Tuesday, September 29, 2009

Hadiah Buat Semua

assalamualaikum... salam ukhuwwah. kali ini, ingin saya berkongsi kisah menarik yang mungkin sebelum ini anda ada terbaca di mana-mana dan sudah mengetahui akan inputnya tapi tak salah di kesempatan ini saya ingin menyegarkan dan mengingatkan kembali kisah-kisah menarik. Pada saya kisah yang akan dikongsikan ini sangat terkesan di hati saya dan harapnya juga terkesan di hati anda semua. Insyaallah...

Perbincangan yang berlaku antara Imam Al-Ghazali dan anak muridnya berkisar tentang semua yang berkaitan dengan "YANG PALING". Mencari satu kepastian di kalangan anak muridnya dan memberitahu yang pasti tentang "yang paling" itu adalah perlu untuk menyedarkan diri kita tentang siapa kita ini.

5 perkara itu yang ditanya oleh Imam Al-Ghazali dan dijawab dengan semua jawapan yang kurang tepat oleh anak murid beliau adalah apakah YANG PALING :
  1. Dekat : Mati
  2. Jauh : Masa Lalu
  3. Besar : Hawa Nafsu
  4. Berat : Amanah
  5. Ringan : Meninggalkan solat
  6. Tajam : Lidah
ada kebenarannya yang dekat dengan kita adalah mati kerana kita tidak tahu bila ajal kita dan ia boleh berlaku bila-bila masa tanpa cepat atau lewat.

masa lalu adalah yang paling jauh kerana masa lalu berlalu meninggalkan kita jauh dan makin jauh. masa lalu tak dapat diputar kembali.

manusia makhluk yang lemah memang besar dengan hawa nafsunya. manusia kurang beryukur dengan nikmat yang di kurniakan Allah.

amanah yang diberi dan digalas amat sukar dan berat untuk dipelihara. pecah dan tidak amanah mendapat murka Allah

meninggalkan solat adalah yang paling ringan dan mudah dilalaikan manusia sedangkan solat itu tiang agama. alasan meninggalkan solat itu ringan juga kerana terlambat, sakit, musafir dll. memandangkan solat itu tiang agama, Allah dah tetapkan rukhsah untuk umatnya di mana walau kita sakit atau musafir, solat itu wajib ditunaikan.

lidah lebih tajam dari pedang kerana dengan lidah, manusia mampu memutuskan tali silaturrahim, menyebarkan fitnah, menyebabkan dengki, perbunuhan dan menggalakkan manusia untuk memakan daging saudara sendiri.

kisah ini di adaptasi dari sumber lain dan di harap ianya adalah hadiah berharga buat semua agar kita segera sedar siapa diri kita ini.

Wallahua'lam
Islam Itu Indah

Monday, September 28, 2009

Ke Jinjang Pelamin

assalamualaikum...salam ukhuwwah buat semua... dalam masa cuti raya ni, ada juga kawan-kawan, sahabat-sahabat yang mengambil peluang ini untuk melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah, tahniah dan selamat pengantin baru di ucapkan buat mereka yang berkenaan. sedikit mutiara kata untuk dikongsi bersama buat pengantin baru:

"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan"(DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj)


“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan rumahku syurgaku,” kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz. dan “ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,” demikian maksud firman-Nya (Ar-Ra’d: 28).

Wallahua'lam....

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidil Fitri

assalamualaikum... salam satu lebaran dan salam satu malaysia... kurang dari 24 jam semua muslimin dan muslimat akan menyambut lebaran yang suci. mungkin semua sedang sibuk dengan persiapan untuk hari raya yang bakal menjelang tiba.

~anak-anak muda dari perantauan pulang ke kampung untuk menyambut syawal bersama keluarga
~ayah-ayah ke pasar untuk membeli lauk untuk juadah hari raya
~ibu-ibu sibuk menyediakan juadah untuk hari raya
~isteri-isteri sibuk mengemas baju, iron baju untuk hari raya, siapkan kelengkapan hari raya untuk anak-anak
~suri rumah sibuk mengemas rumah, tukar langsir, tukar sarung kusyen...
~suami-suami sibuk servis kereta untuk keselamatan dan kelancaran perjalanan untuk pulang ke kg

semua sibuk untuk menyambut hari raya, tetapi jangan dilupa pada yang tiada. ziarahi kubur mereka dan sedekah kan lah alfatihah buat mereka... pada hari yang mulia ini juga kita mesti bermaaf-maafan sesama kaum keluarga, sanak saudara, rakan taulan, jiran tetangga dan juga musuh kita...

akhir kalam, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua dan maaf zahir batin jika ada terkasar bahasa, tersalah bicara...

wallahua'lam

Monday, September 14, 2009

Seksa Nyer

assalamualaikum... salam ukhuwwah dan salam ramadhan...ramadhan semakin hampir ke penghujungnya.sayu hati memikirkan ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. cepatnya masa berlalu dan hari-hari terakhir ramadhan ini, kami menghabiskan peluang untuk memeriahkan ramadhan dengan ibadat dengan Educational Trip To Sabah, Bumi Di Bawah Bayu. kami berada di sana lebih kurang 4 hari 3 malam...

tetapi, yang seksanya, perjalanan untuk ke Sabah yang memakan masa lebih kurang 3 hari termasuk pergi balik. 12 jam perjalanan menaiki bas dan 2 setengah jam menaiki kapal terbang AA(AirAsia). disebabkan kurang budget, kami decide untuk menaiki penerbangan yang murah saja.

penerbangan balik dari Sabah memang quite okay sebab seat yang selesa walaupun kecil sikit dan ada member yang kita kenal duk sebelah dan boleh duduk sesama perempuan. tetapi, penerbangan pergi ke Sabah tu, memang menyeksakan dan membosankan. mana ke tidak, dengan seat yang kurang besar tu, aku ditempatkan di seat bernombor 17F(tepi tingkap). Yang malangnya, sebelah aku adalah seorang lelaki. serba tak senang duduk aku di buatnya. aku pun mengecilkan diri sedaya boleh... aku tengok orang sebelah aku pun sama. seboleh-bolehnya aku tak nak berlaga bahu walaupun berlapik... nak tidur pun tak boleh. habis satu buku, mini novel aku baca. mengantuk memang tapi tahan jugak sampai esoknya pening kepala sangat2.

naik hairan aku ni... kenapa la seat kapal terbang ni kecil sangat. tak comfortable langsung even domestic flight tapi fikirkan la keselesaan penumpang. kalau kena saiz badan yang agak besar, kesian kat diorang. habis sakit-sakit badan. lenguh sangat. orang kata naik flight ni best tapi biasa je for me. mungkin jugak sebab jenis penerbangan kot. kalau internaional flight, besar and lebih comfortable la rasanya. jarak dan masa perjalanan pun mempengaruhi kot. lagi satu, fikirkan la jugak dari segi tatatertib yang dianjurkan Islam. aku pun nak jaga gak tetapi kadang-kadang, aku pun xmampu nak elak dari hal yang macam ni. tapi... apa-apa pun, itulah pengalaman yang kurang manis dan menyeksakan aku.

Sekadar Luahan, berkongsi pengalaman
wallahua'lam

Wednesday, September 2, 2009

Berakhirnya Satu Kebimbangan

assalamualaikum... salam ramadhan kareem kepada semua pengunjung blog yang setia membaca. terima kasih diucapkan... hari ini dah masuk 2 hari aku berbuka di kampus. kurang la seronok nya berbanding dengan berbuka puasa bersama keluarga kan. aku akui, kebanyakan kawan aku pun setuju dengan kenyataan itu.

Apa yang aku bimbang sebenarnya? kenapa dah berakhirnya satu kebimbangan itu?
Sebenarnya, setiap kali tiba waktu untuk aku menyediakan juadah berbuka puasa, perkara yang paling aku bimbang ialah kesedapan makanan itu sendiri dan kesempatan waktu untuk menyediakan makanan. aku selalu bermonolog:


" Sedap ke apa yang aku masak ni? "
" Sempat ke aku nak siapkan juadah ni? "
" Cukup ke juadah ni sahaja untuk hari ini? "
" Nak bagi orang sebelah ke tak? "
" Orang lain leh terima ke apa yang aku sediakan ni? "


haa... tulah antara kebimbangan yang melanda. tapi alhamdulillah, sepanjang aku menyediakan juadah itu, berkat bulan ramadhan yang mulia ini, semuanya menjadi. alhamdulillah, semuanya sedap kot (xpandai masak sangat). insyaallah, kalau kita berusaha dan ikhlas, kerja yang susah pun akan jadi mudah dan senang.

Memandangkan sekarang ni dah berada di kampus, hilang lah kebimbangan aku untuk seketika. sekarang ni, yang menjadi habuan untuk berbuka puasa adalah sekadar ' kuih tunjuk '. tunjuk je nak apa kat bazaar ramadhan tu... tapi, beringat la sebelum kena. jangan membazir dan pilihlah gerai yang bersih, kalau tak... sakit perut nanti.

wargh... rindunya kat rumah. sabar... sabar... lagi 3 minggu nak balik.. hurm, apa lagi yang aku tak masak ari tu ek... ok la dulu coretan untuk kali ini...

P/S: kalau ada masa, masak la. masak sendiri lagi berkat tau. bagus untuk kesihatan sekali.

Wallahua'lam

Monday, August 31, 2009

Walau Di Mana Jua, Ramadhan Tetap Nikmat

assalamualaikum... salam ukhuwwah buat semua... wah seronoknya dapat berpuasa lebih kurang seminggu di rumah... sungguh berbeza kita berpuasa di negeri sendiri berbanding di negeri orang walaupun satu negara.hihi... tapi kedua-duanya seronok kerana pengalaman berbeza yang kita dapat daripada perbezaan berpuasa di tempat dan situasi lain-lain ini.

di rumah, kita dapat berkumpul satu keluarga apabila tiba waktu berbuka puasa. seronok sangat sebab kita berkongsi segala juadah yang kita sekeluarga sama-sama masak. Ya Allah, tak dapat digambarkan berpuasa di rumah ini, begitu seronok sampai tak terucap dengan kata-kata. selepas berbuka, kami saling tolong menolong lagi, take turn mencuci pinggan dan kemas meja. selepas itu, kami semua solat berjemaah, maghrib, isha' dan tarawih. kalau ada kelapangan lebih, kami akan dengar tazkirah pendek dan kita tadarus al-quran. kami biasanya tadarus di antara maghrib dan isha'. masa yang terluang bersama keluarga tersayang bagi saya adalah sangat berharga dan berkualiti untuk mengeratkan lagi rasa kasih dan sayang antara kami... syukur alhamdulillah... terutama suami, mak, abah, mak mertua, adik laki dan perempuan... I LOVE YOU ALL. terima kasih atas segalanya. di bulan yang mulia ini, harap maaf atas segala kekhilafan diri samada yang sengaja atau yang tak sengaja. di harap, kita semua dapat menjadi insan terbaik seperti sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :
"(Orang yang terbaik di antara mereka) ialah orang yang paling bertaqwa kepada Allah s.w.t. Dan orang yang paling erat hubungan silaturrahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran"(HR At-Thabrani).

di tempat belajar pula, saya seronok dapat berbuka puasa bersama rakan-rakan, teman-teman, sahabat-sahabat yang sentiasa sabar dengan kerenah saya yang tidak sempurna ini. sebelum berbuka, kami pergi ke bazaar ramadhan yang dekat je. kami tak beli banyak makanan sebab kami tahu, kami saling berkongsi dan memadai bagi kami untuk merasa serba sikit makanan. tidak perlu membazir di bulan yang mulia ini, menjadi ingatan buat kami. kemudian, kami berbuka puasa beramai-ramai, kekadang di bilik kawan lain, atau sepakat berbuka di bilik TV. macam-macam pengalaman dan kenangan yang tersemat selama kami 4 tahun bersama. sesekali, kami decide nak berbuka di luar beramai-ramai, dan kami singgah la mana-mana tempat yang glamour seperti di stadium, masjid terkenal untuk solat dan sekaligus bertarawih. sungguh indah pengalaman itu tersemat di fikiran. alhamdulillah, sometimes kami dapat jemputan untuk berbuka puasa di rumah kenalan kami. kelakar pun ada. yang penting, tetap seronok dan best. tahun ini, entah macam mana sebab esok baru nak balik... just wait and see. apa pun, kepada semua kawan-kawan, terima kasih dan maaf juga atas ketidaksempurnaan diri ini. LOVE YOU TOO girls. semoga ukhuwwah yang terbina berkekalan dan minta dijauhkan dari sebarang perselisihan faham. Renungkan surah Al-Hujurat: 10 yang bermaksud: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t supaya kamu beroleh rahmat".

wallahua'lam
Islam Itu Indah


Saturday, August 29, 2009

Let's Begin d^_^b

assalamualaikum... lagi tentang ramadhan kareem dan ramadhan barakah ini... di sini, saya menyeru diri sendiri, keluarga, rakan2 dan pembaca blog ini agar terus merebut peluang yang ada ebanyak mungkin di bulan ramadhan ini. anggaplah ia (mungkin) yang terakhir buat kita dan berusaha mendapatkan pahala berganda yang disusuri dengan iman dan ikhlas didalamnya...insyaallah, keberkatan dan keredhaan Allah itu ada. seperti hadith riwayat Ibnu Abid Dunya yang bermaksud "Sekiranya manusia mengetahui kebajikan dalam Ramadhan itu, tentu mereka mengharap supaya Ramadhan berlaku sepanjang tahun". apa kebajikan yang dapat kita lakukan pada Ramadhan ini? Sekadar panduan buat semua... ikhlaskan hati, insyaallah ada kemudahan bagi kita, manusia yang lemah disisiNya. Antaranya:
  1. solat subuh
  2. bacaan Ma'thurat (insyaallah dipelihara dari segala yang buruk, ...banyak sangat kelebihannya.. dan mengamalkannya seperti mengamalkan sunnah rasulullah S.A.W dari segi zikir dan doa hariannya)
  3. solat sunat Dhuha (dimurahkan rezeki, terhindar dari kepapaan)
  4. kalamullah, AlQuran dibaca
  5. solat zuhur
  6. kalamullah, AlQuran dibaca
  7. solat asar
  8. bacaan Ma'thurat
  9. berdoa + berzikir
  10. berbuka puasa (segerakan berbuka) + bersedekah (menjamu berbuka puasa...)
  11. solat maghrib
  12. solat sunat hajat
  13. solat isha'
  14. solat sunat tarawih
  15. bertadarus al-quran(menepati tajwid dan memperbetulkan bacaan)
  16. qiamullail (solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat...diakhiri dengan solat sunat witir)
  17. kalamullah, AlQuran dibaca
  18. bersahur...lewatkan bersahur supaya terus dengan solat subuh...jangan tidur dulu...
dalam kita sibuk mengejar untuk memperbanyakkan amalan, dahulukan yang wajib ek... jangan sibuk nak kejar semua, yang sunat didahulukan... nanti, yang dikejar ke mana, yang dikendong ke mana (opsie, xingat peribahasa)... selamat beramal kepada semua, salam Ramadhan

wallahua'lam
Islam Itu Indah

p/s: kalau ada tambahan cadangan amalan, sila kongsi bersama...