assalamualaikum...
salam ukhuwwah dan salam muhibbah untuk semua
Apa yang kunantikan? Dambaan kasih dan cinta Ilahi yang kunantikan melalui bulan Rejab bulan suci, bulan ketujuh dalam kalendar hijriyyah. Cinta Ilahi cinta yang lebih utama dari cinta-cinta lain dapat dikecapi apabila kita, manusia biasa mampu menundukkan hati, akal untuk kembali beribadat dan sujud tunduk menghadapNya mengharapkan keampunan dan keredhaan.
Pelbagai cara lain yang mampu kita, hambaNya yang kerdil mampu lakukan untuk mengecapi cintaNya iaitu dengan berpuasa. Memandangkan sekarang ini bulan Rejab atau bulan Allah seperti sabda baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Bulan Rejab Bulan Allah, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku" marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk berpuasa sebanyak mungkin sekadar yang kita mampu.
wahai sahabat-sahabat,
tidak rugi memeriahkan bulan Allah ini kerana telah dijanjikan Allah akan kelebihan bulan Rejab ini yang tidak terhitung hikmahnya. Antaranya sapertimana hadis yang diriwayatkan oleh At - Tabarani daripada Sa'id bin Abu Rahid yang bermaksud ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")
Ya Allah, ya tuhanku betapa nikmat dan besar ganjaran yang dikurniakan Allah untuk umatNya.. oleh yang demikian saya ingin sama-sama mengajak muslimin dan muslimat untuk memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini. selain dari berpuasa, kita juga digalakkan untuk solat sunat, mengaji al-quran, bangun malam terutamanya pada 27 Rejab dan banyak lagi. Selain itu, di bulan yang mulia lagi suci ini adalah lebih baik untuk kita mengelakkan diri dari perbuatan maksiat yang dikeji Allah untuk sama-sama kita mendapat keredhaan Allah dan moga kita sentiasa dibawah lembayungNya..
Sekian, wallahua'lam
Islam Itu Indah untuk semua dan
Salam Ibadah
No comments:
Post a Comment