 4, 2009

Terima Kasih...TQ...Syukran


Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah S. A. W bersabda yang maksudnya: " sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafanNya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya".

petang tadi, i have decided to have a ride with ani. ani lagi? kitorang decided nak beli makanan kat kedai merah je. dekat sangat ngan maktab. while waiting for the makanan, kami berbual kosong ngan seorang hamba Allah yang pemurah ni. pemurah camane? pemurah ngan senyuman of course, dan duit.


dipendekkan cerita, time kitorang nak bayar, orang kedai cakap xpayah, means that ade orang belanje. guest who was that? hamba Allah yang pemurah tadi r... ku hanya mampu mengucapkan terima kasih, TQ, syukran, arigato dan macam yang sama makna dengan terima kasih daun keladi... sambung sendiri.

so, moral of the story, galakkan diri sendiri untuk bersedekah. xsemestinya dengan menghulurkan duit tapi...Daripada Abu Zar r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara kamu harus bersedekah setiap pagi. Maka setiap sekali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahmid adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahlil adalah sedekah, setiap sekali bacaan takbir adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikan juga sedekah, mencegah dari kemungkaran juga sedekah dan keseluruhannya itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dikerjakan oleh seseorang itu dari shalat Dhuha."

(Riwayat Muslim)

Kenangan Terindah

assalamualaikum...salam ukhuwwah pembuka bicara.hahaha...last weekend, we have spend time together, just three of us by went to kemaman, my hometown. three of us(ani, siti and I) not including ima have decided to go to kemaman. why? because there are beautiful beaches. they love beaches very much. me too. ima? kenapa ima xikut? ima xikut sebab her father didn't gave her permission. her father worried too maybe. pity to ima but ima have went there once. alhamdulillah... we have take some pictures on the beautiful view to share with all and for our sweet memory too:
ani dengan cermin matanya


di pantai kemasik, pintu masuk


dengan mom yang sangat sporting n kelakar


di monica bay


apa lagi laa gaya diorang ni?


last sekali, tinggalkan jejak


subhanallah, indahnya ciptaan tuhan. tapi sedih ngan sikap manusia yang xtau nak hargai pemandangan yang cantik ni.

yang sedihnya xsempat nak bawak diorang ni pi banyak lagi pantai...hopefully, lain kali ramai lagi yang nak datang rumah... best jer ajak korang datang rumah. it's not a big matter.

Monday, August 3, 2009

Syaaban... Lupe ker?

assalamualaikum....

salam ukhuwwah pembuka bicara. lama dah xbuka and post something kat blog. memang banyak nak post tapi kekangan masa, kerja dan internet sendiri yang kurang membantu, xleh la nak post (alasan3). yang lepas, rejab. sekarang ni, syaaban. pasni, ramadhan. ramadhan wajib puasa, nak xnak mesti puasa, sebagai menyempurnakan ibadah dan menjalankan tanggungjawab as muslims. tapi camner lak ngan bulan lain, rejab dan syaaban.

try reflect, berapa banyak hari kita puasa dalam bulan rejab? sebulan? separuh bulan, sepuluh hari, seminggu, sehari (ermm...xsampai sepuluh hari pun...huh). syaaban lak? dah hampir nisfu syaaban pun... xpernah sehari? camne ni? reflect why kita xmampu nak buat? xperlu jawab kuat2, tepuk dada tanya hati/ iman/ selera? pastu kena watpe? just reflect je? kalau boleh, saya ingin mengajak semua yang membaca untuk sama-sama kita memperbanyakkan amalan masing2 termasuk diri sendiri dengan perkara2 sunat. mudah-mudahan amalan sunat ini mampu menampung amalan waib kita di akhirat nanti.

nak attach kan fadhilat bulan syaaban, confirm xramai yang baca... sampai habis. kalau nak boleh je masuk website ni: info syaaban
pendek kata, dalam bulan syaaban ni, antara amalan yang disunatkan for muslims are:
  • memperbanyakkan puasa sunat (kan dah bg tau)
  • memperbanyakkan berzikir, berdoa, berselawat ke atas nabi S.A.W
  • bertaubat (xyah tgu dosa besar baru nak taubat kan?)
tahukah anda peristiwa penting yang berlaku dalam bulan syaaban?
  1. nisfu Syaaban: "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
  2. penukaran arah kiblat
  3. peperangan bani mustaliq: Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
at last, cermin diri untuk kebaikan dunia dan akhirat.
akhir kata: bulan rejab adalah peluang untuk meminta ampun dari allah, manakala bulan Syaaban adalah peluang untuk memperbaiki diri dari segala cela dan Ramadhan adalah waktu untuk menerangkan hati dan jiwa...

wallahua'lam...
Islam Itu Indah...

Wednesday, July 29, 2009

Sokonglah Malaysia

assalamualaikum....


petang semalam (bukan malam), kami 4 beradik(lain mak ayah) have a dinner kat Marrybrown,. antara makanan yang kami order dan makan kat situ( tgk kat bawah):


marrybrown ni malaysia nyer yang seangkatan ngan KFC, Mc D, A&W dan lain- lain lagi. sokonglah barangan Malaysia. pe yang best kat sini? rumate bg tau kat sini yang best nyer ialah fish 'n' chip, seafood porridge, curly fries, air panas dan macam2 r. leh r try ek.

makan pun jangan lupa baca doa.. barakah.

p/s: sori kat ima sebb xpublish bubur. hihihi, dah berusik.

Tuesday, July 28, 2009

Amaran Allah

assalamualaikum...

di samping kita tengah bergembira dengan kawan-kawan, keluarga atau siapa-siapa pun, harus diingat tentang amaran ALLAH kepada kita. sekarang, berita terhangat di pasaran mengalahkan jualan kain untuk persiapan raya ialah H1N1 atau influenza A.

sebenarnya, amat bahaya la dan sangat bahaya penyakit ni. semua dari kita amat terdedah kepada symptom2 penyakit ini. dalam berita semalam, utusan online ada mengatakan 100% dari kita berpeluang untuk mendapat virus ini dalam sehari. Masyaallah, senangnya ia menular dan merebak. Ya Allah, peliharalah kami dari virus yang mara bahaya ini. Mohon dilindungi dari musibah H1N1.

kenapa kita di timpa musibah atau bala H1N1 ni? ingatlah bahawa kita manusia ini banyak melakukan kerosakan di muka bumi sedangkan telah diingatkan Allah untuk memelihara dunia sementara ini. ditambah lagi dengan manusia yang kufur dan fasik dan melupakan Allah sebagai Khaliknya. kita renungkan petikan hadith dibawah ek dan banyakkan berdoa, ingat Allah. jangan biarkan diri kita terus leka dan jauh dariNya dalam mentaatiNya.

Allah SWT telah menyatakan hal ini di beberapa ayat. Antaranya adalah firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota, kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.(al-Qashash: 59).

Maka tidak dibinasakan kecuali kaum yang fasik.(al-Ahqaf: 35).

Kami telah membinasakan mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berbuat dosa (al-mujrim).(ad-Dukhan: 37).

Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa azab Allah hanya akan dijatuhkan kepada penduduk negeri yang melakukan kezaliman, kemaksiatan, dan kefasikan. Dengan kata lain, azab Allah hanya akan dijatuhkan, tatkala peringatan-peringatan Allah SWT melalui dakwah Rasul-Nya telah diabaikan dan didustakan

wallahu'alam
salam peringatan untuk diri sendiri dan untuk semua...
Islam Itu Indah

Penuhi Tuntutan

hadith rasulullah S.A.W bermaksud "Didiklah anak-anakmu berenang, memanah dan berkuda"

hadith rasulullah S.A.W bermaksud "Didiklah anak-anakmu berenang, memanah dan berkuda"
lantas, saya dan beberapa orang kawan mangambil inisiatif untuk mengikuti kelas renang. bermula dengan kenalan cikgu di sek tempat saya praktikum, saya kini serius untuk belajar berenang. at first memang xconfident langsung untuk berenang tapi at last, after a month, boleh la pi ulang alik lebar kolam. alhamdulillah... dengan syarat xpanik time dalam air.bukan senang nak cari tempat untuk belajar berenang yang khas untuk perempuan sahaja, lebih2 lagi dimestikan berpakaian menutup aurat. so, x rugilah saya ambil kelas renang ni.xmahal pun. RM 5 sejam. 2x seminggu, ahad dan rabu. so, jangan lepaskan peluang yang datang sekali sahaja.

banyak manfaat yang kita dapat dari aktiviti berenang ni. Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain merangsang stamina ( sistem kardiovaskular ), memperbaiki sistem pernafasan kita la, insyaallah.

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani (don't panic). Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang lemah.(riwayat Muslim).

lastly, rebutlah peluang untuk belajar sambil beriadhah. sangat sesuai dijadikan aktiviti untuk mengisi masa lapang. so, selamat berenang kepada rakan2 yang amik kelas renang.

wallahua'lam
Islam Itu Indah