Tuesday, July 28, 2009

Amaran Allah

assalamualaikum...

di samping kita tengah bergembira dengan kawan-kawan, keluarga atau siapa-siapa pun, harus diingat tentang amaran ALLAH kepada kita. sekarang, berita terhangat di pasaran mengalahkan jualan kain untuk persiapan raya ialah H1N1 atau influenza A.

sebenarnya, amat bahaya la dan sangat bahaya penyakit ni. semua dari kita amat terdedah kepada symptom2 penyakit ini. dalam berita semalam, utusan online ada mengatakan 100% dari kita berpeluang untuk mendapat virus ini dalam sehari. Masyaallah, senangnya ia menular dan merebak. Ya Allah, peliharalah kami dari virus yang mara bahaya ini. Mohon dilindungi dari musibah H1N1.

kenapa kita di timpa musibah atau bala H1N1 ni? ingatlah bahawa kita manusia ini banyak melakukan kerosakan di muka bumi sedangkan telah diingatkan Allah untuk memelihara dunia sementara ini. ditambah lagi dengan manusia yang kufur dan fasik dan melupakan Allah sebagai Khaliknya. kita renungkan petikan hadith dibawah ek dan banyakkan berdoa, ingat Allah. jangan biarkan diri kita terus leka dan jauh dariNya dalam mentaatiNya.

Allah SWT telah menyatakan hal ini di beberapa ayat. Antaranya adalah firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota, kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.(al-Qashash: 59).

Maka tidak dibinasakan kecuali kaum yang fasik.(al-Ahqaf: 35).

Kami telah membinasakan mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berbuat dosa (al-mujrim).(ad-Dukhan: 37).

Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa azab Allah hanya akan dijatuhkan kepada penduduk negeri yang melakukan kezaliman, kemaksiatan, dan kefasikan. Dengan kata lain, azab Allah hanya akan dijatuhkan, tatkala peringatan-peringatan Allah SWT melalui dakwah Rasul-Nya telah diabaikan dan didustakan

wallahu'alam
salam peringatan untuk diri sendiri dan untuk semua...
Islam Itu Indah

3 comments:

MuHaMMaD86 said...

dunia akhir zaman ni macam2 benda berlaku....adakah malapetaka dan bencana dari Allah SWT?....melihat kpd penyebaran dia memang menakutkan dan cepat sgt....doa sy mudah2 my family,frenz n semua kita dijauhi perkara ni...memang menakutkan tgk situasi H1N1 kt malaysia sekarang....

Ain said...

betul kata m86 tu. sebelum pape terjadi pada orang yg kita sayangi, segeralah kembali kepadaNya

BluezRebelz said...

insaf..insaf...