keluarga impian

9:38 PM


ana mulakan dengan kalimah suci, segala puji bagi Allah...

fitrah manusia menginginkan keluarga yang bahagia, harmoni dan semestinya diberkati allah, insyaallah. tetapi harus kita kaji, teliti dan selidiki diri kita sendiri sebagai insan, adakah perhubungan sebelum kahwin atau istilah "couple" dapat menjanjikan keluarga impian seperti yg diidamkan?

kenapa harus menghalalkan yang haram?
hukum tetap hukum, tiada yang boleh melawan hukum yg ditetapkan pencipta seluruh alam. bahana bg org yang bermain dengan hukum.menghairankan??? adakah mereka:
  • tidak tahu
  • buat - buat tidak tahu
  • ikut hati/ nafsu
  • dan macam2 alasan mungkin semata2 untuk menghalalkan yg haram?
sebuah keluarga yang bahagia, mawaddah dan sakinah dpt dibina dengan bertunjangkan islam itu sendiri. berbalik kepada agama islam yang indah, kita harus menyedari hakikat dan tujuan pernikahan itu sendiri;
  • adakah untuk menambah zuriat?
  • adakah untuk menghalalkan yg haram?
  • adakah untuk membimbing dan memimpin muslimah pilihan?
  • adakah sekadar suka2?
kebanyakan kita, bahagia untuk menjadi raja sehari tetapi adakh raja sehari ini cukup bersedia untuk membina sebuah keluarga impian bertunjangkan islam sepenuhnya dengan memikul tanggungjawab sebagai hamba allah,suami atau isteri, ibu atau bapa dan seterusnya? cermin diri, tepuk dada, tanya iman, adakah kita benar2 bersedia untuk menjana kelurga impian?

ilmu itu perlu untuk membina keluarga...
islam itu sendiri mengharuskan bagi umatnya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin serta beramal dengannya seperti firmannya yang bermaksud orang yang berjihad di jalan ilmu lebih tinggi darjatnya dari orang yang beribadah seumur hidup, menunjukkan betapa ilmu itu amat dititikberatkan dalam islam.

oleh yang demikian, segala yang ana coretkan di sini adalah sebagai peringatan dan teguran kepada sesama muslim demi menjaga sahsiah kita sebagai muslim sejati...akhir kalam, kelemahan diri ana bagi segala yg tidk sempurna dan terus cermin diri kita...

salam...


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts