Assalamualaikum...
Naufal, genap je umur 6 bulan, umi mulakan dengan makanan tambahan sebagai makanan pelengkap untuk Naufal. Bukan Nestum perisa madu atau vanilla tetapi ianya adalah lebih bagus, sihat dan baik untuk pembesaran Naufal iaitu bubur nasi tanpa pengawet buatan umi sendiri.
Umur 6 bulan setiap bayi berhak mendapat makanan tambahan mereka sebagai pelengkap susu. Susu ibu perlu diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Jika diberikan terlalu awal ianya akan mengganggu proses penghadaman mereka dan akan menyebabkan mereka kurang menyusu. Jika diberikan terlalu lewat juga ianya akan mengganggu tabiat makan mereka seperti cerewet dalam memilih makanan, hanya makan sayur tertentu sahaja dll.
Alhamdulillah Naufal mengikut jadual pemakanan seperti yang disarankan...
6 - 8 bulan : puri, dilecek, makanan separuh pejal
9 - 11 bulan : makanan dicincang atau makanan yang boleh dipegang dengan jari mereka sendiri (biskut, buah dll)
> 12 bulan : makanan keluarga
Untuk Naufal, umi pelbagaikan bubur naufal dengan meletakkan buah epal, kurma, madu, kismis, pisang, lobak, sawi, ubi kentang, daun sup+bawang, ayam, ikan bilis dan kadang-kadang ikan. Umi variasikan bubur Naufal dari hari ke hari supaya Naufal tak bosan dengan bubur yang sama perisa asli hari-hari. Bubur Naufal hari-hari adalah yang baru. Bak kata tok wan Naufal, tak bagus bagi makan makanan yang selalu dipanaskan sebab nanti semua zat yang baik akan hilang. Walaupun ada kekangan masa, umi sedaya upaya akan buat bubur Naufal hari-hari untuk Naufal agar Naufal membesar dengan baik dan sihat... Amin Ya Rabb...
Naufal akan makan 2-3 kali sehari ketika umur 6 - 9 bulan dan semakin kerap ketika umur Naufal meningkat setahun. Sekarang Naufal akan makan apa yang orang lain makan. Pantang betul tengok makanan di tangan orang..Serba sikit mesti Naufal nak rasa. Naufal pun umi dah bagi makan buah sekali sehari, sarapan dengan biskut dan kadang - kadang roti, makan petang pulak dengan cekodok atau kuih - muih yang lembut. pendek kata, kat rumah sekarang ni kena ada stok makanan untuk Naufal yang sedang membesar...
InsyaAllah umi harap Naufal tak bosan dengan makanan yang umi sediakan untuk Naufal... Umi doakan juga supaya Naufal dijauhi dari segala penyakit dan sentiasa sihat walafiat, InsyaAllah.
2 comments:
bertuah betul naufal ek... he he he..jgn plak fokus makan naufal..makan abi nya terlupa plak.. he he he.. ke ape yg naufal makan tu jugak la makanan abi nye.. ha ha ha
weh...biar betul...2 la pasal.kesian kat abi naufal ek...sempena bulan pose mask yng best2 utk abi naufal kire byr hutang hr sek.hahaha....sori abi naufal
Post a Comment