Friendship Forever

8:22 AM

assalamualaikum....

salam ukhuwwah. this time, i would like to share a little bit tentang kami, 4 beradik selama 4 tahun di perantauan. kami ialah siti@nadzrah@iti, ima@dik nor, dan ani@aniku@k.a'ni@adik.

1st: my roomate and I. kami ni sebenarnya ok je. tetapi kami kerap de perselisihan faham. tapi, semua still boleh diselesaikan. time baik lak, kamcing melampau. sume rahsia di ceritanya. percaya tu penting kan? banyak suka dan duka selama kami menjadi rumate ni. dan, banyak yang saya belajar mengenai toleransi since rumate ngan die ni. nadzrah di panggil bagi orang yang xberapa close ngan die tapi kami(ani and ima) panggil die siti. die sendiri ngaku orang yang panggil die siti ni just untuk orang yang rapat ngan die. nak kate selangor tak gak. orang nogori pun bukan. pendek kate duk kat sempadan dua negeri.

die ni gak kekadang sensitif orangnya. kena hati2 gak ngan die. biasa la kalau cakap ngan I terkasar sikit. sori ek rumate. tapi, kalau sampai bab makan, die memang ratu @ hantu. tapi xpe sebab die pandai masak. memang best. kedai makan, die memang boleh hafal, tau yang mana sedap dan tidak. hebat kan? kalau bab agama lak, memang respect habis r. mengaji memang sedap. dah2.xleh puji sangat, nanti riak.hihihi

die pun pantang dicabar gak. sume nak try. kekadang excited lebih kot. tapi bagus untuk die develop herself. apa2 pun, selamat pi JEPUN ek satu hari nanti.


2nd: kami panggil dia ima. kami ni memang kamcing giler sampai kekadang rumate naik cemburu. kesian rumate. tapi rumate leh terima. orang kata kami ni kembar. ntah tang mane ntah. mane xkamcing, ke mana memang berdua. jarang berpisah. di kira kawan yang very close gak r. tq and sori ima for everything ek.

dia ni, cakap bukan main laju. tapi xpe la, sebab comel kot. nasib baik leh faham lagi pe yang dia cakap. kelam kabut pun de gak tapi dia ni memang seorang yang penyabar. sabar dengan kerenah orang kat die. suka duka dikongsi bersama. sangat memahami orangnya. memang mementingkan kecantikan setiap masa.

ima ni lagi sangat dikenali kalau pi mane2 pun. mudah didekati dan sangat ramah. sume orang suke la kat die ni. dan yang paling penting, pandai korek rahsia die ni. lagi satu, kalau bab kahwin, anak sume, memang macam dah berpengalaman lebih dari yang kahwin, tapi xpe, ilmu kan untuk rumahtangga. so, for ima: selamat ek untuk membina rumahtangga yang diimpikan.

3rd: ani and I. ani ni xrapat ngan sesape pun. dia memang jenis kawan ngan semua. kira ani ni sangat pandai bersosial di semua peringkat umur. xkira adik2 kecil, anak muridnya, even orang2 veteran pun suka die. pendek kata, letak r dia ni kat mane pun, dia ni memang boleh survive r.

dia ni pun sangat berdikari. kalau boleh prinsip hidup dia, xnak menyusahkan orang lain. lagi pulak, kalau dia mampu dan boleh buat, dia akan buat semua benda sendiri tanpa menyusahkan orang lain. ani, memang susah nak share rahsia ngan orang. bagi dia, xde rahsia kot.

dia ni memang terkenal ngan zzzz...zzz...zzz..nya. kalau dia dh sampai tahap maksima ngantuk tu, terlentok gak dia kat mana2 pun. lagi satu, kalau dia dah start bercerita, satu aras boleh dengar kot. for ani, jangan marah ek.

apa2 pun, setiap manusia tu ade kelebihan dan kelemahan yang melengkapi satu sama lain. saya pun xtahu menilai diri sendiri. biar la kengkawan saya yang menilai diri ini yang serba kekurangan. selama 4 tahun bersama di perantauan ni, harapnya de salah silap, dimaafkan ek. dan yang manis, simpan sebagai kenangan terindah bersama di Darul Naim.

You Might Also Like

8 comments

Popular Posts