Assalamualaikum...
Alhamdulillah...dah nak masuk 3 ramadhan dan saya berja
ya memasak dengan tidak mengunjungi bazar Ramadhan. Maklum saja la kalau dah pergi bazar, macam yang nak dibelinya nanti bila berbuka makan tak banyak mana pun...Tak pasal-pasal, membazir pulak. Kalau boleh, azam Ramadhan tahun ni biarlah ia lebih berkat berbanding tahun sebelumnya, insyaAllah.
Untuk keluarga tersayang, saya luangkan masa yang sedia ada dengan niat untuk memasak juadah berbuka. Alhamdulillah...berjaya dan apa yang dimasak pun alhamdulillah menjadi dan memang sedap. Rezeki Allah... Terdetik dalam hati, masak ni kalau IKHLAS...memang tak diragui kesedapannya, insyaAllah. Semua orang pun suka makan. Suka betul kita yang memasak ni bila tengok orang lain suka makan makanan kita. Bukan nak angkat bakul tapi sekadar berkongsi hakikat yang benar tentang IKHLAS...
Sempena Ramadhan ini saya mengucapkan kepada semua muslimin dan muslimat agar berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dan rajin untuk melipatgandakan pahala dengan amal ibadat dan diharapkan ianya akan berterusan dan terus istiqamah,insyaAllah... Wallahua'lam
Selamat Menjalani Ibadah Puasa ^_^
2 comments:
btl tu kalau g bazar mmg abis byk duit..hu hu hu [pengalaman sendiri]
haha...kan dah cakap.memg biase r tuh cik mesin taip.byk berlaku kat ramai orang...pandai2 la berbelanja :)
Post a Comment