SITI impian

7:49 PM



1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah
s.a.w yang melahirkan anak2
Rasulullah, setia dan menyokong
Rasulullah walaupun ditentang hebat
oleh orang-orang kafir dan musyrik,
menghantarkan makanan kepada Baginda
ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yang tinggi budi
pekertinya. Sangat kasih dan setia
kepada suaminya Ali karamallahu wajhah
walaupun Ali miskin. Tidur
berkongsikan 1 bantal dan kadang-
kadang berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah berkata saya takkan
maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah
Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yang paling
romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dengan Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ
beliau akan minum menggunakan bekas
yang sama.


4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh
kepada suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim
atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air untuk anaknya
Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu
mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yang memang pandai
menjaga kehormatan diri dan mempunyai
maruah yang tinggi sehingga rahimnya
dipilih oh Allah s.w.t untuk
mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yang tinggi imannya
dan tidak gentar dengan ujian yang
dihadapinya daripada Firaun
Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yang menjadi ibu
kandung Rasullullah. Mendidik baginda
menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah

- Isteri yang patut dicontohi dan
dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kepada suami, menjaga
makan minum, menyediakan tongkat untuk
dipukul oleh suaminya sekiranya
layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dengan cantik untuk tatapan
suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yang menjadi
isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya
untuk membina terusan untuk kegunaan
orang ramai hanya niat kerana Allah
s.w.t.


9 Siti ini adalah petikan daripada
kata-kata Ustazah Siti Norbahiyah
Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9
bertajuk 'SITI IMPIAN'.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts