Thursday, August 25, 2011

Cerita Di Observe...

Assalamualaikum w.b.t

Hari Rabu yang lepas, 3 orang pelajr maktab dari I4P selamat dah observe sesi p&p aku... Nak kate tak nervous tu tipu la. Nervous sikit je la tapi lama-lama okay la...

The session just for half an hour and the lesson for that day was about learning initial blend "pl" and "pr". As usual for the set induction, i have taught them on keep saying the word begin with "pl"and "pr"without telling them that was the learning objective for that session.

The lesson then continued by listening and reading session. Teacher guides pupils to read with correct pronounciation and intonation. after that,i chose volunteer from boys and girls to read individually. then, they keep reading in small group.

Sebenarnya, aku memang dah kenal pasti this class ni memang lemah kalau baca sendiri-sendiri ataupun baca tanpa bantuan guru. Merka ni akan membaca ikut ejaan macam bahasa melayu dan alhamdulillah, setelah diajar berkali-kali, akhirnya mereka boleh menyebut kebanyakan perkataan dengan betul.

Seterusnya, sesi P&P diteruskan dengan aktiviti regrouping the words into the same group "pl"and "pr". I used the flash card (hand made) consist the word of play, pray, pram, please, press, and more. the pupils were very excited and them were enthusiastically try to get involve with that activity. I felt very happy and proud of them because they were very happy and enjoy the lesson too. the last activity prepared for them was individual work where each of them were given a worksheet.

My 2IR pupils ni sangat kelakar sebenarnya...ada je keletah mereka yang membuatkan aku geli hati sampai student maktab tu pun ikut gelak sekali. Semasa sesi itu berjalan aku tak lupa untuk memberi galakan kepada murid-muridku dengan memberi tepukan, menyebut very good and so on.

Pendek kata, mereka ini memang memahami enjoy the lesson and keep focus while teaching and learning session. aku pun suka tengok mereka belajar English dengan riang dan yakin...

Good Luck my 2IR pupils...

Thursday, August 18, 2011

Katil No. 8

Assalamualaikum...

Al-kisah Naufal masuk wad...pagi Selasa Naufal xhenti-henti nangis.umi pun decided untuk bawa Naufal ke klinik swasta. Itupun selepas abi suh bawak pi jumpa dr. Lagi pun malam tu naufal tak tidur sangat sebab hidung Naufal tersumbat. asyik-asyik terjaga...kesian sangat kat Naufal malam tu. ummi pun xtau nak buat camane...at last naufal tertidur atas bahu ummi barulah lena.

Pagi itu, ummi orang pertama sampai kat klinik, trus jumpa dr and dr cakap Naufal diserang ronchitis for the second time. Doc cakap kena sedut je la... about 4-6 hours sekali. Dipendekkan cerita, petang sebelum berbuka wan (nenek) Naufal bawak pergi unit kecemasan untuk sedut, at last, Naufal kena tahan wad. Tak leh tangguh dah... dengan ala kadar cepat-cepat ummi berkemas untuk kita menginap di asrama kanak-kanak...


Malam yang sama, sample darah Naufal diperlukan untuk cek samada ada jangkitan ke tidak dalam darah...kesian sangat kat Naufal, memang menangis la Naufal. Ummi tengok pun tak sampai hati. Dengan paksa rela tu...huhu


After that, prosedur seterusnya selepas dr. cek, naufal kena buat x-ray la pulak. Nak kena cek paru-paru. Naufal pun ikut je la dengan paksa rela. Menangis lagi sebab kena paksa dan dikejutkan dari tidur. Bukan sebab sakit pun.hihi

Seterusnya, dr. decided that Naufal kena sedut la every 4 hours. Ummi baru teringat yang Naufal kena tahan wad bukan sebab lelah tapi sebab denyutan jantung Naufal terlalu laju...156/minit. macam orang berlari...letih sokmo la Naufal


Sekarang, lepas treatment...insyaallah dan alhamdulillah Naufal is getting well. Ummi doakan supaya Naufal sentiasa sihat,aminn ya Rabb...

Monday, August 15, 2011

Dengki Nyer...

Assalamualaikum...

Sejak ditukarkan ke sekolah baru, banyak yang aku pelajari. Semua pasal kerja-kerja yang seorang cikgu biasa perlu dan harus selesaikan dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Malu bertanya sesat jalan, aku berpegang pada pepatah itu...Kalau tak tahu kenalah bertanya pada orang yang tahu, barulah kerja kita akan mudah. Pulak, kita kena la ikut style masing-masing. Nak ceritanya kat sini, de beberapa perkara yang aku dengki pada cikgu-cikgu yang berkaliber disini... Aku senaraikan beberapa perkara yang baik agar kita semua patut contohi dan ikuti, insyaAllah

  • Sikap cikgu yang bila dapat kerja baru terus diselesaikan dengan segera. Takde tangguh-tangguh. Hari ni bagi, esok siap...memang hebat dan aku kagum sangat
  • Sikap cikgu yang suka bekerja bersama-sama untuk kepentingan bersama demi sekolah
  • Sikap cikgu-cikgu yang suka buat kerja tambahan...maknanya suka datang pada hari cuti untuk selesaikan mana-mana kerja yang dirasakan perlu macam fail-fail dll
  • Sikap cikgu yang sangat komited dengan bidang tugas masing-masing.
  • Sikap guru yang saling membantu apabila ada kelapangan
  • Sikap guru yang tidak kedekut ilmu berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka
Aku percaya semua sikap ni memang patut aku dengki.. Maknanya aku pun kenalah jadi macam mereka...rajin pun kena jugak. IKHLAS pun kena juga ;-)

Wallahua'lam...

