Monday, December 12, 2011

Alhamdulillah...Naufal Kembali Sihat

Assalamualaikum....syukur kepada Allah kerana dengan izinnya Naufal kembali sihat walafiat. Naufal selamat menjalani pembedahan pada right herniatomy pada 7hb Disember 2011 jam 9:00 pagi. Pembedahan yang dianggarkan selama sejam tamat setelah 2 jam dijalankan.

Kenapa Naufal di 'operate'?
Naufal kalau tak silap umi memang dah ada bengkak pada ari-ari sejak lahir cuma ianya kecil dan Naufal tak sakit pada mulanya. Lama-kelamaam ianya semakin menjadi jadi sampai melarat menyebabkab naufal tak kencing dan berak. Akhirnya Naufal akan muntah disebbakan saluran Naufal tersumbat... Sebelum ini bila jadi camni, umi ada bawak Naufal pergi klinik tapi dengan sendirinya, masuk bilik dr. sakit Naufal akan hilang. Memang ajaib. 6.12.2011, Naufal sakit macam biasa dan umi terus bawa ke Emergency Room seterusnya masuk wad....

Apakah hernia?
Dari laman sesawang http://pmr.penerangan.gov.my , hernia merupakan gangguan kesihatan yang umumnya dideritai oleh kaum Adam – sehingga 10 kali ganda berbanding wanita. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih sinonim sebagai angin pasang, burut, uluran, bodek atau turun beruk. Hernia pada bayi biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut.

Sebelum operate
~Naufal di x-ray
~Naufal di masukkan ke wad
~Naufal dilawati oleh pakar bedah
~Naufal mendapat consent/ kebenaran/ persetujuam umi untuk dibedah
~Naufal dipantau dari masa ke masa oleh dr. pelatih
~Naufal kena berpuasa
~Naufal kena ambil darah
~Naufal di lawat oleh pakar bius

Detik2 / Saat2 mendebarkan

1) Umi tukar baju Naufal ke baju yang sepatutnya untuk masuk OT, siap cap hijau lagi
2) Abi dukung Naufal ke OT, sebab Naufal tak nak dibawa dengan katil
3) Naufal dipindahkan ke OT, umi yang masuk temankan Naufal
4) Naufal bersedia untuk dibius, dan umi cium Naufal
5) umi keluar dari OT dan tunggu di ruangan menunggu, mendebarkan
6) Alhamdulillah, pembedahan berjaya!

Selepas operate
Naufal tak sedar diri selama sejam... Pakar bius mengingatkan umi supaya memantau Naufal supaya sedar dan buang air sebelum malam. Alhamdulillah, Naufal buang iar seperti yang sepatutnya dan sedar setelah sejam. Setelh habis kesan bius, Naufal mula la merengek sampai tak tidur dengan lena menahan kesakitan. Umi lak tak bagi nurse bagi ubat tahan sakit pada Naufal. Banyak sangat dah ubat yang masuk dalam badan Naufal tetapi esoknya, Nufal kena makan juga...nurse marah dan kesian tengok Naufal tak berhenti merengek... Pakar datang melawat Naufal untuk memastikan Nuafal dalam keadaan baik. Alhamdulillah, Naufal dibenarkan pulang ^__^

Harapan semua
Semua mengharapkan kesihatan dan kesejahteraan Naufal terutamanya umi dan abi... Sesungguhnya Allah menguji kami dan kami terima ujian itu dengan doa dan harapan Allah menyayangi hamba-hambanya dengan ujian dan dugaan.

Wallahua'lam

3 comments:

@LeenShamsh said...

semoga lekas2 sembuh naufal! ;)

Naziffa said...

moga cepat baik, biasalah dalam tempoh membesarkan anak-anak, macam-macam kena tempuhi..

Ain said...

tq ummu naufal...alhamdulillah naufal dah ok

tq naziffa...btul3.kena byk sabr