Sunday, June 14, 2009
Parent belongs to???
assalamualaikum...
salam ukhuwwah untuk semua
kali ini saya ingin sentuh tentang tanggungjawab kite untuk menjaga ibu bapa kita. sekarang ni genap setahun 2bulan my mother - in -law terlantar sakit angin ahmar. sebelah anggota tubuhnya lumpuh akibat itu. pelbagai cara yang kami cuba untuk menyembuhkan beliau tetapi keadaan belum menginzinkan. ntah la... mungkin belum lagi kot, Allah itu Maha Mengetahui dan ingin menguji kami semua anak menantunya. sepanjang tempoh itu, pelbagai perkara yg x diingini juga berlaku. banyak betul dugaan keluarga ini tetapi setiap pe yg Allah uji, pasti ade hikmah di sebaliknya tetapi kita tidak mengetahuinya.
setiap hari, kami sekeluarga took turn untuk angkat ibu mertua kesayanganku itu untuk qadha' hajat termasuk berwuduk dan bersiram. for the first time, we chise to angkat beliau berdua, but now we can angkat beliau sorang2 je. selagi kudratku mampu, saya xkisah. mule2 susah gak tapi sekarang dah biase bak kate orang, alah bisa tegal biasa. bile difikir2, xde la susah sangat nak jaga beliau, just kena angkat n pakaikn baju je memandangkan beliau xleh bgn sendiri. yang len, beliau buat sendiri termasuklah makan & mandi sendiri kekadang klu saya cbuk di dapur. tetapi, saya hanya manusia biase yang kekadang tewas dengan bisikan syaitan laknatullah yg membisikkan kate2 rungutan, sungutan, keluhan, rase tidak puas hati dll yang akhirnya hilang keikhlasan untuk menunaikan tanggungjawab untuk menjaga beliau. astaghfirullah...
tazkirah berguna & very touching dari suami tercinta:
seusai solat maghrib, "ade rasa xpuas hati ker?"
"xde la, okay je, cam biase"
"nape nmpk cam xredha jer?"
"eh, xde pape pun"
walaupun keluhan di hati tidak disuarakan tetapi beliau boleh membacanya. de magic ek?
pendek kata: ape2 pun yang saya lakukan selama menjaga ibu mertuaku, aku hendaklah ikhlaskan diri dan redha dengan ketentuannya..nasihatnya, setiap kali bisikan syaitan datang menguji, saya harus cepat2 ingat Allah dan berdoa kepadaNya agar dilindungi dari bisikan itu. lantas dari peringatan itu, saya lantas beristighfar, Ya Allah, ampunilah dosaku atas keluhan yg x bersebab itu. aku kemudian sedar kini aku memainkan peranan penting untuk menjaga ibu mertuaku demi membalas segala jasa beliau selama 3 tahun lebih menjaga aku dan suami semasa ketiadaanku (futher study)... kini, tiba masanya untuk aku membalas jasa beliau yang menjaga kami tanpa mengenakan sebarang syarat seperti tertulis di dalam web saifulislam.com, kasih sayang ibu bapa tidak bersyarat...
tatkala menjaga beliau, bukan selalu bisikan jahat itu menjelma... alhamdulillah, ade juga saat aku dapat ikhlaskan diriku untuk menjaga beliau mengikut kudratku. ku akui, ianya lebih mambahagiakan, menenangkan dan hati juga redha dan mampu melakukan tanggungjawab itu tanpa sedikit pun rasa beban. tidak timbul pula rasa ketidakpuasan dalam hati dan keluhan2 yang mampu menyakitkan hati...justeru, IKHLAS ini mampu memberi ketenangan hati, jiwa dan akal lentas menundukkan hati dari bisikan jahat.... semoga Allah terus menjaga hatiku ini dan keluarga kami yang lain... Insya Allah
wallahua'lam... sama2 lah kite menjaga ibu bapa kita seikhlas mungkin dan rasai kemanisan nya...
Islam Itu Indah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
assalamualaikum...salam ukhuwwah buat semua... dalam masa cuti raya ni, ada juga kawan-kawan, sahabat-sahabat yang mengambil peluang ini unt...
-
assalamualaikum... salam ukhuwwah buat semua... wah seronoknya dapat berpuasa lebih kurang seminggu di rumah... sungguh berbeza kita berpuas...
-
hari khamis, 6hb august 2009... sebenarnya xde lecture pun. tapi ada la, bebarpa kerat kami yang sangat rajin (xtau kot) pi gak kelas. pagi ...
No comments:
Post a Comment