Monday, June 29, 2009

Kehadiran..Mu, Kunanti

assalamualaikum...
salam ukhuwwah dan salam muhibbah untuk semua



Apa yang kunantikan? Dambaan kasih dan cinta Ilahi yang kunantikan melalui bulan Rejab bulan suci, bulan ketujuh dalam kalendar hijriyyah. Cinta Ilahi cinta yang lebih utama dari cinta-cinta lain dapat dikecapi apabila kita, manusia biasa mampu menundukkan hati, akal untuk kembali beribadat dan sujud tunduk menghadapNya mengharapkan keampunan dan keredhaan.

Pelbagai cara lain yang mampu kita, hambaNya yang kerdil mampu lakukan untuk mengecapi cintaNya iaitu dengan berpuasa. Memandangkan sekarang ini bulan Rejab atau bulan Allah seperti sabda baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Bulan Rejab Bulan Allah, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku" marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk berpuasa sebanyak mungkin sekadar yang kita mampu.

wahai sahabat-sahabat,
tidak rugi memeriahkan bulan Allah ini kerana telah dijanjikan Allah akan kelebihan bulan Rejab ini yang tidak terhitung hikmahnya. Antaranya sapertimana hadis yang diriwayatkan oleh At - Tabarani daripada Sa'id bin Abu Rahid yang bermaksud ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")

Ya Allah, ya tuhanku betapa nikmat dan besar ganjaran yang dikurniakan Allah untuk umatNya.. oleh yang demikian saya ingin sama-sama mengajak muslimin dan muslimat untuk memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini. selain dari berpuasa, kita juga digalakkan untuk solat sunat, mengaji al-quran, bangun malam terutamanya pada 27 Rejab dan banyak lagi. Selain itu, di bulan yang mulia lagi suci ini adalah lebih baik untuk kita mengelakkan diri dari perbuatan maksiat yang dikeji Allah untuk sama-sama kita mendapat keredhaan Allah dan moga kita sentiasa dibawah lembayungNya..

Sekian, wallahua'lam
Islam Itu Indah untuk semua dan
Salam Ibadah

Saturday, June 27, 2009

Paling Jauh...

assalamualaikum...
salam ukhuwwah buat semua...



26hb Jun; tanggal kelahiran seorang kwn yg dianggap istemewa r bagiku. we have spent time together sharing suka duka di perantauan (still in M'sia)... we also have a great time together since we are in the 1st year degree in education till now... for her, here i want to wish her best and renungkan this meaningful kate2...

ibnu Mas'ud r.a:
" Perkara yg paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurangan tetapi amalanku todak bertambah "

so, I wish all the best for your life and...
Whatever you do,
Wherever you are, and
Who are you....
remember ALLAH always...

May God Bless you, Amin... thank you and sorry for everything my sweet fren
Islam Itu Indah for You and Me

Sunday, June 21, 2009

Terima Kasih Tuhan...

assalamualaikum...
salam ukhuwwah buat semua


dalam kite bergembira, pasti ada yang berduka dan sebaliknya. tetapi semua itu adalah ujian Allah. dalam gembira ada bahananye dan dalam duka ada hikmahnye... kebanyakan kite lebih banyak mengecapi kebahagiaan dan jarang menghadapi kedukaan dan sebaliknya. begitu juga dengan kesusahan dan kesenangan yang bergilir singgah dalam kehidupan kita.

ku akui, dalam mengharungi hidup yg penuh berliku kekadang aku alpa, lalai dan leka akan nikmatNya dan Pencipta Alam. saat kita di landa kegembiraan, kita kurang bersyukur dan terlalu leka dengan nikmatNya sehingga lupa akan cara untuk bersyukur atas kurniaan itu. satu masa, kita diuji dengan hebat dan ketika itu kita akan kembali kepadaNya memohon itu dan ini. Alhamdulillah, Allah itu Maha Pengampun lagi Mengasihani.

kini, aku di semester akhir in completing my first degree. 1st day class, kitorang dpt result. it was so scary + excited + nervous... it was great when my lecturers said that was an improvement BUT it seems like i was not lucky and great at all. i took my result, and of course i felt very upset, frustrated and sad. i do not know why i got that result because i thought i have done my best and i put full effort completing the assignment, unfortunately i just score the low grades. i knew where my mistakes from the feedback of course BUT yg tersiratnye???

dalam org len bergembira and well satisfied with the result, i reflect deeply myself... (dalam diam)... sebelum ni resultku cukup memberangsangkan tetapi di saat akhir, dugaanku kali ini cukup hebat... luaran ku nmpk cool dan boleh lagi menyenbunyikan kesedihan di hati tetapi aku, hatiku dan fikiranku hanya Allah dan aku yg tahu... aku bermonolog sendirian di dalam kelas...

"Ya Allah, kenape resultku cam gini?"
"Pe yang Kurang?"
"aku alpa ke?"
"aku leka ke?"
"aku riak ke?"
"aku bermegah-megah ke?"
"aku angkat bakul ke?"
"aku itu dan ini ke...?"
"hubungan aku dan Kau ke yg Kurang?"
"atau aku sesama makhlukMu?"

ape pun, kuakui memang sangat2 menyedihkan dapat result yang xberape ok ni... kira ko la for me).. tapi aku bersyukur kepadaMu dan aku berterima Kasih kepadaMu kerana Engkau mengingatkan aku disaat aku semakin jauh dariMu mungkin... aku dikurniaakan kepuasan dan kesenangan selama ini tetapi aku alpa lantas Kau uji diriku agar aku segera kembali kepadaMU. aku bersyukur juga kepadaMu Ya Allah kerana dengan ujian ini, aku mula muhasabah diri, refleksi diri tentang diriku, insan yang kerdil di sisiMu...
Muhasabah...
"solatku, ibadahku yg wajib, ibadah sunat - hubungan denganMu"
"hubungan sesama manusia - mengumpat walaupun terdetik dalam hati"
"pelihara pandangan, tundukkan hati, tajamkan akal..."

melalui tulisan ini, diharap aku dan semua saling beringat di saat suka dan duka dalam menjalani liku2 hidup di dunia yg sementara ini... ku harap, ujian ini emeberikan aku seribu satu makna dan pengajaran berguna sampai bile2 untuk tidak terus alpa dariNya... insyaallah

sekian...
salam tazkirah...
sucikan hati

Wednesday, June 17, 2009

Kecil Nyer

assalamualaikum...
salam ukhuwwah untuk semua

sepatutnye dan selalunyer (gmbr atas)



tapi sebaliknyer...

petang kelmarin, dalam perjalanan pulang dari Kuantan, seusai solat asar, kami dapati tayar depan kete kempis... nape agaknyer. Sebelum ni dah pernah jadi dah n dah repair xtau lak takut xok lagi. dengan segera, kami mencari stesen minyak yang terdekat untuk pam tayar tapi sebaliknya yang berlaku. tiba-tiba, tayar kete langsung xde angin... disebabkan (lihat bawah)

alhamdulillah, semuanya selamat. Terpaksalah kami berkampung sekejap di stesen Petronas untuk tukar tayar. Kami selamat sampai di rumah dan sepanjang perjalanan kami pergi dan balik. alhamdulillah....

ape2 pun, saya ingin kongsi kepada semua yang kita hendaklah sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan yang mendatang dengan sabar... sesuatu yang datang menguji itu pasti ada baiknya walaupun kekadang ia menyusahkan dan merumitkan kita. tetapi ape yg perlu kite buat adalah kembali dan berserah kepadanya beserta menyelesaikannya dengan sebaik boleh. insya Allah, semuanya akan berjalan dengan lancar...

kami terpelihara dari bahaya juga adalah dengan berkat bacaan doa, mengharapkanNya untuk memelihara kami sepanjang perjalanan itu. Ya Allah, barakahnya doa itu. xrugi kan kita berdoa tetapi harus diingat, kita perlu percayakan Allah bukan doa itu. doa itu sebagai perantara untuk kite memohon dipelihara oleh Allah...

selain itu, yg penting adalah kita harus berhati-hati di jalan raya. sebelum memulakan perjalanan, pastikan kenderaan kita dalam keadaan selamat. dengan itu, insyaallah, ia menjamin keselamatan kita.

wallahua'lam
Islam Itu Indah...

Sunday, June 14, 2009

Parent belongs to???


assalamualaikum...

salam ukhuwwah untuk semua

kali ini saya ingin sentuh tentang tanggungjawab kite untuk menjaga ibu bapa kita. sekarang ni genap setahun 2bulan my mother - in -law terlantar sakit angin ahmar. sebelah anggota tubuhnya lumpuh akibat itu. pelbagai cara yang kami cuba untuk menyembuhkan beliau tetapi keadaan belum menginzinkan. ntah la... mungkin belum lagi kot, Allah itu Maha Mengetahui dan ingin menguji kami semua anak menantunya. sepanjang tempoh itu, pelbagai perkara yg x diingini juga berlaku. banyak betul dugaan keluarga ini tetapi setiap pe yg Allah uji, pasti ade hikmah di sebaliknya tetapi kita tidak mengetahuinya.

setiap hari, kami sekeluarga took turn untuk angkat ibu mertua kesayanganku itu untuk qadha' hajat termasuk berwuduk dan bersiram. for the first time, we chise to angkat beliau berdua, but now we can angkat beliau sorang2 je. selagi kudratku mampu, saya xkisah. mule2 susah gak tapi sekarang dah biase bak kate orang, alah bisa tegal biasa. bile difikir2, xde la susah sangat nak jaga beliau, just kena angkat n pakaikn baju je memandangkan beliau xleh bgn sendiri. yang len, beliau buat sendiri termasuklah makan & mandi sendiri kekadang klu saya cbuk di dapur. tetapi, saya hanya manusia biase yang kekadang tewas dengan bisikan syaitan laknatullah yg membisikkan kate2 rungutan, sungutan, keluhan, rase tidak puas hati dll yang akhirnya hilang keikhlasan untuk menunaikan tanggungjawab untuk menjaga beliau. astaghfirullah...

tazkirah berguna & very touching dari suami tercinta:
seusai solat maghrib, "ade rasa xpuas hati ker?"
"xde la, okay je, cam biase"
"nape nmpk cam xredha jer?"
"eh, xde pape pun"
walaupun keluhan di hati tidak disuarakan tetapi beliau boleh membacanya. de magic ek?

pendek kata: ape2 pun yang saya lakukan selama menjaga ibu mertuaku, aku hendaklah ikhlaskan diri dan redha dengan ketentuannya..nasihatnya, setiap kali bisikan syaitan datang menguji, saya harus cepat2 ingat Allah dan berdoa kepadaNya agar dilindungi dari bisikan itu. lantas dari peringatan itu, saya lantas beristighfar, Ya Allah, ampunilah dosaku atas keluhan yg x bersebab itu. aku kemudian sedar kini aku memainkan peranan penting untuk menjaga ibu mertuaku demi membalas segala jasa beliau selama 3 tahun lebih menjaga aku dan suami semasa ketiadaanku (futher study)... kini, tiba masanya untuk aku membalas jasa beliau yang menjaga kami tanpa mengenakan sebarang syarat seperti tertulis di dalam web saifulislam.com, kasih sayang ibu bapa tidak bersyarat...

tatkala menjaga beliau, bukan selalu bisikan jahat itu menjelma... alhamdulillah, ade juga saat aku dapat ikhlaskan diriku untuk menjaga beliau mengikut kudratku. ku akui, ianya lebih mambahagiakan, menenangkan dan hati juga redha dan mampu melakukan tanggungjawab itu tanpa sedikit pun rasa beban. tidak timbul pula rasa ketidakpuasan dalam hati dan keluhan2 yang mampu menyakitkan hati...justeru, IKHLAS ini mampu memberi ketenangan hati, jiwa dan akal lentas menundukkan hati dari bisikan jahat.... semoga Allah terus menjaga hatiku ini dan keluarga kami yang lain... Insya Allah

wallahua'lam... sama2 lah kite menjaga ibu bapa kita seikhlas mungkin dan rasai kemanisan nya...
Islam Itu Indah

Saturday, June 13, 2009

Cuti = Jemputan Kahwin

assalamualaikum...
salam muhibbah untuk semua...


Musim cuti memang cukup sinonim dengan PERKAHWINAN. saya sendiri memang padat dengan aktiviti menghadiri jemputan kahwin/ walimatul urus/ majlis kesyukuran dari seluruh pelusuk negeri. termasuk lah saudara terdekat, kenalan lama dan jiran tetangga.

majlis perkahwinan memang meriah tetapi harus di ingat ianya biarlah bertepatan dengan syariah Islam... lain negeri, lain adat nye dan ragamnya. Bermacam-macam senario yang saya lihat semasa majlis perkahwinan berlangsung...

semasa di meja makan, sambil2 menjamu selera bersama suami, kami memasang telinga dan memerhati keadaan sekeliling...
" ish3... grandnyer majlis die"
" cantik nyer baju pengantin tu..."
" cam ni ek adat ket sini..."
" ooo... de yang berkaraoke"
" bersanding sakan "

Hebat perbualan yang kami dengar di meja makan. Memang itu realiti majlis perkahwinan zaman sekarang. Sesuatu majlis itu dianggap tidak meriah tanpa iringan muzik sehingga bacaan doa selamat untuk perkahwinan yang baru dibina terlupa untuk di aminkan oleh semua hadirin. lupe la tu maknenyer... tambahan lagi dengan majlis persandingan yang raja sehari di arah begitu dan begini demi sekadar post terbaik di hari bersejarahnya itu. sesetengahnye pula cukup sekadar mengambil gambar untuk memuaskan hati kebanyakan pihak dan sebagai tanda kenangan.

Pada pendapat saya, apa cara sekalipun majlis perkahwinan itu di buat untuk meraikan raja sehari adalah penting untuk kita menepati syariat Islam tentang mengadakan walimatul urus. Dalam Islam, sesuatu walimatul urus itu adalah lebih baik jika ianya bersifat:
  1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
  2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
  3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.
  4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.
Ini selaras dengan satu hadith yang bermaksud “Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.” (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

wallahua'lam...
sama2 lah kita mencari redhaNya dari murkaNya...
Islam Itu Indah