Saturday, August 29, 2009

Let's Begin d^_^b

assalamualaikum... lagi tentang ramadhan kareem dan ramadhan barakah ini... di sini, saya menyeru diri sendiri, keluarga, rakan2 dan pembaca blog ini agar terus merebut peluang yang ada ebanyak mungkin di bulan ramadhan ini. anggaplah ia (mungkin) yang terakhir buat kita dan berusaha mendapatkan pahala berganda yang disusuri dengan iman dan ikhlas didalamnya...insyaallah, keberkatan dan keredhaan Allah itu ada. seperti hadith riwayat Ibnu Abid Dunya yang bermaksud "Sekiranya manusia mengetahui kebajikan dalam Ramadhan itu, tentu mereka mengharap supaya Ramadhan berlaku sepanjang tahun". apa kebajikan yang dapat kita lakukan pada Ramadhan ini? Sekadar panduan buat semua... ikhlaskan hati, insyaallah ada kemudahan bagi kita, manusia yang lemah disisiNya. Antaranya:
  1. solat subuh
  2. bacaan Ma'thurat (insyaallah dipelihara dari segala yang buruk, ...banyak sangat kelebihannya.. dan mengamalkannya seperti mengamalkan sunnah rasulullah S.A.W dari segi zikir dan doa hariannya)
  3. solat sunat Dhuha (dimurahkan rezeki, terhindar dari kepapaan)
  4. kalamullah, AlQuran dibaca
  5. solat zuhur
  6. kalamullah, AlQuran dibaca
  7. solat asar
  8. bacaan Ma'thurat
  9. berdoa + berzikir
  10. berbuka puasa (segerakan berbuka) + bersedekah (menjamu berbuka puasa...)
  11. solat maghrib
  12. solat sunat hajat
  13. solat isha'
  14. solat sunat tarawih
  15. bertadarus al-quran(menepati tajwid dan memperbetulkan bacaan)
  16. qiamullail (solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat...diakhiri dengan solat sunat witir)
  17. kalamullah, AlQuran dibaca
  18. bersahur...lewatkan bersahur supaya terus dengan solat subuh...jangan tidur dulu...
dalam kita sibuk mengejar untuk memperbanyakkan amalan, dahulukan yang wajib ek... jangan sibuk nak kejar semua, yang sunat didahulukan... nanti, yang dikejar ke mana, yang dikendong ke mana (opsie, xingat peribahasa)... selamat beramal kepada semua, salam Ramadhan

wallahua'lam
Islam Itu Indah

p/s: kalau ada tambahan cadangan amalan, sila kongsi bersama...

3 comments:

hitamputeh said...

salh xpe peribahasa tu.yg penting makna sampai... d^-^b

pandangan pertama said...

ain,jom p solat tarawih kat stadium.nak tebus last year aku x dapat.huhu...

ain said...

hitamputeh: bukan highlight kat peribahasa r...xpe2, harapnye dapat aku sampaikan pe yang nak disampaikan...

pandangan pertama: insyaallah, nanti kita pi beramai-ramai. xrugi pi kat tempat yang sangt tenang hati ini sambil merasa suasana bertarawih cam kat Mekah... mudah-mudahan nanti kita semua dapat pi berpuasa kat sana cam yang kita duk berangan sekarang ini... insyaallah