Wednesday, September 12, 2012

Ramadhan @ Syawal

Dalam hati ni tertanya-tanya bila agaknya akan deliver my second baby...due date lambat lagi,25hb Ogos tetapi dirasakan macam bersalin awal jer...

Hari terakhir persekolahan, sebelum cuti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri...dah nampak dah tanda2 nak bersalin awal. sakit tak lagi.contraction tak rasa langsung.tunggu lagi dan lagi. Kebetulan keesokann harinya merancang nak balik umah tok, nak pergi ambil barang kirim kat sepupu sekaligus pergi ronda-ronda kat Mesra Mall untuk beli barang dapur. barang dapur sebagai persiapan untuk hari raya, seperti tahun sebelumnya akan ada rombongan keluarga datang beraya. Balik pun dah petang.

Seperti biasa, rasa contraction dah ada cuma takdelah kerap sangat. Selesai berbuka dan solat terawih, masih lagi mampu berjalan dan melakukan aktiviti mengemas rumah macam biasa. 

Hahaha...tiba-tiba rasa sakit perut macam nak buang air besar.pergi toilet cam biasa tp masih lagi sakit perut.tak hilang-hilang dan makin sakit. Terus bagi tau abi, rasa dah nak bersalin kot. Tawakal je la pegi hospital. hah!! dah 8 cm.Nasib baik tak bersalin kat rumah.

Alhamdulillah, masuk 5++ pagi ke dewan bersalin, my second baby boy safely delivered at 6.10 a.m. Maknanya, tak sempat la nak raya dulu dan makan puas-puas. Abi pun puasa sampai tak sempat nak sahur sebab masuk sekali dalam dewan bersalin.. Kesian abi and tq abi sebab ada disisi.

Apapun, umi bersyukur sebab umi dan adik Naufal selamat. Gembira melihat rezeki yang Allah berikan dann umi doakan semoga anak umi menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat, InsyaAllah...

No comments: