Saturday, May 16, 2009

"Guru Pembina Negara Bangsa"

segala puji bg Allah, tuhan sekalian alam
salam ukhuwwah buat muslimin dan muslimat
berkorban selama ini demi mendidik anak bangsa...

sebelum itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang telah banyak membantu dan memberikan sokongan moral kepada saya. di sini, ingin saya tujukan sebuah sajak kepada guru-guru di Sek Keb Kemasek, SMAAK, KUSZA, IPKT dan IPKB.
just for all of you...

pernah,langkahku payah
menuju ke destinasi
kerana malam gelap
dan bintang hilang kerdipnya
menjadikan arahku keliru
ke timur atau ke barat.

bagai lilin, membakar diri
menerangi kegelapan hati
kau curahkan bakti dan budi
jasamu tiada terhenti

namun, tanpa rasa payah
dia memimpin tanganku
melangkah satu persatu
dan mencipta jejak impian
menjadikan arahku jelas
aku harus ke hadapan

aku kini rindu
pada satu nama yang berjasa
tuhan, beri kekuatan
untuk mendidikku selamanya

ku pohon restu kasihmu
ampunkanlah guru-guruku
petikan lagu; lilin seorang guru, IN-TEAM

siapakah GURU pada kita?
di sini suka saya kongsikan, guru pada saya termasuklah ibu bapa saya, diri saya sendiri, kawan-kawan saya, keluarga saya, dan GURU itu sendiri...

satu kisah: pada suatu petang, dua orang shbt berborak tentang Guru memandangkan esok adalah hari guru yang bakal disambut semua:
"teringat kata cikgu dulu, yg lebih penting bg seorg cikgu ialah kjayaan murid2 nya. sekarang baru saya percaya kerana bagi saya satu kepuasan yg teramat sgt bile murid yg kite ajr cemerlang dlm pelajaran"
"ha'ah la. saya pun rasa camtu...dalam diri saya sebagai seorg bakal guru,mesti ada satisfaction dan sensitivity"
"mmm, betul tu.saya stuju dengan awak"

begitulah ringkasan dialog cerita dua kawan baik pada suatu petang yang bakal menjadi guru tidak lama lagi. di dalam diri mereka sarat dengan rasa kesungguhan dan keikhlasan untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi generasi cemerlang dunia dan akhirat.di dalam diri mereka juga terpikul satu amanah dan tanggungjawab yang berat dalam memastikan kemenjadian murid yang akan dipersoal di akhirat kelak. sebagaimana Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu juga bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

di sini, ingin saya berkongsi beberapa tips untuk menjadi GURU terhebat pada pandangan Allah dan anak murid kita sendiri, insyaallah:
  1. ikhlaskan diri dalam mendidik anak bangsa, betulkan niat
  2. contohilah Rasulullah S.A.W didalam menjadi guru kepada umat islam sedunia seperti mana baginda S.A.W menjadi GURU yang murabbi, mudarris, mu'allim dan muaddib
  3. hendaklah sabar dalam mendidik dan membimbing anak-anak kecil mahupun remaja
  4. perlu ada ketegasan dalam kelembutan
  5. never say "MALAS" untuk ke sekolah atau mendidik lantas membimbing
  6. GURU perlu banyak berkorban untuk kejayaan anak murid
  7. hargailah masa yang kita ada dengan anak murid dalam membentuk peribadi mereka
  8. jangan ada DISKRIMINASI antara murid yang Slow learner dan advance learner
  9. lastly, doakan kejayaan mereka
semua tips di atas adalah dari pengalaman saya selama menjalani placement di sekolah selama 6 bulan. di harap semua garapan atau bingkisan tips itu dapat membantu bakal2 guru, insyaallah.
sekian, terima kasih cikgu, thank you teacher, syukran laki ya ustazh dll.tak lupa juga kepada insan tersayang,suamiku; guru selamanya buatku yang telah banyak memberi inspirasi, bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. special thanks for you:-)

salam hari guru untuk semua guru in this world, rakan2 seperjuangan and
happy teacher's day

No comments: