Cuti = Jemputan Kahwin

11:35 PM

assalamualaikum...
salam muhibbah untuk semua...


Musim cuti memang cukup sinonim dengan PERKAHWINAN. saya sendiri memang padat dengan aktiviti menghadiri jemputan kahwin/ walimatul urus/ majlis kesyukuran dari seluruh pelusuk negeri. termasuk lah saudara terdekat, kenalan lama dan jiran tetangga.

majlis perkahwinan memang meriah tetapi harus di ingat ianya biarlah bertepatan dengan syariah Islam... lain negeri, lain adat nye dan ragamnya. Bermacam-macam senario yang saya lihat semasa majlis perkahwinan berlangsung...

semasa di meja makan, sambil2 menjamu selera bersama suami, kami memasang telinga dan memerhati keadaan sekeliling...
" ish3... grandnyer majlis die"
" cantik nyer baju pengantin tu..."
" cam ni ek adat ket sini..."
" ooo... de yang berkaraoke"
" bersanding sakan "

Hebat perbualan yang kami dengar di meja makan. Memang itu realiti majlis perkahwinan zaman sekarang. Sesuatu majlis itu dianggap tidak meriah tanpa iringan muzik sehingga bacaan doa selamat untuk perkahwinan yang baru dibina terlupa untuk di aminkan oleh semua hadirin. lupe la tu maknenyer... tambahan lagi dengan majlis persandingan yang raja sehari di arah begitu dan begini demi sekadar post terbaik di hari bersejarahnya itu. sesetengahnye pula cukup sekadar mengambil gambar untuk memuaskan hati kebanyakan pihak dan sebagai tanda kenangan.

Pada pendapat saya, apa cara sekalipun majlis perkahwinan itu di buat untuk meraikan raja sehari adalah penting untuk kita menepati syariat Islam tentang mengadakan walimatul urus. Dalam Islam, sesuatu walimatul urus itu adalah lebih baik jika ianya bersifat:

  1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
  2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
  3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.
  4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.
Ini selaras dengan satu hadith yang bermaksud “Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.” (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

wallahua'lam...
sama2 lah kita mencari redhaNya dari murkaNya...
Islam Itu Indah

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts