Friday, February 18, 2011

Rentetan Januari 2011


Assalamualaikum...semoga saudara saudari Muslimin dan Muslimah di luar sana dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.amin...


2011, tahun ke-2 saya bergelar guru. Saya telah berkhidmat selama 6 bulan di Sk Batu 9, Jalan Bomba dan telah bertukar untuk berkhidmat di Sk Kampung Tengah sekarang.Antara tugas yang dipikul untuk tahun 2011 ini antaranya ialah guru kelas, ketua rumah sukan, pencatat minit mesyuarat guru, S/U panitia PJK, S/U PPDa dan S/U kesihatan sekolah...MasyaAllah, sungguh besar tanggungjawab yang diberikan.InsyaAllah saya akan buat yang terbaik dan setakat yang termampu untuk semua tanggungjawab yang diberikan...Ya Allah, permudahkanlah segala urusan duniaku ini.

Pada tahun 2011 ini saya juga dipertanggungjawabkan untuk mengajar sunjek Matematik Tahun 3, English Year 2 dan subjek PJK Tahun 3.Erm...memang mengikut opsyen dan saya dengan hati terbuka menerimanya sebagai cabaran untuk mendidik anak-anak ini supaya berjaya mengikut kemampuan mereka. Ya Allah ya tuhanku, bukakanlah dan lapangkanlah hati-hati mereka untuk menerima ilmu mu ya Allah...amin

Mudah-mudahan tahun ini berlalu dengan indah dan diredhai Allah...Wallahua'lam
Islam Itu Indah

No comments: