Monday, May 18, 2009

YA ZAUJI...

segala puji bg Allah, tuhan sekalian alam...

bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana insan kerdil ini telah selamat di anugerahkan kekasih pilihan Allah sebagai pasangan hidup.. Ya Allah, kepadamu tempat aku bergantung dan aku percaya padaMu atas segala kurniaan Mu dan takdir yang telah kau tetapkan ke atasku...

ya zauji,
hadirmu telah menyinari hidupku...
kau telah menerangi hatiku untuk lebih mengenal Allah...
kau mengajarku erti hidup islam yang indah...
kau bimbingku dalam membina mahligai yang diredhai Allah...
kau jua yang mengajarku erti cinta yang sebenar.

ya zauji,
banyak sekali khilaf diri ini...
tapi kau begitu sabar dalam membimbingku...
kau tidak memandang kecantikan dan kekayaan...
yang kau dambakan hanyalah ketaatan aku pada Islam...
cintamu padaku hanya kerana Allah...
subhanallah.

ya zauji,
kau begitu bijak dalam membahagiakn mahligai yang dibina...
semuanya berlandaskan syariat islam...
semuanya jua kerana Allah...
dimulakan segala sesuatu dengan doa dan basmallah...
diakhiri sesuatu dengan hamdallah...
kau wujudkan halaqah dan jamaah di dalamnya...
sentiasa bertolak ansur antara kita...
dan tidak kekok untuk membantu...
kau jua tidak bakhil dengan pujian...
juga dengan kejutan2 yang sangat xternilai...
begitu kau menghargai kurniaan Allah padamu jua.

ya zauji,
kau tidak putus asa dalam memperingatiku...
awas auratmu!
awas pergaulanmu!
awas adab bicaramu!
awas amalanmu!
dalam kelembutan dan sayang ada ketegasan.

ya zauji,
aku hargai pengorbananmu...
kau berkorban masa, tenaga dan wang ringgit...
tanpa mengira penat lelah...
segalanya atas kepercayaan kepada Allah...
hanya Allah yang mampu membalasnya...
pahala syurga menantimu, insyaallah.

ya zauji,
maafkanku atas ketidaksempurnaan diri...
aku berjanji padamu...
untuk menjadi zaujatika yang solehah...
merebut darjat ketua bidadari kelak, insyaallah...
moga aku kekal menjadi zaujatika selamanya...
dunia dan akhirat...
insyaallah.

sekian.
hasil coretan, zaujatika 2009
untuk suami tersayang...
sayang menyayangi kerana Allah

Saturday, May 16, 2009

"Guru Pembina Negara Bangsa"

segala puji bg Allah, tuhan sekalian alam
salam ukhuwwah buat muslimin dan muslimat
berkorban selama ini demi mendidik anak bangsa...

sebelum itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang telah banyak membantu dan memberikan sokongan moral kepada saya. di sini, ingin saya tujukan sebuah sajak kepada guru-guru di Sek Keb Kemasek, SMAAK, KUSZA, IPKT dan IPKB.
just for all of you...

pernah,langkahku payah
menuju ke destinasi
kerana malam gelap
dan bintang hilang kerdipnya
menjadikan arahku keliru
ke timur atau ke barat.

bagai lilin, membakar diri
menerangi kegelapan hati
kau curahkan bakti dan budi
jasamu tiada terhenti

namun, tanpa rasa payah
dia memimpin tanganku
melangkah satu persatu
dan mencipta jejak impian
menjadikan arahku jelas
aku harus ke hadapan

aku kini rindu
pada satu nama yang berjasa
tuhan, beri kekuatan
untuk mendidikku selamanya

ku pohon restu kasihmu
ampunkanlah guru-guruku
petikan lagu; lilin seorang guru, IN-TEAM

siapakah GURU pada kita?
di sini suka saya kongsikan, guru pada saya termasuklah ibu bapa saya, diri saya sendiri, kawan-kawan saya, keluarga saya, dan GURU itu sendiri...

satu kisah: pada suatu petang, dua orang shbt berborak tentang Guru memandangkan esok adalah hari guru yang bakal disambut semua:
"teringat kata cikgu dulu, yg lebih penting bg seorg cikgu ialah kjayaan murid2 nya. sekarang baru saya percaya kerana bagi saya satu kepuasan yg teramat sgt bile murid yg kite ajr cemerlang dlm pelajaran"
"ha'ah la. saya pun rasa camtu...dalam diri saya sebagai seorg bakal guru,mesti ada satisfaction dan sensitivity"
"mmm, betul tu.saya stuju dengan awak"

begitulah ringkasan dialog cerita dua kawan baik pada suatu petang yang bakal menjadi guru tidak lama lagi. di dalam diri mereka sarat dengan rasa kesungguhan dan keikhlasan untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi generasi cemerlang dunia dan akhirat.di dalam diri mereka juga terpikul satu amanah dan tanggungjawab yang berat dalam memastikan kemenjadian murid yang akan dipersoal di akhirat kelak. sebagaimana Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu juga bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

di sini, ingin saya berkongsi beberapa tips untuk menjadi GURU terhebat pada pandangan Allah dan anak murid kita sendiri, insyaallah:
  1. ikhlaskan diri dalam mendidik anak bangsa, betulkan niat
  2. contohilah Rasulullah S.A.W didalam menjadi guru kepada umat islam sedunia seperti mana baginda S.A.W menjadi GURU yang murabbi, mudarris, mu'allim dan muaddib
  3. hendaklah sabar dalam mendidik dan membimbing anak-anak kecil mahupun remaja
  4. perlu ada ketegasan dalam kelembutan
  5. never say "MALAS" untuk ke sekolah atau mendidik lantas membimbing
  6. GURU perlu banyak berkorban untuk kejayaan anak murid
  7. hargailah masa yang kita ada dengan anak murid dalam membentuk peribadi mereka
  8. jangan ada DISKRIMINASI antara murid yang Slow learner dan advance learner
  9. lastly, doakan kejayaan mereka
semua tips di atas adalah dari pengalaman saya selama menjalani placement di sekolah selama 6 bulan. di harap semua garapan atau bingkisan tips itu dapat membantu bakal2 guru, insyaallah.
sekian, terima kasih cikgu, thank you teacher, syukran laki ya ustazh dll.tak lupa juga kepada insan tersayang,suamiku; guru selamanya buatku yang telah banyak memberi inspirasi, bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. special thanks for you:-)

salam hari guru untuk semua guru in this world, rakan2 seperjuangan and
happy teacher's day

Monday, May 11, 2009

Menghitung Hari

segala puji bg Allah S.W.T, tuhan sekalian alam

tarikh lahir adalah tarikh keramat yang di tunggu-tunggu oleh semua lebih2 lagi kaum muslimat. .
setibanya tarikh/ hari yang ditunggu, most of us will celebrate it with menjamu org makan, have a birthday party with a cake, sing a happy birthday's song, celebrate the birthday people by belanja makan dan hadiah boleh dikatakan wajib dalam erti kata resam dunia. adakah ini yang sebenar- benar cara yang digalakkan islam untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran kita? tepuk dada, tanya iman...

manusia, hamba allah, al-insan meningkat umur dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun tetapi adakah amalan kita meningkat secepat peningkatan dan penambahan usia kita?

ada satu kisah yang boleh di kongsi bersama yang betul2 terjadi dan mengingatkan kita cara yang di galakkan islam dalam menghargai diri sendiri:
jam menunjukkan pukul tepat 12 malam. kengkawan datang untuk mengucapkan ucapan selamat sempena hari lahir beliau...
antara ucapan yang selalunya di ungkap; semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dunia dan akhirat( the very simple wish made)...
then, beliau keluar pi toilet and masuk bilik...
"eh, baru nak solat Isha'?! lewat dah ni!"
"x la". ringkas jawapannya

sejurus selepas itu, saya sedar beliau menunaikan solat sunat hajat tanda kesyukuran dipanjangkan umur dan salah satu cara untuk menghargai diri pada hari lahirnya yang bersejarah itu.

bukan semua orang melakukan apa yang dilakukan beliau pada hari lahirnya itu. kadang2 manusia lupa akan Allah yang telah mencipta dan memberi nyawa kepada kita. dari Allah lah kita datang dan kepada Dia jualah kita kembali...selain dari itu dalah lebih baik pada hari ulangtahun kelahiran kita, boleh lah kita bersedekah, membaca al-quran dan sebagainya.

so, renung2 kan, fikirkan dan amalkan cara terbaik mengikut syariat Islam untuk menghargai diri kita di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat kelak...
sekian.
Salam ibadah dan istiqamah...
islam itu indah

Friday, May 8, 2009

Reflect yourself

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak).” (Hadis riwayat al-Tarmizi)
so, in our life, muhasabah diri is important and necessary. kerana MUHASABAH adalah perilaku menghitung dan memperelokkan diri yang terbentuk dalam jiwa manusia menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri sentiasa mencela segala kejahatan pernah dilakukan yang boleh menjadi penghalang untuk mendapat keredaan Allah.

sesiapa yang bermuhasabah diri tidak meninggalkan ruang dan masa melakukan perkara batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia mencela jiwanya atas setiap kesalahan dan kekurangan dilakukannya terhadap Allah kerana takut kekuasaan-Nya. Jika inilah keadaannya, mungkin tiada jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan. Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie: “Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah.” (Kitab al-Burhan al-Muayyad).

Dalam kesibukan kita mengejar kekayaan dunia, jangan lupa untuk menyibukkan diri dengan mengingati Allah supaya kehidupan baik di dunia dapat dinikmati dan kesejahteraan akhirat tetap menanti.

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq: “Lalai daripada bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat reda nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimkan diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramal dengan apa yang sahih tanpa bertolak ansur terhadap perkara yang salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas.” (Kitab Qawaid al-Tasawuf)

Demikianlah pentingnya muhasabah dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas seseorang sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabah dengan hati terbuka supaya kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelemahan diri sebelum menemui ajal.

sekian...
salam muhasabah untuk semua...
moga2 kita semua diberkati allah
sumber rujukan: berita harian online

Thursday, May 7, 2009

SITI impian



1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah
s.a.w yang melahirkan anak2
Rasulullah, setia dan menyokong
Rasulullah walaupun ditentang hebat
oleh orang-orang kafir dan musyrik,
menghantarkan makanan kepada Baginda
ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yang tinggi budi
pekertinya. Sangat kasih dan setia
kepada suaminya Ali karamallahu wajhah
walaupun Ali miskin. Tidur
berkongsikan 1 bantal dan kadang-
kadang berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah berkata saya takkan
maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah
Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yang paling
romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dengan Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ
beliau akan minum menggunakan bekas
yang sama.


4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh
kepada suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim
atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air untuk anaknya
Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu
mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yang memang pandai
menjaga kehormatan diri dan mempunyai
maruah yang tinggi sehingga rahimnya
dipilih oh Allah s.w.t untuk
mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yang tinggi imannya
dan tidak gentar dengan ujian yang
dihadapinya daripada Firaun
Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yang menjadi ibu
kandung Rasullullah. Mendidik baginda
menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah

- Isteri yang patut dicontohi dan
dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kepada suami, menjaga
makan minum, menyediakan tongkat untuk
dipukul oleh suaminya sekiranya
layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dengan cantik untuk tatapan
suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yang menjadi
isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya
untuk membina terusan untuk kegunaan
orang ramai hanya niat kerana Allah
s.w.t.


9 Siti ini adalah petikan daripada
kata-kata Ustazah Siti Norbahiyah
Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9
bertajuk 'SITI IMPIAN'.

Wednesday, May 6, 2009

isteri pengasih, suami penyayang

segala puji bagi Allah...