Wednesday, August 10, 2011

Hadiah Dari Abi Naufal ^__^

Assalamualaikum...

Setelah genap setahun, umi dan abi terfikir nak bagi apa kat Naufal. Alhamdulillah, umi sempat la buat moist choc cake untuk bg org lain makan bukan Naufal sempena hari lahir Naufal...nak jemput orang datang rumah, buat kenduri tak sempat tambah pulak Naufal tak sihat.. Jalan punya jalan, tengok la mainan yang sesuai untuk Naufal. Hadiah ni Naufal sendiri yang pilih tau...pandai dah pilih nak yang mana...insyaAllah cerdik anak umi dan abi ni...

:: Naufal with his new car::

Abi dan umi, tq for the gift. Naufal appreciate it :)

Wednesday, August 3, 2011

Special Untuk Naufal

Assalamualaikum...

Naufal, genap je umur 6 bulan, umi mulakan dengan makanan tambahan sebagai makanan pelengkap untuk Naufal. Bukan Nestum perisa madu atau vanilla tetapi ianya adalah lebih bagus, sihat dan baik untuk pembesaran Naufal iaitu bubur nasi tanpa pengawet buatan umi sendiri.

Umur 6 bulan setiap bayi berhak mendapat makanan tambahan mereka sebagai pelengkap susu. Susu ibu perlu diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Jika diberikan terlalu awal ianya akan mengganggu proses penghadaman mereka dan akan menyebabkan mereka kurang menyusu. Jika diberikan terlalu lewat juga ianya akan mengganggu tabiat makan mereka seperti cerewet dalam memilih makanan, hanya makan sayur tertentu sahaja dll.

Alhamdulillah Naufal mengikut jadual pemakanan seperti yang disarankan...

6 - 8 bulan : puri, dilecek, makanan separuh pejal
9 - 11 bulan : makanan dicincang atau makanan yang boleh dipegang dengan jari mereka sendiri (biskut, buah dll)
> 12 bulan : makanan keluarga

Untuk Naufal, umi pelbagaikan bubur naufal dengan meletakkan buah epal, kurma, madu, kismis, pisang, lobak, sawi, ubi kentang, daun sup+bawang, ayam, ikan bilis dan kadang-kadang ikan. Umi variasikan bubur Naufal dari hari ke hari supaya Naufal tak bosan dengan bubur yang sama perisa asli hari-hari. Bubur Naufal hari-hari adalah yang baru. Bak kata tok wan Naufal, tak bagus bagi makan makanan yang selalu dipanaskan sebab nanti semua zat yang baik akan hilang. Walaupun ada kekangan masa, umi sedaya upaya akan buat bubur Naufal hari-hari untuk Naufal agar Naufal membesar dengan baik dan sihat... Amin Ya Rabb...

Naufal akan makan 2-3 kali sehari ketika umur 6 - 9 bulan dan semakin kerap ketika umur Naufal meningkat setahun. Sekarang Naufal akan makan apa yang orang lain makan. Pantang betul tengok makanan di tangan orang..Serba sikit mesti Naufal nak rasa. Naufal pun umi dah bagi makan buah sekali sehari, sarapan dengan biskut dan kadang - kadang roti, makan petang pulak dengan cekodok atau kuih - muih yang lembut. pendek kata, kat rumah sekarang ni kena ada stok makanan untuk Naufal yang sedang membesar...

InsyaAllah umi harap Naufal tak bosan dengan makanan yang umi sediakan untuk Naufal... Umi doakan juga supaya Naufal dijauhi dari segala penyakit dan sentiasa sihat walafiat, InsyaAllah.

Tuesday, August 2, 2011

Juadah berbuka ;)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...dah nak masuk 3 ramadhan dan saya berja
ya memasak dengan tidak mengunjungi bazar Ramadhan. Maklum saja la kalau dah pergi bazar, macam yang nak dibelinya nanti bila berbuka makan tak banyak mana pun...Tak pasal-pasal, membazir pulak. Kalau boleh, azam Ramadhan tahun ni biarlah ia lebih berkat berbanding tahun sebelumnya, insyaAllah.

Untuk keluarga tersayang, saya luangkan masa yang sedia ada dengan niat untuk memasak juadah berbuka. Alhamdulillah...berjaya dan apa yang dimasak pun alhamdulillah menjadi dan memang sedap. Rezeki Allah... Terdetik dalam hati, masak ni kalau IKHLAS...memang tak diragui kesedapannya, insyaAllah. Semua orang pun suka makan. Suka betul kita yang memasak ni bila tengok orang lain suka makan makanan kita. Bukan nak angkat bakul tapi sekadar berkongsi hakikat yang benar tentang IKHLAS...

Sempena Ramadhan ini saya mengucapkan kepada semua muslimin dan muslimat agar berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dan rajin untuk melipatgandakan pahala dengan amal ibadat dan diharapkan ianya akan berterusan dan terus istiqamah,insyaAllah... Wallahua'lam

Selamat Menjalani Ibadah Puasa ^_^