Monday, August 15, 2011

Dengki Nyer...

Assalamualaikum...

Sejak ditukarkan ke sekolah baru, banyak yang aku pelajari. Semua pasal kerja-kerja yang seorang cikgu biasa perlu dan harus selesaikan dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Malu bertanya sesat jalan, aku berpegang pada pepatah itu...Kalau tak tahu kenalah bertanya pada orang yang tahu, barulah kerja kita akan mudah. Pulak, kita kena la ikut style masing-masing. Nak ceritanya kat sini, de beberapa perkara yang aku dengki pada cikgu-cikgu yang berkaliber disini... Aku senaraikan beberapa perkara yang baik agar kita semua patut contohi dan ikuti, insyaAllah

  • Sikap cikgu yang bila dapat kerja baru terus diselesaikan dengan segera. Takde tangguh-tangguh. Hari ni bagi, esok siap...memang hebat dan aku kagum sangat
  • Sikap cikgu yang suka bekerja bersama-sama untuk kepentingan bersama demi sekolah
  • Sikap cikgu-cikgu yang suka buat kerja tambahan...maknanya suka datang pada hari cuti untuk selesaikan mana-mana kerja yang dirasakan perlu macam fail-fail dll
  • Sikap cikgu yang sangat komited dengan bidang tugas masing-masing.
  • Sikap guru yang saling membantu apabila ada kelapangan
  • Sikap guru yang tidak kedekut ilmu berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka
Aku percaya semua sikap ni memang patut aku dengki.. Maknanya aku pun kenalah jadi macam mereka...rajin pun kena jugak. IKHLAS pun kena juga ;-)

Wallahua'lam...

Wednesday, August 10, 2011

Hadiah Dari Abi Naufal ^__^

Assalamualaikum...

Setelah genap setahun, umi dan abi terfikir nak bagi apa kat Naufal. Alhamdulillah, umi sempat la buat moist choc cake untuk bg org lain makan bukan Naufal sempena hari lahir Naufal...nak jemput orang datang rumah, buat kenduri tak sempat tambah pulak Naufal tak sihat.. Jalan punya jalan, tengok la mainan yang sesuai untuk Naufal. Hadiah ni Naufal sendiri yang pilih tau...pandai dah pilih nak yang mana...insyaAllah cerdik anak umi dan abi ni...

:: Naufal with his new car::

Abi dan umi, tq for the gift. Naufal appreciate it :)

Wednesday, August 3, 2011

Special Untuk Naufal

Assalamualaikum...

Naufal, genap je umur 6 bulan, umi mulakan dengan makanan tambahan sebagai makanan pelengkap untuk Naufal. Bukan Nestum perisa madu atau vanilla tetapi ianya adalah lebih bagus, sihat dan baik untuk pembesaran Naufal iaitu bubur nasi tanpa pengawet buatan umi sendiri.

Umur 6 bulan setiap bayi berhak mendapat makanan tambahan mereka sebagai pelengkap susu. Susu ibu perlu diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Jika diberikan terlalu awal ianya akan mengganggu proses penghadaman mereka dan akan menyebabkan mereka kurang menyusu. Jika diberikan terlalu lewat juga ianya akan mengganggu tabiat makan mereka seperti cerewet dalam memilih makanan, hanya makan sayur tertentu sahaja dll.

Alhamdulillah Naufal mengikut jadual pemakanan seperti yang disarankan...

6 - 8 bulan : puri, dilecek, makanan separuh pejal
9 - 11 bulan : makanan dicincang atau makanan yang boleh dipegang dengan jari mereka sendiri (biskut, buah dll)
> 12 bulan : makanan keluarga

Untuk Naufal, umi pelbagaikan bubur naufal dengan meletakkan buah epal, kurma, madu, kismis, pisang, lobak, sawi, ubi kentang, daun sup+bawang, ayam, ikan bilis dan kadang-kadang ikan. Umi variasikan bubur Naufal dari hari ke hari supaya Naufal tak bosan dengan bubur yang sama perisa asli hari-hari. Bubur Naufal hari-hari adalah yang baru. Bak kata tok wan Naufal, tak bagus bagi makan makanan yang selalu dipanaskan sebab nanti semua zat yang baik akan hilang. Walaupun ada kekangan masa, umi sedaya upaya akan buat bubur Naufal hari-hari untuk Naufal agar Naufal membesar dengan baik dan sihat... Amin Ya Rabb...

Naufal akan makan 2-3 kali sehari ketika umur 6 - 9 bulan dan semakin kerap ketika umur Naufal meningkat setahun. Sekarang Naufal akan makan apa yang orang lain makan. Pantang betul tengok makanan di tangan orang..Serba sikit mesti Naufal nak rasa. Naufal pun umi dah bagi makan buah sekali sehari, sarapan dengan biskut dan kadang - kadang roti, makan petang pulak dengan cekodok atau kuih - muih yang lembut. pendek kata, kat rumah sekarang ni kena ada stok makanan untuk Naufal yang sedang membesar...

InsyaAllah umi harap Naufal tak bosan dengan makanan yang umi sediakan untuk Naufal... Umi doakan juga supaya Naufal dijauhi dari segala penyakit dan sentiasa sihat walafiat, InsyaAllah.

Tuesday, August 2, 2011

Juadah berbuka ;)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...dah nak masuk 3 ramadhan dan saya berja
ya memasak dengan tidak mengunjungi bazar Ramadhan. Maklum saja la kalau dah pergi bazar, macam yang nak dibelinya nanti bila berbuka makan tak banyak mana pun...Tak pasal-pasal, membazir pulak. Kalau boleh, azam Ramadhan tahun ni biarlah ia lebih berkat berbanding tahun sebelumnya, insyaAllah.

Untuk keluarga tersayang, saya luangkan masa yang sedia ada dengan niat untuk memasak juadah berbuka. Alhamdulillah...berjaya dan apa yang dimasak pun alhamdulillah menjadi dan memang sedap. Rezeki Allah... Terdetik dalam hati, masak ni kalau IKHLAS...memang tak diragui kesedapannya, insyaAllah. Semua orang pun suka makan. Suka betul kita yang memasak ni bila tengok orang lain suka makan makanan kita. Bukan nak angkat bakul tapi sekadar berkongsi hakikat yang benar tentang IKHLAS...

Sempena Ramadhan ini saya mengucapkan kepada semua muslimin dan muslimat agar berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dan rajin untuk melipatgandakan pahala dengan amal ibadat dan diharapkan ianya akan berterusan dan terus istiqamah,insyaAllah... Wallahua'lam

Selamat Menjalani Ibadah Puasa ^_^

Tuesday, July 26, 2011

Sifir Oh Sifirr

Assalamualaikum...

Maths...ramai murid yang tak suka dengan subjek Maths especially kena ingat sifir. Susahnya murid murid ini nak ingat sifir...So, how? Belajar Maths mane boleh tak ingat sifir. Puas di fikir nak buat camane...ada la beberapa idea untuk menggalakkan mereka ini untuk hafal sifir dan bersungguh sikit untukbelajar Maths

Apa yang saya buat?
  1. sifir wajib dihafal - haha,nak tak nak mereka memang kena ingat sifir. 5 minit sebelum bermula sesi P&P, saya akan tanya randomly sifir kepada murid bertuah
  2. Ganjaran untuk murid yang ingat sifir paling banyak dan lancar - hari-hari free, mereka akan datang berjumpa untuk membaca sifir dengan saya. Dengan itu, mereka saling bersaing sekaligus dapat menggalakkan mereka untuk hafal sifir dalam keadaan tak memaksa
  3. Kad sifir - untuk semua murid yang saya ajar. Saya wajibkan mereka untuk membawanya ke mana sahaja dan kaca sifir ketika masa terluang
  4. Membina petak sifir bersama-sama
Pening juga nak suruh diorang ni ingat sifir...Geram kekadang tu datang juga...Kalau ada idea lain, jalan mudah untuk murid mengingati sifir, sila kongsi bersama...

Tahniah kepada my pupils yang dah lancar hafal dan ingat sifir dan tau bila nak guna sifir....

Wallahua'lam

Saturday, July 23, 2011

3 bulan di pra-sekolah

Assalamualaikum pembuka coretan entri kali ini...

saya ditugaskan untuk menggantikan guru pra sekolah yang bersalin selama 3 bulan...wah3.agak terkejut juga bila mendengar dan mendapat khabar berita itu tapi dengan paksa rela ku galas amanah yang diberikan itu...

Hari pertama aku melangkah kaki ke pra sekolah...memang blurr sangat.memang tak ada input langsung untuk mengajar pra. Habis sume orang saya tanya tentang murid-murid pra, sistem pembelajaran diorang, syllabus dll. senang cerita balik rumah, bawak balik syllabus dan buku panduan pra...study sampai pukul 2 pagi untuk mengajar pra...Then, barulah dapat gambaran serba sedikit tentang pra sekolah.

sebenarnya pra ini ada beberapa tunjang sebagai mata pelajaran mereka. sebagai contoh, tunjang jasmani dan kesihatan (pjk), tunjang kreativiti dan estetika (muzik dan seni), tunjang kemanusiaan (nilai2 murni), tunjang sains teknologi (mt dan sn) dan tunjang sosioemosi disamping belajar bm dan bi. huh... Mengajar mereka sama macam murid sekolah rendah biasa cuma yang berbezanya mereka lebih didedahkan dengan elemen bercerita yang banyak ditambah dengan aktiviti-aktiviti yang pelbagai dan menarik. tiap-tiap pagi pula mereka ini perlu mengaji mengenal alif ba ta...

Alhamdulillah, selama 3 bulan tiada apa-apa masalah yang kritikal dialami. kebanyakan mereka sudah pandai lancar membaca suku kata kvkv dan sedang mengenal kvk. Pada murid yang belum mengenal abc, mereka lebih didedahkan dengan permainan puzzle, mewarna dan menulis abc. Untuk Maths, mereka sudah mengenal nombor hingga 20 dan pandai menambah menggunakan objek konkrit(lego, manik dll) dan pada peringkat akhir mereka menambah dengan melukis O. untuk pend. seni, mereka sudah pandai mewarna dengan sekata dan terang, mewarna menggunakan warna yang sesuai dengan objek berkenaan. TAHNIAH kepada semua murid pra sekolah ibnu Rushdi.

sepanjang 3 bulan mengajar di pra, ramai murid2 yang menangis dek sikap guru gantinya yang garang.hihi...garang bukan sembarangan tetapi bertempat.kalau tak bertempat zalim pula namanya. murid-murid senang dikawal tetapi sikap ibu bapa mereka ini yang membuatkan saya bimbang dan kecewa sebenarnya...Marah untuk mendidik dan mengajar mereka tentang adab2 sopan dan ilmu yang perlu, tetapi kita yang disalahkan atas kelakuan itu. Mereka ini terlalu memanjakan anak-anak dengan tidak memikirkan akibatnya di kemudian hari. di sekolah membaca, dirumah pula bila ditanya ikut kehendak dan mood anak jawabnya. Kadang-kadang membaca kadang-kadang tidak...Saya berdoa supaya ibu bapa tidak mengharapkan pihak guru semata-mata untuk mendidik anak mereka kerana kebanyakan masa mereka banyak dihabiskan di rumah bersama keluarga...Wahai ibu bapa, bimbinglah dan didiklah anak untuk kesenangan mereka dan kita di kemudian hari...

akhir kata, for my preschool pupils,keep learning hard and smart. teruskan berusaha untuk berjaya...All the best. Love you all :)

Thursday, July 21, 2011

Selamat Hari Lahir Ya Naufal

Assalamualaikum w.b.t... 20 Julai 2011 genap umur Naufal setahun..Banyak yang umi pelajari sepanjang membesarkan Naufal dan umi tahu ianya bukan tugas dan tanggungjawab yang mudah. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada wan(nenek) dan suami tercinta kerana sabar melayan kerenah umi dan Naufal. Sepanjang pembesaran Naufal untuk mencapai genap umur setahun, macam-macam ragam dan kerenah Naufal dari keletah yang mencuit hati, menguji kesabaran hingga yang merisaukan hati umi lalui.

Dari umur sehari ke 2 bulan : Naufal hanya tahu, minum susu dan tidur. Tiap-tiap 2 jam Naufal akan bangun dari tidur untuk minum susu....Alhamdulillah umi berjaya fully bf naufal.

2 bulan - 5 bulan : Naufal sudah pandai meniarap,mengengsot dan mengundur. Pada umur sekitar ini, Naufal demam, batuk dan selsema. Itupun setelah Naufal pergi ke Kota Bharu dan Putrajaya. Pergi tu bukan sebab jalan2 sangat tetapi ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Inilah kali pertama umi tengok Naufal tak senang nak tidur, nak mandi, nak minum susu. Sedih hati umi melihat Naufal dalam keadaan itu. Jika diizinkan Allah biarlah umi menanggungnya dari melihat Naufal sakit...tapi itu semua ujian buat umi dan abi dalam membesarkan Naufal. Dalam tempoh 3 bulan ini juga Naufal ada gatal kulit atau Eczema. Sampai jumpa pakar kulit di k.trg untu berubat dan Alhamdulillah kulit Naufal dah cantik dan tak gatal lagi.umi pun kena pantang xleh makan makanan laut dan belacan. Sabar je la. Mandian2 pun sume xleh pakai tak kira la sebamed ker, pureen ke, anakku ke...pki ubat yang dr bagi je. memang tak melawa la Naufal.hihi

5 bulan - setahun : Naufal mula merangkak ketika beumur genap 5 bulan sehingga sekarang dan mula bertatih sikit demi sikit. Dalam masa 7 bulan ini, Naufal diserang demam, batuk dan selsema lagi...MasyaAllah.hanya tuhan saja yang tahu betapa kesiannya keadaan Naufal. Susut juga berat badan Naufal yang gebu dan tembam itu...sedih btul hati umi, abi dan wan. Kali ke-3 Naufal sakit, umi bawa pergi jumpa pakar dan Naufal disahkan menghidapi bronkitis akibat keturunan...Kalau diikutkan Naufal memang kena tahan wad tapi umi minta tak nak masuk wad..tiap-tiap 4 jam sekali umi bawak Naufal untuk pergi sedut kahak...Alhamdulillah Naufal sihat sekarang dengan izin Allah. umi kena jaga Naufal dengan ;ebih lagi la selepas ni.tak boleh pakai bedak sebab berdebu, habuk-habuk tak boleh, air cond dan direct kipas pun tak boleh. jalan jauh lagi la tak boleh. Semuanya betul-betul menguji kesabaran umi dan abi dalam membesarkan Naufal.

Sepanjang setahun membesarkan Naufal, Naufal dah pandai cakap...pandai sebut sedap, nak-nak, air, umi, abi, wan dll. Naufal juga dah mula makan dari umur 6 bulan lagi. Naufal, umi tak bagi makan nestume yang entah apa kandungannya tetapi umi suapkan Naufal dengan bubur nasi yang ada kurma, madu, sayur hijau, lobak, ayam @ ikan dengan tangan umi. Wan naufal la yang banyak membantu umi membesarkan Naufal termasuklah memandikan, memakaikan, menyediakan makanan Naufal dan macam2 lagi. Naufal pun boleh tahan juga nakal nye. Gelagat Naufal memang kelakar dan memang Naufal ni penyejuk hati semua orang. Naufal, maafkan umi atas segala kekurangan umi sepanjang membesarkan Naufal ini....

Harapan umi ialah umi berdoa supaya Naufal sentiasa sihat dan diberkati Allah selalu, dan jadilah anak yang soleh, berjasa kepada kedua ibu bapa dan taat akan perintah Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah...InsyaAllah. Amin Ya Rabbal Alamin....