tips untuk permaisuri hati suami, menjadi bidadari syurga:
  1. melaksanakan perintah Allah
  2. mentaati dan melayani suami, suami sebagai pemimpin "arrijalu qawwamuna ala nisa',seperti di dalam (surh al-baqarah;228) yg bermaksud "bagi lelaki itu satu tingkatan darjat/kedudukan yang lebih tinggi dari isterinya"
  3. mentaati dan melayani suami kerana ianya suatu kewajipan bagi seorg isteri seperti sabda rasulullah yang bermaksud: antara ciri isteri yang solehah ialah penyejuk mata, penenang hati.umamah bin harith juga berpesan supaya:
  • jaga mata suamimu supaya tidak terlihat sesuatu yg buruk pandangan dan perbuatan,
  • jaga hidung suamimu supaya tidak terbau sesuatu yg tidak elok tentang dirimu,
4. melayani suami untuk memburu keredhaan allah seperti sabda rasulullah S.A.W yang bermaksud "isteri2 yg taat dan melayan suaminya, burung-burung di udara, ikan2 di laut, malaikat2 di langit, bulan, bintang dan matahari beristighfar kepada allah S.W.T memohon ampun kpd allah selagi isteri itu melayan suaminya, taat kepada allah dan rasulnya serta menjaga puasanya".

5. melayan dan taat suami untuk menghindari azab Allah S.W.T
6. melayan dan taat suami untuk mendapat pahala berlipat ganda dari allah S.W.T

tips untuk suami penyayang...
  1. Tolong - menolong, bantu - membantu
  2. Tolak ansur antara suami dan isteri
  3. Tegur menegur antara satu sama lain, bertegur dengan berhikmah bukan dengan pukulan dan tengkingan. 3 cara untuk menegur isteri secara berhikmah; menasihati isteri, pisahkan tempat tidur isteri dan akhir sekali dengan pukulan tetapi dengan syarat tidak meninggalkan bekas/ kesan
  4. Tambat - menambat, pikat hati isteri; 1) menghargai isteri dengan pujian seperti cantiknya, sedapnya dan pandainya
  5. Tiup meniup/ berdoa untuk isteri
sekian untuk tips isteri pengasih, suami penyayang.
selamat beramal dan menjadi panduan untuk semua...

sumber rujukan: ringkasan dari ceramah ustazah siti nor bahyah mahamood

keluarga impian


ana mulakan dengan kalimah suci, segala puji bagi Allah...

fitrah manusia menginginkan keluarga yang bahagia, harmoni dan semestinya diberkati allah, insyaallah. tetapi harus kita kaji, teliti dan selidiki diri kita sendiri sebagai insan, adakah perhubungan sebelum kahwin atau istilah "couple" dapat menjanjikan keluarga impian seperti yg diidamkan?

kenapa harus menghalalkan yang haram?
hukum tetap hukum, tiada yang boleh melawan hukum yg ditetapkan pencipta seluruh alam. bahana bg org yang bermain dengan hukum.menghairankan??? adakah mereka:
  • tidak tahu
  • buat - buat tidak tahu
  • ikut hati/ nafsu
  • dan macam2 alasan mungkin semata2 untuk menghalalkan yg haram?
sebuah keluarga yang bahagia, mawaddah dan sakinah dpt dibina dengan bertunjangkan islam itu sendiri. berbalik kepada agama islam yang indah, kita harus menyedari hakikat dan tujuan pernikahan itu sendiri;
  • adakah untuk menambah zuriat?
  • adakah untuk menghalalkan yg haram?
  • adakah untuk membimbing dan memimpin muslimah pilihan?
  • adakah sekadar suka2?
kebanyakan kita, bahagia untuk menjadi raja sehari tetapi adakh raja sehari ini cukup bersedia untuk membina sebuah keluarga impian bertunjangkan islam sepenuhnya dengan memikul tanggungjawab sebagai hamba allah,suami atau isteri, ibu atau bapa dan seterusnya? cermin diri, tepuk dada, tanya iman, adakah kita benar2 bersedia untuk menjana kelurga impian?

ilmu itu perlu untuk membina keluarga...
islam itu sendiri mengharuskan bagi umatnya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin serta beramal dengannya seperti firmannya yang bermaksud orang yang berjihad di jalan ilmu lebih tinggi darjatnya dari orang yang beribadah seumur hidup, menunjukkan betapa ilmu itu amat dititikberatkan dalam islam.

oleh yang demikian, segala yang ana coretkan di sini adalah sebagai peringatan dan teguran kepada sesama muslim demi menjaga sahsiah kita sebagai muslim sejati...akhir kalam, kelemahan diri ana bagi segala yg tidk sempurna dan terus cermin diri kita...

salam...